Saturday, 29 June 2013

Serius Konsep - Aether : Konsep Kapal Belon Udara Moden (10 Gambar)


Swag Zappelin!

Sebelum perang dunia kedua, kapal penumpang belon udara seperti Zeppelin Hindenburg digunakan sebagai pengangkutan penumpang merentasi benua. United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman adalah negara-negara yang mempunyai program pembinaan kapal belon udara gergasi mereka sendiri. Kapal belon udara ini juga digunakan oleh negara-negara diatas untuk tujuan ketenteraan. Di Amerika Syarikat dan Jerman kapal belon udara ini berfungsi sebagai kapal pengangkut kapal terbang.

Ketika zaman kegemilangan pengangkutan kapal belon udara, bangunan Empire State Building mempunyai tempat mendat Zeppelinnya yang tersendiri. Penumpang boleh turun dari belon terus kedalam bangunan pencakar langit ini. 

Era pengangkutan kapal belon udara terhenti akibat beberapa kemalangan maut. Kemalangan paling terkenal sekali ialah apabila Zeppelin Hindenburg terbakar ketika cuba mendarat di Lakehurst New Jersey pada tahun 1937. Kapal belon udara yang berisi Hidrogen ini didapti mudah terbakar. Pada waktu yang sama penggunaan kapal terbang semakin meluas dan ianya jauh lebih pantas.

Selam berdekad lamanya sistem pengangkutan belon udara dilupakan. Sekarang kapal udara Dunlop hanya digunakan sebagai papan iklan terbang di Amerika Syarikat. The Aether ialah konsep kapal belon udara moden yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan kapal udara ini. Ianya direka oleh Mac Byers. Rekaan The Aether nampak seperti sebuah kapal perang angkasa lepas. Rekaan dalamannya tak kurang futuristik. Cool!




Laporan asal Dvice

3 comments:

  1. pengaruh thunderbird 2 ngan protoss carrier ni...mesti mac byers kepala lonjong cam protoss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails