Friday 12 July 2013

Serius Cool - Tempat Meletak Basikal Bertingkat Di Amsterdam (18 Gambar)


Gila!

Amsterdam ialah bandar yang paling mesra penunggang basikal di dunia. Bandar ini mempunyai 800 000 orang penduduk dan 880 000 buah basikal! Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah basikal semakin bertambah dan kini terdapat 4 kali ganda lebih banyak basikal di Amsterdam dari jumlah kereta. Kerajaan Belanda berkata jumlah pengguna basikal juga bertambah sebanyak 40 peratus dan ini mengakibatkan berlakunya masalah untuk penunggang penyimpan basikal mereka di tengah bandar. Bagi menyelesaikan masalah ini kerajaan Belanda membina sebuah tempat meletak basikal bertingkat berhampiran Amsterdam Central Station. Ianya direka untuk menyimpan 2500 buah basikal 3 tahun yang lalu namun kini ianya memuatkan 3500 buah basikal setiap hari! Sangat padat. Kerajaan Belanda akan membelanjakan USD150 Juta (RM 450) untuk membina lebih banyak lagi tempat meletak basikal di Amsterdam.

Kenapa di Amsterdam banyak orang memandu basikal? Kerana  Amsterdam sebuha bandar yang landai. Tak ada bukit! Kalau di Kuala Lumpur kena ada basikal bergear baru boleh jadi macam Amsterdam agaknya.


Laporan asal NewYorkTimes

5 comments:

  1. bullitt bike

    kalau ada sapa sapa hairan basikal apa dalam gambar 13

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn sbb landai...tp sbb diorg sejuk...
      klu kat kl ni tanah landai pun nk ke org gi keje semua ketiak basah???

      Watch English & Malay Movie Online Streaming @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. masak r nk cari basikal parking kt mana, pas tu basikal lak serupa parking sebelah

    ReplyDelete
  3. Aku tak tau la plak orang naik basikal namanya pemandu... Bukan penunggang?... Keh keh keh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails