Friday 28 June 2013

Serius Konsep - 252° Living Area : Rumah Mobil Berlipat Seperti Kipas (12 Gambar)


Nice!

Rumah mobil ialah sesuatu yang jarang kita lihat di Malaysia. Pada awal 90an ada sebuah syarikat tempatan yang cuba mempopularkan rumah mobil dengan memperkenalkan perkhidmatan menyewa rumah mobil ini. Malangnya orang Malaysia lebih gemar duduk hotel dan chalet dari membawa rumah mobil. Plus lesen memandu lori diperlukan sebelum boleh menyewa. 252° Living Area ialah sebuah konsep rumah mobil kompak oleh Stephanie Bellanger, Amaury Watine, François Gustin dan David Dethoor. Sebuah rumah mobil bersaiz penuh boleh dilipat seperti kipas Jepun apabila tidak digunakan dan memudahkannya untuk ditarik di belakang sebuah kereta. Apabila ingin digunakan ianya akan terbuka sebayak 252 darjah dan mempunyai sebuah pejabat, tandas, bilik tidur, dapur dan ruang santai. Really cool tetapi tandas terlalu see through!




Laporan asal Yanko

3 comments:

  1. mmg tak best , takde privacy!! tapi ini masih lagi peringkat konsep aje kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tu ada dinding, jangan risau. Gambar-gambar di atas tu 3D-render je. nak tunjuk isi kandungan, sebab tu dinding dia tak tunjuk.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails