Wednesday, 6 February 2013

Serius Cool - Rumah Anak Yatim Diperbuat Dari Kontena Di Afrika Selatan


Nice!

Rumah anak yatim tipikalnya sebuah tempat yang nampak kurang ceria. Ini adalah kerana ianya nampak seperti asrama sekolah yang membosankan. Sebelum ini kami ada paparkan rumah anak yatim yang diperbuat daripada buluh di Thailand. Rumah anak yatim itu nampak unik kerana tidak menggunakan bahan binaan konvensional. 

Di Afrika Selatan ada sebuah lagi rumah anak yatim unik kerana dibina menggunakan kontena kargo. New Jerusalem Orphanage ialah sebuah rumah anak yatim yang mempunyai 80 orang penghuni. Ianya mula dibuka pada tahun 2000 oleh dua orang adik beradik yang kasihan melihat anak kecil dibuang kerana HIV ataupun kemiskinan. Kerana jumlah penghuni yang semakin bertambah, New Juruselem memerlukan bangunan baru. Firma 4D And A ditugaskan mereka bangunan baru ini dan kontena kargo digunakan kerana ianya 25% lebih murah dari bahan binaan lain dan paling penting ianya mudah dibina. Winning! Nampak sangat ceria rumah anak yatim ini.






Laporan asal Inhabitat

6 comments:

  1. typo ko ni makin lame makin truk la obe. sebuha, jumpah. ok, nasib aku paham.

    ReplyDelete
  2. kacang sejuk dan kreatif siol ~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails