Made In Indo
Jakarta ialah antara bandaraya yang mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta kereta dan 8.3 juta motosikal dipandu di Jakarta setiap hari. Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan 73% daripada 82 000 bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak digunakan dan menjadi sumber pencemaran. Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini kerana ianya perlu bagi memastikan "macet" Jakarta dapat dikurangkan.
Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa.
Malang bagi PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter baru.
Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel. Amacam? Kami rasakan monorel buatan PT Melu Build General Wiwekanampak macam keretapi mainan!
Laporan asal VivaNews
lama lama nanti jalan la tu....
ReplyDeletesesuai la tu utk org indon :)
DeleteFree Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog
ooo...
ReplyDeletesekurangnya mereka ada mencipta. mungkin nk kurangkan bunyi bising.
ReplyDeleteadmin
bankami.net
untuk permulaan pe salah nya.. lelama nnt diorag cipta yg canggih skit
ReplyDeletep/s bagus admin tutup kan status ANON. klu tak buat sakit mata jerk tgk. komen yg tak berfaedah langsung.. tak de kena mengena tentang isu yg di bangkitkan... Syukur :)
mmg patut lama dah obe tutup status ANON..sbb ANON kebanyakannye x de teloq n true KEYBOARD WARRIOR..
Delete~mohon trasa~
memang nampak bad ass...murah dan kampung
ReplyDelete1st!!!
ReplyDeletetapi awek indon monorel tu cute sangat
aduh mmg indo mee la..eh ada kene mengena ke?
ReplyDeletehairanblog.com
Woi gemok! FOA kau mana? Dah kahwin jadi lembab?
ReplyDeleteoit, apsal scomi tak pi melobi projek nih..? tau nak cari projek kat norway je. awat, nusantara nih tak cool kah utk scomi?
ReplyDeletejgn jd cm monorel kt melaka tu udah lerrr
ReplyDeletejgn buat dosa..awak tahu ke cerita sebenar?secara teknikalnya bkn base on emotion..
Deletemacam assignment final sem budak poli
ReplyDeleteApekehenye.. jadi rope itu?? buruk benor ropenye..
ReplyDeleteindon ape buat pun jadi...tapi kalau buat jerebu mmg pandai...ahahah
ReplyDeleteIndo kuat semprot ABG,hahahah!
ReplyDeleteitu buatan lain yg tidak dipakai, yg ini buatan pt inka (kereta api indonesia), yg akan dipakai, dan sudah pasti dibuat tahun ini, yg ditanda tangani ole joko widodo http://medianya.com/1248/pameran-monorel-buatan-indonesia-di-ultah-jakarta-2013/
ReplyDeleteopen di yotube https://www.youtube.com/watch?v=xS3RQ4kDnLg&feature=youtube_gdata_player, satu melayu, salam dari urang awak dr minangkabau....janganlah kita begaduh...
ReplyDeleteMinangkabau ranah nan den cinto
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahahaha.. dapat berita darimana bro? asal tulis dan upload foto nggak jelas.. itu seleksi model monorail yang tidak dipakai..
ReplyDeletekali pertama mereka try kalau gagal pun tak pe lah.
ReplyDeleteScomi ( Syarikat Tempatan Malaysia ) adalah pengeluar Monorail Dunia....
ReplyDeletelampu merah tu signal ke ?? haha
ReplyDeleteBila masa malaysia beli kereta perisai anoa?...bodoh ha ha...cn250 tuk adalah..tue pon indon buat under license EADS Casa...he he
ReplyDeleteSERIUS NMPK MCM X SELAMAT.. KIKI... NI MMG SAPE MANA YG ADE JEW NIE
ReplyDeleteindonesia semakin di depan... lol
ReplyDelete