Thursday, 28 February 2013

T Shirt Hari Ini #31 - Malaya Hero : Baju Tun Mahathir Dan Tuan Guru Nik Aziz Oleh Abstrax Jingga (9 Gambar)


Restecpah 

Tuan Guru Nik Aziz dan Tun Dr Mahathir Muhammad ialah dua tokoh politik yang mempunyai pengikut yang ramai. Bagi penyokong mereka TDM dan TGNA ialah the epitome of what a politician should be in Malaysia dan mereka berdua duduk di kutub magnetik politik yang berbeza. Asbtrax Jingga, sebuah syarikat pakaian urban Malaysia menghasilkan t-shirt Malaya Hero yang memaparkan wajah TDM dan TGNA. Baju TDM bertemakan Respect manakala untuk TGNA pula ianya bertemakan Faith. Baju ini boleh dibeli pada harga RM38 untuk edisi normal dan RM 60 untuk edisi premium. Anda juga boleh memesan poster Faith dan Respect ini jika mahu.

Sila buat pesanan anda melalui lama Abstrax Jingga disini atau hantarkan email kepada iamabstraxjingga@gmail.com



Serius Sadis - Siri Foto Haiwan Sebelum Dan Selepas Euthanasia (14 Gambar NSFW)


Sad!

Sad....... sad ........ sad. Sekiranya anda pecinta haiwan JANGAN klik link berita penuh di bawah kerana ianya akan membuatkan anda menangis. Ini gambar-gambar yang diambil oleh Mary Shannon Johnstone untuk siri foto beliau Discarded Property. Beliau mengambil gambar kucing dan anjing terbiar di sebuah pusat perlindungan haiwan di North Carolina sebelum dan selepas mereka dibunuh kerana tidak mempunyai tuan. 

Di North Carolina 250 000 haiwan dimatikan setiap tahun. Ini bermakna 700 anjing dan kucing disuntik sehingga mati setiap hari kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan mereka. Mary Shannon Johnston berharap siri Discarded Property ini akan menaikkan kesedaran orang ramai untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya haiwan yang tidak bertuan tidak akan dimatikan sebegini rupa. 

I go cry now....


Serius - Apabila Melayu Amerika Belajar Berbahasa Melayu


Amalaynican Sebenar

Semasa kami student ada terserempak orang melayu UK yang memang tak tahu sepatahpun bahasa Melayu. Mereka bercakap inggeris dengan slanga UK pekat. Ini bukanlah perkara aneh di negara barat dimana bahasa kebangsaan lebih dititik beratkan dari bahasa ibunda. Kami ada seorang kawan cina langsung tak tahu cakap cina padahal mak bapak dia baru sahaja berhijrah dari Hong Kong. Tak macam di Malaysia walaupun dah bergenerasi duduk di Malaysia cakap Bahasa Malaysia masih pelat. Di mana silapnya apabila Bangladesh baru duduk 7 tahun boleh cakap BM dengan lebih baik dari orang Malaysia yang dilahirkan di sini.

Thanks @NAQONAQIUDDIN for this cool video.




Serius Cool - Bilik Permainan Royal London Hospital Membenarkan Kanak-Kanak Menjadi Manusia Kerdil (9 Gambar)


Fantastikal!

Di Royal London Hospital mereka menyedari kanak-kanak tidak gemar tinggal di dalam hospital. Hospital bukanlah bangunan yang kita kaitkan dengan keceriaan. Jadi bagaimanakah mereka menimbulkan suasana ceria kepada pesakit dan pelawat kanak-kanak mereka? How about creating a playroom where kids can pretend they are midgets? Bilik permainan kanak-kanak diletakkan dengan hiasan kerusi, harimai dan burung hantu berskala gergasi lengkap dengan TV interaktif yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. TV interaktif ini juga menggalakkan kanak-kanak bersenam sambil bergembira. Idea yang sangat comel dan genius!


Serius Fakta - Fakta Mengenai Botox


Ketahuilah

Tahukah anda fakta-fakta mengenai botox selain ianya juga dikenali sebagai "air wuduk" di kalangan artis Meleis?



Serius LOL - Cara Mudah Untuk Mendapatkan Pahala?


#SeemsLegit

Nama syarikat yang agak win........


Serius Cool - Corum Golden Bridge : Jam Dengan Mekanisma Tirus Yang Uniik (11 Gambar)


Do want!

Terdapat pelbagai jenama jam mewah di pasaran sekarang setiap satunya menawarkan keunikkan tersendiri. Jam tangan Richard Mille meletakkan flying tourbillion dan kristal untuk melihatkan kemewahannya. Rolex pula diperbuat dari emas, platinum dan permata. Jam tangan buatan CORUM, sebuah syarikat berpengkalan di Switzerland pula terkenal dengan mekanisma jam mereka yang tirus. Ini semestinya sangat berbeza dari jam tangan lain yang meletakkan mekanisma berbentuk bulat. Hasilnya ialah jam yang benar-benar kelihatan unik. Harga seutas jam tangan Corum bermula dari USD 35 000 sebuah. Worth it just for its uniqueness.



Serius WTF - Video Yang Bakal Memberikan Anda Eye Cancer Hari Ini


Defuq?

De........fuq? kill it before it lays eggs!


Thanks @Anasnimous for the cancer

 


Serius Cool - Replika Hogwarts Dari 400 000 Bongkah LEGO (14 Gambar)


Amazing!

Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menunjukkan anda adalah peminat kipas mati sesuatu frankais filem? Bagi Alice Finch beliau menggabungkan kegilaan LEGO dan Harry Potter beliau dengan membina Sekolah Sihir Kebangsaan Hogwarts. Alice menghabiuskan masa selama 12 bulan dan menggunakan 400 000 bongkah LEGO bagi menunjukkan ke fangirlsan beliau. Usaha beliau ternyata tidak sia-sia kerana beliau memenangi anugerah Best in Show dan People's Choice Award di BrickCon 2012 yang berlangsung tahun lalu. Ini sememangnya dedikasi sebenar! 


Serius - Butthurt Sebenar : Punggung Remaja Ditikam Basikal Sendiri (3 Gambar NSFW)


The worst butthurt ever!

Ini kejadian yang berlaku minggu lalu di China. Seorang pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki basikal beliau telah disodomi oleh basikal beliau sendiri. Menurut laporan media China, tempat duduk basikal beliau bergerak mengakibatkan besi di bawahnya terdedah. Pelajar yang malang ini tidak menyedari apa yang beralaku dan akibatnya besi tempat duduk menerobos punggung beliau. Pihak bomba terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memudahkan proses menyelamat.  Besi yang menikam beliau kemudian dibuang oleh doktor di hospital berdekatan

Pengajaran hari ini? Jangan beli basikal made in China unless anda mahu menjadi Saiful secara tidak sengaja!


Wednesday, 27 February 2013

Serius Genius - Shittens : Tisu Tandas Mesra Pengguna


Genius!

Kalau anda pernah ke luar negara anda pasti mempunyai dilema bagaimana hendak berintinjak kerana ketiadaan air. Zaman kami student dulu kami bawa air masuk tandas dalam botol supaya memudahkan kami membasuh anus. Tetapi terlebih dahulu kami akan istinjak gunakan tisu. Kerana kekurangan training adalah kurang selesa membersihkan dubur menggunakan tisu tandas.

Oleh itu anda mungkin memerlukan SHITTENS, tisu tanda berbentuk sarung tangan. Oleh itu anda yang dah biasa cebok akan berasa lebih selesa menggunakan tisu tandas. Genius! Or is it?


Serius Cool - Katil Bertemakan X-Wing Star Wars Untuk Si Kecil (12 Gambar)


Cool beans!

Semasa kami kecik kami bermimpi untuk mempunyai katil berbentuk kereta lumba. Ini adalah kerana kami dahulu minat dengan pelumba kereta lagenda Ayrton Senna. Tapi di Malaysia katil berbentuk kereta lumba tak dijual. Sad face. 

Di bawah ialah sebuah katil yang lebih cool dari katil kereta lumba kerana ianya sebuah katil kapal angkasa X-Wing dari filem Star Wars. Lucky kiddo! Ia dilengkapi sistem audio visual dan replika robot astro R2D2. Nice one dad!



Serius Cute - Romeo Dan Juliet Versi Kucing


Cinta suci terhalang!

Kesian kucing ini...... angau tetapi cinta mereka terhalang! Catmeo Catmeo where for art meow Catmeo? ...........



Serius LOL - Logo-Logo Baru Kelab Liga Perdana Inggeris Versi Ikhlas (20 Logo)


Logo Yang Lebih REAL!

Chelsea merubah logo kelab mereka pada tahun 2005 sempena menyambut ulang tahun ke 100 mereka. Man United pula merubah logo mereka pada tahun 1999 dan membuang ayat Football Club dari logo mereka. Kelab - kelab lain seperti Spurs dan Swansea juga mengubah logo bagi tujuan rebranding. Apakah yang terjadi sekiranya logo pasukan bola EPL di ubah tetapi dengan tujuan untuk memberikan situasi sebenar kelab mereka sekarang? Inilah yang dilakukan oleh Salman Anjum seorang pereka grafik yang berasal dari London. Jangan butthurt, semua kelab kena!



Serius Sadis - Gambar Apartmen Sempit Penghuni Miskin Di Hong Kong (9 Gambar)


Gila kejam

Mengikut kajian majalah The Economist, Hong Kong ialah bandar yang paling bagus didiami untuk tahun 2012. Sungguhpun begitu dianggarkan lebih 100 000 warga Hong Kong hidup di dalam apartmen mikro sebesar 40 meter persegi kerana kemiskinan. Bagi mendedahkan taraf kehidupan penduduakl yang keadhaifan ini Society for Community Organization, mengadakan kempen kesedaran bagi melobi kerajaan Hong Kong untuk membina rumah kos rendah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Gambar apartment mikro di ambil dari atas menggunakan kamera berlensa wide angle yang kemudiannya dijadikan poster. 

Sadis juga kehidupan mereka ini. Suddenly rasa bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang prihatin. Hanya BN mampu memberikan rumah kos rendah yang tidak kecil dan selesa didiami rakyat Malaysia yang miskin. Terima kasih Bapa Tranformers Najib Razak. 



Serius LOL - Produk Pembesaran Payudara Dengan Nama Yang Sangat Sesuai


Genius!

Nama produk pembesaran airport menjadi gunung ledang ini sangat sesuai. Good brand name! 


Serius Konsep - Rinspeed MicroMAX : Van Elekrik Merangkap Pejabat Bergerak(11 Gambar)


Pejabat bergerak

Rinspeed ialah sebuah syarikat kustomasi dan rekaan konsep yang berasal dari Switzerland. Setiap tahun sejak 1991, Rinspeed akan memperlihatkan sebuah kenderaan konsep di Pameran Kenderaan Geneva. Tahun ini mereka memperlihatkan Rinspeed MicroMAX, sebuah van elektrik yang juga berfungsi sebagai sebuah pejabat bergerak. Rinspeed bekerjasama dengan syarikat audio visual Harman bagi melengkapkan ruangan dalaman dengan sistem AV dan teknologi maklumat terkini. Bagi memuatkan jumlah penumpang yang banyak di dalam kenderaan yang kecil (iana hanya sepanjang 12 kaki) , MicroMax menggunakan kerusi berdiri. Konsep yang cool tetapi bagi fat arse seperti kami agak sukar untuk bekerja di dalam kenderaan sebegini. We need 2 monitors to work man!



Serius LOL - Trailer Filem Life Of PSY


Hahahah!

Nice............. 

Serius Cool - The Judgement House : Penjara Diubah Menjadi Hotel (11 Gambar)


Satu lagi hotel penjara

Ketika Perang Vietnam, sebuah penjara tahanan perang diberikan nama gelaran Hanoi Hilton oleh mereka yang mendiaminya. Hanoi Hilton ialah sebuah penjara yang sadis kerana dimuatkan dengan tahanan perang yang melebihi kapasiti asalnya. Nama Hanoi Hilton itu sendiri adalah nama gelaran sinikal.

Di Belanda terdapat Hotel Het Arresthuis, ataupun Hotel Rumah Hukuman yang dibuka di  Roermond. Het Arresthuis ialah sebuah penjara yang beroperasi dari 1862 sehingga 2007. Selepas ditutup ianya diubah menjadi sebuah hotel mewah . What a cool idea. Malang sekali Penjara Pudu kini tinggal pintu sahaja dan tidak dapat diguna semula sebagai hotel. On a side note maybe that is a good idea, ada berani ke anda tidur dalam hotel bekas Penjara Pudu? I don't think so!



Serius Cool - Casing Flip Phone Retro Untuk Iphone (7 Gambar)


Nice one!

Rindukan telefon flip era awal 2000 seperti Motorola Startac? Apa kata anda membeli casing flip phone di bawah yang direka untuk iPhone 5. Anda boleh menikmati perasaan menggunakan flip phone like the good old days! Casing ini berfungsi seperti flip phone sebenar dan mempunyai speaker terbina pada bahagian atas. 


Monday, 25 February 2013

Serius Cool - Trailer Deep Down : Permainan Komputer Untuk Playstation 4


Nice!

Woah............... PS3 pun kami tak ada kini PS4 pula bakal muncul di pasaran. I feel so old!

Serius KReatif - Arca-Arca Senggama Minda Jan Fabre (11 Gambar NSFW)


What?

Arca hasil kerja tangan Jon Fabre, seorang artis yang berasal dari Brussels Belgium di bawah adalah sangat menyeggama minda. Kami tak tahu apakah mesej yang cuba disampaikan oleh beliau melalui arca-arca di bawah. Arca paling di bawah yang diberi nama THE SEX ialah arca lelaki terbaring yang akan inzal memancutkan air dari kemaluan. I really don;t know what is the point. Mungkin Jon Fabre ingin menjadi random seperti orang Jepun.


Serius Cool - Pertunjukan Fesyen Untuk Wanita Gempal (8 Gambar)


Big Girl You Are Beautiful!

Fashion Weekend Plus Size ialah pertujukan fesyen khusus untuk fesyen wanita gempal terbesar di dunia. Ianya memaparkan rekaan pakaian untuk wanita- wanita bersaiz besar. Acara ini dimulakan oleh Renata Poskus Vaz, seorang wartawan fesyen yang merasakan wanita yang mempunyai badan yang "lebih realistik" dilupakan oleh dunia fesyen yang obses dengan wanita kurus. Tahun ini ia diadakan di Sao Paolo Brazil. Remember kids...... women come in all sorts of sizes.

Laporan asal IBTimes


Serius Neko - Sam : Kucing Dengan Kening Yang Comel (10 Gambar)


Comel!

Hai.. ini ialah Sam. Sam mempunyai kening yang membuatkan beliau kelihatan sedih sepanjang masa. Sila follow Instagram di SamHasEyebrows




Serius LOL - Tanda-Tanda Pilihanraya Sudah Semakin Hampir!


Dah dekat dah!

Tanda-tanda pilihanraya semakin hampir........ adakah anda sudah bersedia? Yang pasti Barisan Nasional dah berkempen awal sebelum parti lain bersedia! Hidup BR1M! Hidup Dear Leader! Are you ready for election?


Serius LOL - Sebab Mengapa Manchester City Lebih Cool Dari Manchester United


Hahahaha

Kami merindui Mario Balotelli disini



Serius Fakta - Fakta Menarik Mengenai Pelakon-Pelakon Pornografi


Edukesyenel

Ini sangat edukesyenel. Sebuah infografik mengenai industri filem dewasa di Amerika Syarikat



Serius Cool - Peminat Kapal Terbang Membina Replika Kabin 747 Di Dalam Gudang(10 Gambar)


Bila sudah minat

Kami di Blogserius memang meminati kapal terbang. Semasa kami muda remaja kami membeli majalah kapal terbang dan juga model plastik yang kami bina setiap hujung minggu. Bagi Anthony Toth , yang berasal dari California, kegilaan beliau terhadap pesawat 747 membawa kepada beliau membina replika kabin 747 beliau sendiri. Pada awalnya beliau menghasilkan replika kabin 747 Pan Am in di dalam garaj rumah beliau. Tetapi kini ianya terletak di dalam sebuah gudang kerana saiznya yang semakin besar. Sangat cool. Dengan adanya replika ini bolehlah Anthony menyertai mile high club versi ketinggian paras laut


Sunday, 24 February 2013

Serius Cool - Patung Darth Vader (10 Gambar)


Luke.. I am your action figure

Patung aksi Darth Vader setinggi 21 inci ini boleh anda miliki dengan harga USD 350 (RM 1150). Topeng muka Vader boleh dibuka dan tangan beliau juga boleh ditukar ganti untuk memegang topeng dan lightsaber. Tempahan boleh dilakukan sekarang sebelum ianya dijual September hadapan. May the force be with you.



Serius - Dolumentari Pak Mie Pengusaha Rumah Penjagaan Anjing Terbiar Di Alor Star


Respect!

Respect untuk Pak Mie kerana menpunyai hati yang kudus untuk membantu anjing terbiar. Sanggup tak makan semata-mata mahu memberi anjing malang makan. Pecinta haiwan sebenar. Semoga Allah membalas ketulusan hati dan pengorbanan Pak Mie diakhirat kelak. What a hero.

Manly tears was had ..................



Serius Fakta - Fakta Mengenai Air Mani Manusia


Truth!

Fakta yang sedikit aneh untuk hari ahad yang aneh ini...


Serius LOL - Are You Ready To Karaoke?


Hahaha!

Nama sebuah pusat hiburan karaoke yang kami temui di Korea Town, Sydney. Are you ready to karaoke?



Serius Cool - Cosplay Puteri Allura Voltron Yang Cool (7 Gambar)


Let's go Voltron force!

Cosplay Puteri Allura dari siri kartun Voltron di bawah ialah hasil usaha Carrie Keagen, seorang hos TV yang berasal dari California. Cosplay yang sangat retro cool! 


Serius Cool - HTC One (14 Gambar)


Damn nice!

Minggu lepas Blogserius terbengkalai seketika kerana kami bertugas di Sydney sebagai krew Amanz.My . Kami ke Sydney untuk pelancaran telefon pintar Android terkini HTC iaitu HTC One. HTC One ialah sebuah peranti yang diperkasakan pemproses 1.7 GHz empat teras S4 Krait, RAM 2 Gigabyte, muatan dalaman 32/64 Gigabyte  dan kamera utama 4 MP dengan Ultrapixel,

Kamera 4 megapixel HTC One adalah lebih kecil dari kesemua peranti pintar di luar sana tetapi ia mempunyai saiz pixel yang besar iaitu 2 mikron berbanding 1.4 mikron yang ada pada iPhone 5. Ini bermakna kualiti gambar dan ketajaman imej lebih baik. Kami berjaya mendapat demo unit ketika di Sydney dan kami benar-benar kagum dengan kualiti gambar yang diambil serta keperincian binaan tubuh peranti ini. Seluruh tubuh HTC One dibuat dari sebongkah aluminium dan HTC memanggil teknik pembinaan ini sebagai zero gap.

HTC One akan muncul di pasaran Malaysia di penghujung April 2013 dengan harga saranan RM 2299.  Sangat nice!

Untuk membaca dengan lebih lanjut tentang HTC One, sila lawati ulasan pandang pertama kami di WWW.AMANZ.MY disini


Serius - Harlem Shake Syaria Compliant Edition


JAKIM Approves!

Dont shake...........solat..

Thanks @techboy_88 for the find



Serius LOL - Konvoi Pertahan Nama Allah Perkasa Yang Tidak Syaria Compliant (7 Gambar)


Kah kah kah!

Belen-belen seluruh Aloq Staq hangpa bayar suruh pi konvoi ka? Kalau ye pun nak bayar belen, tolong la suruh depa pakai baju yang sesuai dengan nama konvoi. Padia pertahan nama Allah tapi fesyen baju macam nirrojim? Perkasa FAIL!



Serius VS - Bungkusan Makanan VS Kandungan Makanan Sebenar : Ilusi Keji


Jahat gila!

Ini adalah cara membungkus makanan yang dijual cara genius tetapi keji


Monday, 18 February 2013

Serius LOL - Fesyen Punk Hijabista Syaria Compliant?


Hijabipunk!

Punk not dead... It just become HALALISED 


Serius Cool - Bohemian Rhapsody Versi Orkestra Simfoni


Win

Woah........ nice!



Serius Cool - Lilicoptère : Jika Marie Antoinette Memiliki Helikopter (9 Gambar)


Let them eat pink helicopter cake.

Marie Antoinette ialah maharani Perancis yang mati dipenggal gillotin ketika Revolusi Perancis (1787-1799) , Baginda masih berbelanja besar sedangkan rakyat menderita kerana kemiskinan. Kerana kebongkakkan ini baginda dan suami mati dan rakyat bangkit bagi mendapatkan keadilan.Lilicoptère  ialah sebuah helikopter Bell 47 yang diubah suai oleh Joana Vasconcelos, seorang artis dari Portugal. Lilicoptère helikopter yang sesuai digunakan oleg Marie Antoinette dari pandangan Joana. Ia dilitupi buli ostrich yang diwarnakan merah jambu. Ia melambangkan pembaziran Marie ketika hayat beliau. Swag gila tetapi adalah tidak berguna dalam kegunaan harian. Lilicoptère dipamerkan di Istana Versailles tahun lalu. Versailles merupakan tempat kediaman Marie Antoinette ketika baginda masih hidup. Deep.

In B4 "mana helikopter versi Rosmah?"



Serius Hot - Emilia Clarke (5 Gambar)


Hotness is coming

Emilia Clarke ialah pelakun katik yang melakonkan watak Daenerys Targaryen di dalam siri TV Game of Thrones. Siri ini akan kembali ke kaca TV pada 13 Mac 2013. Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi kita akan mengikuti kesinambungan perjalanana Daenerys Mother of Dragons. Can't wait. Sila tengok gambar Emilia Clarke buat semetara itu



Sunday, 17 February 2013

Serius Seleb - The Rock Ketika Berumur 15 Tahun


LOL!

Inilah rupa Dwayne "The Rock" Johnson ketika berumur 15 tahun. hahahah! Candy ass gila rupa!

Serius Fakta - 10 Jenis Ganja Terbaik Yang Boleh Anda Hisap


Legalisasi!

Weed is good for you... JAH! LOL


Serius Sadis - Anak-Anak Kecil Di Penjara Argentina


Banduan masih manusia

Di Argentina 1/3 dari banduan yang menduduki penjara adalah terdiri dari wanita. Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah banduan wanita semakin bertambah. Kebanyakannya dipenjara atas kesalahan menjadi keldai dadah dan merompak semata-mata mahu menyara keluarga. Akibatnya ada diantara mereka yang menjadi ibu ketika di dalam penjara. Di Argentina banduan wanita dibenarkan membesarkan anak yang dilahirkan di dalam penjara sehingga mereka berumur empat tahun. Anka-anak ini menjalani hidup seperti kanak-kanak biasa cuma dibesarkan di dalam sel penjara. Kasihan juga melihat mereka ini. Jadi adik-adik diluar sana. Kalau mahu jadi penjahat sila mandulkan diri anda untuk kebaikkan bersama. 


Serius Cool - Pejabat Agensi Pengiklanan Ogilvy and Mather Indonesia Yang Santai (9 Gambar)


Beans!

Ogilvy and Mather ialah antara syarikat pengiklanan terbesar dunia dengan pejabat di setiap benua. Sebelum kena hack dahulu kami ada paparkan pejabat Ogilvy and Mather di Malaysia. Pejabat yang terletak di Bandar Baru Damansara itu sangat cool. Hari ini mari lihat pejabat syarikat pengiklanan ini di Indonesia. Hiasa dalamannya sangat ceria dan terdapat sebuah gelongsor gergasi yang boleh digunakan kakitangan sekirang malas menggunakan tangga. Cool stuff!



Friday, 15 February 2013

Serius Bodoh - Kaya Tetapi Tak Ada Otak


Kaya Tetapi Bodoh

Harap duit sahaja banyak tetapi otak letak dalam jamban..........

Thanks @UmarMaggi


Serius Cool - Projek Keretapi Al Haramain : Keretapi Halaju Tinggi Mekah Madinah (12 Gambar)


Selesa!

Projek keretapi halaju tinggi Al Haramain ialah projek yang kini dalam pembinaan di Arab Saudi. Ianya projek sepanjang 450 kilometer yang menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. Ianya dibina bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan berhenti di Jeddah dan juga Rabigh. Kos pembinaan dianggarkan mencecah USD 10.7 billion (RM 33.4 Billion). 46 keretapi Talgo 350 keluaran Sepanyol bakal digunakan dan ianya akan beroperasi pada kelajaun 360 kilometer sejam. Diangkakan 3 Juta penumpang akan menaiki sistem keretapi Al Haramain setiap tahun. Pembinaan dijangka siap pada tahun 2014.



Serius Cool - Kuala Lumpur Day-Night : Oleh Robert Whitworth


Amazing!

Amazing stuff! Sila nonton dalam HD PENUH untuk menikmati visual Kuala Lumpur......... kotaraya awesome.

Thanks @ArmyTroll



Serius Cool - Nailympics - Olimpik Untuk Rekaan Kuku Yang Aneh Di Rome (14 Gambar)


Derp!

Temasya sukan Olimpik ialah acara sukan terbesar di dunia selepas temasya hentam artis Melayu wanita seksi tudung di laman sesawang Gossip. Ianya menjadi pentas atlet menunjukkan kehebatan mereka dalam pelbagai acara sukan. Nailympics bukanlah temasya sukan yang besar tetapi ianya masih serius. Tahun ini Nailympics, temasya rekaan seni kuku paling aneh diadakan di Rome Itali. Sebanyak 220 orang peserta dari 50 buah negara datang bertanding tahun ini di dalam 7 kategori rekaan kuku. Sangat groovy dan menakutkan!

Thanks @Aymeemin for the tip



Serius Cool - ClamCase Pro : Casing Dengan Kekunci Terbina Untuk Ipad (12 Gambar)


Best casing for best tablet

Tablet iPad pada pandangan kami ialah tablet terbaik untuk kegunaan harian. Bateri tahan lasak, sistem operasi yang lancar dan tiada masalah sepanjang anda menggunakannya. Kami suka baca komen sampah anonymous di ruangan komen menggunakan iPad milik kami. Truestory.

Kini ada ClamCase Pro,casing untuk iPad2, iPad3 dan iPad Retina yang mempunyai papan kekunci fizikal terbina. Selain menjadi papan kekunci ia juga mampu menahan hentakkan selain membuatkan iPad anda kelihatan seperti sebuah MacBook Air.  Harga sebuah ClamCase Pro ialah USD 169 (RM 523) sebuah. Mahal tapi kami rasakan berbaloi.



Serius LOL - #OhMyEnglish : Apakah Mesej Yang Cuba Disampaikan?


I kenot bryan dis!

Apakah? ............. perangkap tikus Valentine? 

Thanks @Joe_Iman



Serius Kreatif - Apabila Mario Dan GTA Digabungkan : Karya Amirul Hafiz (9 Gambar)


Grand Theft Mario

GTA dan Mario ialah dua permainan komputer yang diminati ramai. Dua genre mereka juga berbeza. Mario ialah permainan yang sesuai untuk kanak-kanak 2". GTA pula ganas dan dipenuhi dengan keganasan. Apakah yang terjadi jika dua francais ini digabungkan menjadi sebuah permainan komputer baru? Inilah yang dihasilkan oleh Amirul Hafiz, seorang illustrator yang berasal dari Kuala Lumpur. Boleh add beliau di Facebook disini


Serius WTF - Siri Manga Hentai Kamen Kini Difilemkan


What the hell?

Damn Japan............ so radical!

Thanks @Memeranglaut

Serius Cool - Sekolah Terapung Anti Banjir Di Lagos, Nigeria (10 Gambar)


Nice!

Di Lagos Nigeria terdapat sebuah tasik yang didiami masyarakat Makoko. Mereka membina rumah diatas tasik sejak turun temurun. Sejak kebelakangan ini paras air tasik semakin naik dan kos membina rumah baru dengan tiang yang lebih tinggi tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan penduduk. Bagi menyelesaikan masalah ini sebuah prototaip sekolah terapung dibina oleh jurubina  Kunle Adeyemi. Beliau menggunakan 100 tong plastik untuk menhasilkan platform terapung yang kemudiannya menjadi tapak sebuah sekolah. Bangunan sekolah dua tingkat ini mampu menampung 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Bekalan elektrik dihasilkan menggunakan panel solar dan air hujan dikumpul untuk kegunaan harian. Rancangan panjang Kunle Adeyemi ialah bagi membina komuniti terapung kaum Makoko yang boleh berubah mengikut ketinggian paras air. Tiada lagi masalah banjir!



Serius Seleb - Seleb Hollywood Dan Kembar Mereka (8 gambar)


What?


Yep ada seleb yang anda kenali sebenarnya mempunyai kembar. Ada yang seiras dan ada juga yang langsung tak ada rupa. 



Thursday, 14 February 2013

Serius LOL - Fernando Torres : Tukang Masak


Baguslah

Ada hobi baru dah Nando. Baguslah. Tak payah nyemak main bola lagi

Thanks @tmwwtw

Serius Cool - Muzium Beg Tangan Simone : Muzium Berbentuk Beg Tangan Gergasi (15 Gambar)


Handbagception

Muzium Beg Tangan Simone ialah sebuah muzium yang terletak di wilayah Gangnam Seoul, Korea Selatan. Ianya sebuah bangunan setinggi 10 tingkat yang berupa seperti sebuah beg tangan gergasi. Muzium ini dibuka sejak 2002 dan mempunyai koleksi 300 beg tangan dari tahun 1550 sehingga kini. Ruang pameran artifak dibahagikan kepada dua iaitu rekaan moden kontemporari dan beg tangan bersejarah. Selain sebuah muzium, bangunan ini juga menempatkan kafe, ruang rekaan dan juga kedai beg tangan. Jika anda meminati beng tangan semestinya Muzium Beg Tangan Simone harus anda lawati.



Serius Cute - Kimono Moden Oleh Scena D'Uno (14 Gambar)


Kawaii

Kami pernah paparkan kimono Super Mario dan juga kedai menjual kimono moden sebelum ini di Blogserius. Hari ini mari melihat kimono moden rekaan Scena D'Uno. Kimono beliau menggabungkan potongan kimono moden dengan potongan baju dari barat bagi menghasilkan kimono kontemperori yang comel.



Serius LOL - MK1M : Makanan Kucing 1Malaysia?


1NEKO

Wah wah......... kini kucing pun akan pandai membalas budi. Anda bila lagi?

Serius Cool - Arte S : Sebuah Kondo Unik Di Bukit Gambir (21 Gambar)


Pods!

Pulau Pinang a.k.a Pulau bangunan tinggi dan rakyatnya majoritinya tidak mampu memiliki landed property. Sekali tengok Pulau Pinang nampak seperti Singapura. Di Bukit Gambir , Arte S sebuah kondo unik sedang dibina dan ianya dilengkapi dengan 2 pod riadah untuk kegunaan penduduk. Pod ini diletakkan di tingkat 35 di salah sebuah dari dua menara Arte S yang mempunyai ketinggian 49 dan 32 tingakat setiap satu. Di dalam pod anda boleh menikmati pemandangan Selat Melaka dan Georgetown. Arte S sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2014


Serius LOL - Lagu Tema BL1M : Bantuan Lesen 1Malaysia


LEULZ

Tal tahu samada ini video dengan lagu tema betul ataupun video trolling. Still better singer than Rosmah.

thanks RaymondRaman for the link



Serius Cool - Patung Aksi The Mighthy Thor Yang Realistik (10 gambar)


Thor Odinson Lokibro...

Damn....... damn......... Patung aksi The Mighthy Thor Hot Toys sangat super real. Memang nampak macam Chris Helmsworth siak! Do want! Now all we need is an action figure for Heimdahl!


Serius Fakta - Fakta Kewangan Mengenai Hari Valentine


$$$$$$$$

Lihat harga bunga ros di Malaysia berbanding negara lain. Anda pasti terkejut! 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails