Thursday 6 June 2013

Serius Cool - Hotel Stesen Minyak Di New Orleans (16 Gambar)


Guna Semula

Hotel-hotel yang ada di Malaysia boleh dikatakan kebanyakkanya homogenus. Satu-satunya hotel yang unik yang kami tahu ialah Tubehotel di Langkawi. Di luar negara hotel bertema aneh adalah sesuatu yang biasa dan terdapat juga hotel yang diubah dibina di dalam bangunan-bangunan aneh. Kami pernah paparkan hotel mewah di dalam kapal terbang , hotel yang dibina di dalam bekas penjara dan juga hotel dibina di dalam kren pelabuhan . Hari ini mari lihat sebuha hotel yang dibina di sebuah bekas stesten minyak di New Orleans USA. Hotel ini asalnya adalah sebuah stesen minyak Sinclair yang dibuka pada tahun 1918. Selepas diubah suai ia menjadi hotel butik yang mempunyai keluasan lantai 2000 kaki persegi. Setiap ceruk hotel ini dipenuhi memorabilia berkait dengan automotif dan stesen minyak. Kalau mahu menyewa anda perlu membawa USD 1200 (RM 3600) seminggu. This is cool!


Laporan asal AutoBlog
 

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails