Kapal Layar Perang
Kapal perang Mary Rose adalah kapal perang kebanggaan tentera laut diraja England pada kurun ke-16. Pada waktu ini Raja England ialah King Henry Ke-8 dan England masih berperang dengan Perancis. Mary Rose ialah antara kapal perang paling canggih pada waktu itu dan mempunyai 91 meriam dan lebih 500 anak kapal. Ianya dibina pada tahun 1511 dan mempunyai reputasi sebagai kapal perang yang berbahaya kepada musuh. Pada tahun 1545 berlaku pertempuran diantara tentera laut England dan Perancis di Solent, berhampiran Isle of Wight England. Tentera Perancis cuba mendarat dan menakluk Portsmouth. Malang bagi Mary Rose ketika pertempuran berlaku ianya karam. Yang memalukan King Henry Ke-8 ialah Mary Rose karam bukan kerana ditembak musuh tetapi kerana kesilapan anak kapalnya. Menurut rekod sejarah Mary Rose tenggelam kerana air memasuki lubang meriam pada bahagian bawah kapal yang tidak ditutup ketika ia cuba membelok. Lubang meriam paling bawah Mary Rose yang terletak 1 meter dari aras laut.
500 orang anak kapal meninggal dunia akibat kemalangan ini. Bangkai kapal Mary Rose terbiar selama lebih 400 tahun sehinggalah ditemui semula pada tahun 1971. Pada tahun 1982 ianya berjaya diangkat semula ke permukaan dan diletakkan di dalam muzium khas. Penemuam Mary Rose menjadi bualan peminat sejarah kerana 19 000 artifak dari era Tudor ditemui. Antara yang ditemui masih terpelihara ialah sikat, alat permainan, alat muzik, kasut, baju kulit, alat bercukur, senjata kecil dan pelbagai lagi. Selain itu lebih 175 rangka manusia ditemui di dalam bangkai kapal. Rangka ini kemudian digunakan saintis untuk melihat tahap kesihatan dan diet manusia zaman Tudor.
Pada tahun 2009 muzium yang menempatkan Mary Rose di Portsmouth ditutup bagi membina sebuah muzium baru yang lebih moden. Pembinaan muzium baru ini akhirnya siap Mei tahun ini dan ianya dibina menyerupai sebuah bot. Mary Rose Museum menempatkan koleksi artifak Tudor terbesar di dunia. Kesemua artifak yang ditemui pada bangkai kapal dipamerkan kepada pengunjung. Yang menarik tentang muzium ini ialah ianya masih belum selesai dibina. Kerangka kayu Mary Rose masih sedang proses pemuliharaan. In fact proses pemuliharaan sudah dijalankan sejak ianya dinaikkan semula pada tahun 1982. Selepas lebih 30 tahun fasa pengeringan bangkai kapal kini sedang dijalankan. Pada tahun 1918 apabila proses pengeriangan bangkai ini dijangka selesai, dinding kaca yang memisahkan pengunjung dan lantai pameran artifak akan dibuka. Pada waktu itu barulah muzium ini akan benar-benar siap sepenuhnya. Sabar betul ahli sejarah ini!
Laporan asal ArchDaily
Assassins' Creed III !
ReplyDeletewow so cool !!!
DeleteLive Streaming Final Piala FA 2013 JDT VS Kelantan 8:45 PM @ ZirahNamia's Blog
der...muzium neh sebelah je ngn uni aku
ReplyDelete