Thursday, 1 August 2013

Serius Cool - Quad Al : Kereta Dengan 12 000 Kuasa Kuda (14 Gambar)


Dayyum

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini kami ada obsesi dengan kenderaan enjin berprestasi tinggi. Kami sudah tunjukkan kereta Mercedes Benz T80 dengan enjin 3000 kuasa kuda. Before that ada Thor, lori dengan 3400 kuasa kuda serta motosikal Too Bad dengan dua enjin. Hari ini mari lihat Quad Al, pemegang rekod Guiness kereta dengan enjin piston paling berkuasa. Ia dilengkapi empat buah enjin V12 kapal terbang Allison (enjin pesawat pejuang P-51D Mustang Perang Dunia Kedua) dengan kuasa gabungan 12 0000 kuasa kuda! Quad Al dibina oleh Jim Lytle pada tahun 1965. Pembinaan kereta dengan 8 buah tayar ini terhenti selepas Jim mengalami masalah kekurangan dana. Beliau terpaksa menjual kereta seberat  3175 kilogram ini kepada seorang pelagak ngeri bernama Tex Collins. Sebelum sempat kenderaan ini disiapkan, Tex ditembak mati. Balu beliau menjual Quad enjin-enjin Quad Al dan akibatnya hanya rangka kereta ini sahaja yang masih wujud sekarang. Sungguhpun begitu beberapa orang peminat modifikasi di California cuba untuk menyiapkan Quad Al. Seperti Jim Lytle mereka juga menghadapi masalah kewangan dan kesukaran mencari enjin kapal terbang Allison yang kali terakhir dibuat pada tahun 1947! Good luck!







Laporan asal DragRacingOnline

5 comments:

  1. gile. ko laju2 nk gi mane? traffic jem jugak kt jln ampang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bw utk highway ja bro :)

      Surat Khabar Harian Metro @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. ko ingat ampang je ke...jalan kuching pun jem la siakk tak bole bawak lelaju

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp ko buleh try gune DUKE ..

      Delete
    2. gile ko...duke pn jem la siakk

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails