Monday, 4 February 2013

Serius - Kehidupan Pejuang Mujahideen Chechnya (14 Gambar)


Al Komrad

Perang pembebasan Chechnya berlangsung dari tahun 1991 sehingga 2009. Sepanjang tempoh ini askar mujahideen Chechnya melancarkan peperangan gerilla menentang aksar bekas kesatuan Soviet. Dianggarkan  diantara 25 000 hingga 50 000 warga Chechnya tekorban di dalam dua perang yang meletus sepanjang 18 tahun konflik ini berlangsung. 

Peperangan secara besar-besaran hanya berhenti pada tahun 2003 setelah Akhmad Kadyrov , salah seorang ketua pembebasan Chechnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Vladimir Putin. Akhmad Kadyrov serta merta dilabel sebagai pengkhianat perjuangan Chechnya kerana bersetuju menjadi barua Putin. Pada tahun 2004 beliau mati dibunuh apabila sebuah periuk api diletupkan di bawah astaka VIP yang diduduki beliau di dalam sebuah stadium.

Akhmad Kadyrov kemudian digantikan oleh anak beliau Ramzan Kadyrov yang turut mendapat naungan Vladimir Putin. Di bawah pemerintahan Ramzan Chechnya menjadi aman damai tetapi beliau memerintah secara kuku besi dan menggunakan polis rahsia untuk menakutkan rakyat Chechnya. Perang diantara pejuang mujahidin Chechnya dengan Russia sudah berakhir tetapi kini peperangan saudara antara tentera  Razman Kadyrov dan mujahideen di bawah pimpinan Doku Khamatovich Umarov (Dokka Abu Usman) bermula.

Peperangan saudara ini masih berlangsung dan tentera mujahideen Dokka Abu Usman kini semakin lemah. Kesukaran mendapatkan senjata dan kehilangan sokongan kewangan dari Osama Bin Laden menyebabkan mereka kini hanya mampu bertahan di dalam kawasan hutan bergunung ganang pada bahagian utara Chechnya. 

Adakah mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan boneka yang kejam Ramzan Kadyrov? Hanya Allah sahaja yang mampu menjawab soalan ini. Oleh sebab itulah setiap hari jumaat apabila Khatib meminta anda mengaminkan doa...... sila aminkan dengan ikhlas. Mereka memerlukan bantuan. 




Gambar dari EnglishRussia


12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. live for nothing or die for something

    ReplyDelete
  3. kalau tengok gambar mujahideen, tak kira negara mana pun...kena ingat 2 benda...
    1)walaupun gambarnya tengah senyum...diorg hidup dlm kadar paling minimum, cukup2 utk survive + jihad aje....
    2)Setiap hari, dlm hati ingat pasal kemungkinan terkorban tu amat lah besar. Bersedia 24/7 utk balik ke barzakh.

    ReplyDelete
  4. kalau 3A atau Hot toy buat mainan tentera mujahideen chechen ni mesti aku beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei... ko nak letak berhala mujahideen kat rumah ke? jangan ko sia2 kan perjuangan mujahideen dgn jadikan dirg berhala ko

      Delete
  5. Obe,
    Apsl plak si akhmad kadyrov sekutu ngan putin pada tahun 2009 tp dia mati kena bom pada tahun 2004?

    ReplyDelete
  6. artikel yg paling waras drpd obe@blogserius

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails