Thursday 20 June 2013

Serius Cool - Medusa : Motosikal Custom Termahal Dunia (15 Gambar)


Turki!

Tarhan Telli  ialah seorang pembina motosikal yang berpengkalan di Ankara Turki. Minggu lalu beliau memperlihatkan Medusa, motosikal custom binaan terbaru beliau. Motosikal ini dikatakan merupakan motosikal termahal di dunia. Tiada nilai diletakkan buat masa ini kerana rekod ini masih sedang disahkan oleh Guiness tetapi apa yang pasti Tarhan Telli berkata beliau membelanjakan USD 1 Juta hanya untuk membeli emas yang digunakan untuk menyadur casis dan komponen utama Medusa. Rekaan ular dan kepala Medusa dapat dilihat pada motosikal ini. Ia diperkasakan enjin 1.8 liter V Twin dengan 125 kuasa kuda. Enjin ini dipilih kerana penggunaan emas sebagai bahan binaan mengakibatkan motosikal ini mempunya berat 318 kilogram! Vroom!




Laporan asal Auto Evo

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails