Saturday, 29 June 2013

Serius Cool - Kachalka : Gimnasium Terbuka Awam Di Kiev Ukraine (15 Gambar)


Gimnasium 1Ukraine

Bulan lalu kami dengar ada perancangan untuk membina Gimansium 1Malaysia untuk kegunaan rakyat Malaysia. Idea ini adalah buah fikiran Menteria Belia Dan Sukan Khairy Jamaludin yang merasakan rakyat marhaen tidak mampu menjadi ahli gimnasium yang sedia ada. Gimnasium 1Malaysia akan membolehkan rakyat yang mahu badan yang ketak-ketak menjadikannya realiti tanpa perlu membayar yuran ahli yang mahal.

Idea gimnasium rakyat ini bukanlah perkara baru. Di Pulau Tuchev yang terletak di tengah-tengah Kiev Ukraine wujud gimnasium terbuka Kachalka. Gimnasium terbuka seluas 10 kilometer persegi ini bebas digunakan warga Kieve untuk bersenam. Ianya adalah ilham ahli gimnastik Poland Kasimir Jagelsky dan professor Matematik Ukraine Yuri Kuk. Mereka mahu membina sebuah taman khas dimana rakyat boleh bersenam dengan bebas. Impian mereka menjadi kenyataan pada tahun 1970. Jika anda ke Kachalka anda boleh melihat ratusan alat gimnasium yang berkarat tetapi masih digunakan tanpa was was. Majoriti alatan gimnasium diperbuat dari besi buruk dan alat ganti kereta kebal serta lori. Sebagai contoh tayar kereta kebal dijadikan pemberat sementara roda lori dijadikan beg menumbuk. Genius!

Mohon Gimnasium 1Malaysia tidak terlalu oldschool macam ini. Orang Malaysia kan memilih. Free shit pun banyak songeh!



Laporan asal Spiegel

5 comments:

  1. pergh..agak2 bla Malaysia nk ade mcm ni??

    ReplyDelete
  2. bagus juga idea ni... guna barang terbuang jadi alatan gym. jimat kos. kt malaysia pun leh gak buat mcm ni. komplen yes tp in the end mereka akan guna dan rosakkan jugak, x pun kena curi kalau besi. kalau alat dari barang buruk camni xla ralat bila dijahanamkan.

    ReplyDelete
  3. Nanti rakyat Malaysia semua taf2. Haha. Bagos idea ni kalau boleh buat di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. kalu buat kat malaysia, nanti hilang semua besi besi tu, sedangkan penutup longkang najis pun orang curi...only in malaysia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails