Saturday 1 June 2013

Serius Klasik - Lancia Stratos Zero : Kereta Konsep Michael Jackson Moonwalker (18 Gambar)


Michael!

Michael Jackson Moonwalker ialah filem yang dihasilkan oleh MJ untuk album Bad pada tahun 1988. Semasa kami masih kecil kami rasakan filem ini sangat bad ass terutamanya sequence Smooth Criminal yang kini dianggap klasik. Di dalam filem ini kereta konsep Lancia Stratos Zero digunakan oleh Michael. Kenderaan ini sebenarnya dihasilkan untuk Pamera Kereta Turin pada tahun 1970. Rekaannya pada ketika itu futuristik. Pada pendapat kami ianya masih futuristik pada tahun 1988. Bentuknya radikal dan kalau anda pernah main Trump Card kenderaan ini adalah kenderaan yang tercantik di dalam dek permainan kad ini. Stratos Zero tidak pernah dihasilkan sebagai kenderaan produksi penuh. Ianya disimpan di muzium rekaan Bertone sehingga 2011 sebelum dijual pada harag Euro 760 000 (RM 3.06 Juta). Cool car.




Laporan asal AdonisCars

9 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails