Boom Shakalaka
Conflict Kitchen yang terletak di Pittsburgh ialah sebuah restoran yang unik. Restoran ini hanya menjual makanan dari negara-negara yang sedang diperangi oleh kerajaan Amerika Syarikat. Setakat ini mereka sudah menjual makanan dari Afghanistan, Cuba, Iran dan Venezuela. Tema restoran dan menu ditukar setiap enam bulan. Conflict Kitchen ialah idea John Peña, Jon Rubin, dan Dawn Welesk, 3 orang artis dari Pittburgh. Ianya sudah beropersai sejam 2010.Setiap bungkusan makanan dicetak dengan maklumat mengenai negara yang diperangi dan juga temu ramah dengan warga negara yang sedang diperangi. Conflict Kitchen berharap dengan adanya restoran mereka warga US akan lebih peduli dengan konflik yang sedang berlaku dan tahu dengan siapa sebenarnya mereka berperang. Selain daripada itu ruangan dalaman Conflict Kitchen juga menjadi ruang tayangan dokumentari mengenai negara yang sedang berperang. Konsep yang cool. Kalau di Malaysia rasanya pasti ada restoran dengan menu dari Isreal sepanjang tahun!
Laporan asal Conflict Kitchen
gila leaflet dia. sakit mata nak membacanya
ReplyDelete1st .. hehehehe
ReplyDeleteBiar betul sampai setengah jam lewat pun dapat 1st.
DeleteOke lah
1st jugak
Aku pun first
Deletewhat the genius concept
ReplyDeleteMy recent post : Siapa Dia Aiman Dalam Iklan Raya Maxis - Disconneted