Monday, 24 June 2013

Serius - Masjid Jamek Kota Feroz Shah Delhi : Musnah Tapi Masih Digunakan(18 Gambar)


Musnah masih berguna.

Masjid Jamek Feroz Shah Kotla ialah sebuah masjid purba yang sudah musnah tetapi ianya masih digunakan sehingga ke hari ini di bandaraya Delhi India. Masjid ini dibina di dalam istanakota Feroz Shah Kotla yang dibina oleh Sultan Feroz Shah Tughlaq pada tahun 1354. Masjid ini adalah sebahagian kota Ferozabad yang dibina oleh Sultan Feroz Shah yang juga menempatkan istana baginda. Selepas kejatuhan Kesultanan Tughlaq ditangan Empayar Mughal, istanakota Feroz Shah terbiar. Pemimpin Empayar Mughal dan penduduk setempat kemudian menjarah batu-batuan kota ini untuk membina bangunan baru. Masjid Jamek Ferok Shah Kotla juga menjadi mangsa jarahan. Sungguhpun masjid ini kelihatan seperti sudah musnah, ia masih digunakan oleh penduduk Islam Delhi untuk bersolat. Ianya juga merupakan antara tarikan pelancong dan dibuka setiap hari kecuali ketika waktu solat. Setiap kali sebelum waktu solat pekerja masjid akan membentangkan tikar supaya makmum dapat sujud dengan selesa ketika solat. Siapa kata kita memerlukan masjid cantik dan moden untuk menarik orang ramai solat berjemaah? At least di Delhi, masjid yang kini kelihatan sepering puingpun masih boleh digunakan sebagai tempat beribadat!




Laporan asal Feroz Kotla

7 comments:

  1. syukurlah kita masihh bolehh beribadah dengan selesa...tu pon ade yg tak sedar² lagik...mari doa semua agar kita dirahmati ALLAH dan dimurahkan rezeki...diberikan kejayaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. BIAR BETUL?
      Korang tau tak, ni post 'pertama dalam topik' yg lebih dari dua line siap dgn capslock utk prkataan tertentu dan (...) di tempat tertentu? Dan memang ditulis utk komen? adakah maknanya pembaca blog ini dah advance? Selalunnya malaun tak sempat fikir dah,bila komen 0, gelap mata nak tayip 1st...not this one ha?...fuiyyyyooooo!!!

      Delete
  2. SubhanAllah. Namun begitu kenapa tidak ada usaha untuk buat pemuliharaan semula ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan..tempat ni di india..fikir-fikirkan la kenapa..kalau di malaysia mcm ni smua org pun akn tegur kenapa x dibaiki..

      Delete
    2. rasanya kat Malaysia bukan setakat masjid, kuil2, gereja pun akan dibaiki...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails