Halal!
The Honest Shop ialah kempen promosi yang dihasilkan oleh syarikat Honest Tea yang berpengkalan di Amerika. Mereka membuka "kedai" di kawasan awam dan menguji kejujuran orang awam untuk membayar minuman yang diambil dari kedai mereka. Mereka mendapati warga Boston paling jujur dengan 93.3% membayar apa yang diambil manakala Chicago paling tak jujur dengan hanya 78% membayar. Setiap kutipan dari kempen Honest Shop disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan. Kempen promosi yang cool! Kalau buat di Malaysia pastinya 100% bayar kerana orang Malaysia semuanya jujur. Kan?
Laporan asal Coloribus
Konsep sama macam ni dah lama aku jumpa sepanjang jalan-jalan kampung kat hulu langat, pekebun buah letak buah-buahan kat gerai, letak harga, letak bekas untuk isi duit.
ReplyDeletesama ada apa yang aku jumpa tu konsep kedai kejujuran atau ada hantu berniaga buah tapi aku tak nampak.
aku duduk kat langat tak pernah nampak pun gerai buah-buahan buat macam tu..
DeleteKat Kuala Lumpur dah ada lama dah. Tapi yang aku Nampak kat masjid-masjid. Jual air mineral/minum. Harganya RM1.00 sebotol. Ada tabung kat situ. Leh lah pi ke Masjid Usama bin Zaid Wangsa Maju. :)
ReplyDeletekt UiTM pun da merata buat mcm nie...so far ok...
ReplyDeleteKat UiTM Shah Alam dah lama ada. Air kotak dalam peti ais lagi. Air mineral, jajan, banyak la. Kat masjid Shah Alam, Masjid Besi Putrajaya pun ada jugak. Tapi air mineral je la
ReplyDeleteloh..byk je kat kampus aku..jual air mineral..jual mknn ringan..kadang nasi lmk pon mcm ni..tp prob gn monyet2..monyet2 kat kampus aku paling xjujur..mkn tp xbayar dah tu siap sepahkan lagi..monyet2
ReplyDeletekalau far ziella makan sepah2, nak panggil far ziella monyet betina boleh? kah kah kah,,
Deleteboleh, saya tak kisah pon..sbb mmg monyet pun makan sepah2..bukan manusia..Allah ciptakan manusia dengan akal fikiran, berbeza dgn haiwan2..tau makan tau buang..
Deleteso mcm vending machine je pun lulz
ReplyDeleteni blh letak nama kedai menguji keimanan
ReplyDeletedah lama buat business mcm ni kat uitm. jual buah potong, air kotak & roti sosej. not bad everyday sold out & masyuk..
ReplyDeleteKalau kat Malaysia, mungkin tabung tu yang hilang.
ReplyDeletekat malaysia mana la ada orang jujur sangat .. kedai tinggal sekejap pun barang boleh hilang .
ReplyDelete