Friday 21 June 2013

Serius - Terry Holdbrooks : Pengawal Penjara Guantanamo Yang Kini Memeluk Islam (10 Gambar)


Alhamdulilah

Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan "pengganas" di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo. 

Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama "ganas" Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum. 

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk "TRAITOR" yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry. 

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.

Powerful stuff. Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.






Laporan asal NYDailyNews

17 comments:

  1. Replies
    1. Syukur telah dibuka pintu hatinya...
      Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. gambar 7 dari bawah,nampak mcm Hassan Al-banna.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah....

    sebenarnya lg ganas diorg tu, lagi ramai le org masuk Islam..

    ReplyDelete
  4. subhanallah... sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH...

    ReplyDelete
  5. Syukur sudah tiada anon mencarut2 di blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Banyak jugak benda carut yg tak pernah aku dengar/terfikir masa era amukan anon dulu.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Eeee.. X sanggup nak tgk la

    cuba tgk gambar2 ni

    Subhanallah.. Ngerinya



    ReplyDelete
  8. Replies
    1. solat tangan sedekap macam kita.
      Sunni la tu

      Delete
  9. alhamdulillah... sorg lg warga amerika yg menyedari kejahatan/kekejaman kerajaan amerika! nmpak bersih muka dia ms masuk islam...

    tp aq br perasan: kalu org amerika masuk islam, mcm makin lebat j janggut diorg. mmg la ikut sunnah, tp muka tu jd mcm org arab plak. org br kenal dia mesti igt dia ni org arab!

    n aq nmpak kt cuping telinga kiri dia ad lubg besar, mgkin dlu sblm masuk islam dia pkai earring kowt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah kalau perasan..
      Di barat...pandangan janggut tu wajib, lagi dominan.
      Muslim sana sampai sanggup naik court pasal nak bela janggut.
      Ni kes kerja kerajaan, badan uniform la ni. Kes yg aku tahu sorang bomba, polis...... kira isu yg biasa kat sana.....
      off topic: kalau kau rajin dengar ceramah sana...pandangan muzik itu haram, jugak amat besar yg berpegang kpdnya.... vlog/ video yg bertema Islam....selalunya tak der muzik...atau pun kalau ada....muzik dengan suara acapella.

      Delete
  10. assalamualaikum , minta izin share ya ...

    ReplyDelete
  11. salam obe..mintak izin nak share jgak..blog aku baru dan xglamour so xperlu risau laa..ahaks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails