Wednesday 19 June 2013

Serius Cool - 1K17 Szhatie : Kereta Kebal Laser Era Soviet (13 Gambar)


Laser Tank!

Kereta kebal berkuasa laser adalah antara senjata fiksyen yang paling kami gemar di dalam permainan komputer Red Alert 2. Kereta kebal PRISM milik Allied mampu memusnahkan bangunan dan kenderaan lawan hanya dengan sedas tenbakan lasernya. Tapi tahukah anda 40 tahun yang lalu Kesatuan Soviet ada membina dua buah prototaip kereta kebal dengan sistem lasernya sendiri?

1K17 Szhatie ialah sebuah kereta kebal laser yang dibangunkan sekitar 1980 oleh Soviet bagi tujuan menggangu sistem bidikan dan menyukat jarak (aiming and range finding) senjata musuh. Jika anda tidak tahu pada waktu Szhatie dibangunkan majoriti sistem persenjataan menggunakan sistem optikal elektronik bagi membidik musuh. Sistem tembakan laser Szhatie diharap dapat membutakan sistem musuh ini sehingga mereka tidak boleh menembak senjata milik Kesatuan Soviet.  Sebuah kasis meriam artileri 2S19 Msta-S digabungkan dengan rudal dengan 12 lensa laser. Laser Szhatie dihasilkan memfokuskan cahaya kedalam sebuah nilam seberat 30 kilogram. Laser yang dihasilkan kemudian ditembak ke arah musuh yang menggunakans sitem optikal untuk menembak. Szhatie dikatakan mampu membutakan sistem misil anti kereta kebal, sistem menembak kereta kebal dan juga sistem bidikan kapal terbang milik barat. 

Walaubagaimanapun sistem 1K17 Szhatie didapati terlalu mahal dan tidak praktikal untuk digunakan secara menyeluruh.Projek ini dihentikan selepas Kesatuan Soviet runtuh kerana ketiadaan dana. Dari dua buah prototaip yang dihasilkan hanya satu masih boleh dilihat di Muzium Teknologi Tentera Darat Moscow

Pihak Russia kini menggunakan sistem SHTORA bagi membutakan "deria" senjata musuh. Sistem Shtora digunakan pada kereta kebal utama T-80 dan T-90 milik mereka. Beza utama Shtora dan Szhatie ialah saiz. Shtora lebih kecil dan boleh dipasang pada bahagian depan kereta kebal tanpa perlu platform khas untuk bergerak. Don't you just love technology?



Laporan asal Wikipedia

5 comments:

  1. Replies
    1. malaysia takda? hehe

      Free Download Majalah, TV Series, Anime & Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. Tambah pendapatan Nuffnang? Dah Like page Nuffnanger Malaysia? Jom Like sekarang untuk tambah earnings..

    Senarai Kereta Milik Rosmah atau..

    Nuffnanger Malaysia




    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails