Sunday, 4 November 2012

Serius Cool - Hotel Ryugyong Pyongyang Akan Dibuka Tahun Hadapan (10 Gambar)


Update!

Tahun lalu kami ada paparkan berita penyambungan pembinaan Hotel Ryugyong di Pyongyang yang sudah terbengkalai selama dua dekad. Hari ini kami dipahamkan hotel yang sudah dalam pembinaan sejak 1986 akan dibuka pada tahun hadapan. Pada asalnya hotel setinggi 105 tingkat dengan 3000 buah bilik ini sepatutnya dibuka pada tahun 1989, setahun selepas jiran mereka Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Seoul. Ianya sebagai bukti Korea Utara juga mampu membina bangunan moden setanding jiran kapitalis mereka. 

Hotel Ryugyong sudahpun hampir siap. Kami di Blogserius mengharapkan di Malaysia pembinaan Plaza Rakyat juga akan disambung semula. Adalah memalukan bagi sebuah negara Islam Demokrasi terbaik dunia yang dipinpin oleh tokoh dunia DS Najib masih gagal menyiapkan stesen pengangkutan bersepadu yang hanya setinggi 6 tingkat. Jika Korea Selatan, sebuah negara atheist komunis kegemaran Lim Kit Siang boleh menyambung pembinaan hotel 105 tingkat masakan Malaysia tidak boleh. Mana mahu kita letakkan semangat Malaysia Boleh jika Plaza Rakyat kekal menjadi rumah homeless, sarang pembiakan Aedes dan padang besi berkarat! 

 
 

Gambar dari KoryoGroup

16 comments:

  1. in before ianya sangat iluminati.. ahahhaha

    tapi, design tetap lawa

    ReplyDelete
  2. bangunan yg lama ditinggalkan, projek terbengkalai di Malaysia biasanya berkarat2 & berkulat2, tak boleh dibgnkn semula, kena bom je..kalau tak bahaya.
    kalau duduk atas sekali mesti seram giler kalau hotel camni, atas tak byk floor, blh buat shooting film ni.

    ReplyDelete
  3. dah 2 dekad baru nak sambung semula. kalau kat malaysia ni baru terbengkalai 1 tahun jangan harap la nak sambung balik seumur hidup. terlalu byk korupsi. btw yg kat sebelah puduraya tu ke plaza rakyat? serius sedih betul aku tengok bila naik lrt, terbengkalai mcm tu je.

    ReplyDelete
  4. Dan rakyat korea utara masih x cukup mkn.

    ReplyDelete
  5. hotel memang nampak mewah tapi sama seperti semua benda mewah di korea utara, it's just for show. tak ada pun rakyatnya yang mampu sewa bilik dalam hotel itu.

    ReplyDelete
  6. lawa da la hentian puduraya tue...da ada air-cond siap, pastu ada bnyk gerai2, ramai gak org dtg dan pergi....lantai pown da adew tile siap....then ada gak hotel law x silap, kat tingkat atas ada medan selera bagai...xla teruk sgt pown...tapi tu la, penyambung antara hentian pudu dgn stesen lrt plaza rakyat mmg kelas kambing punya taraf -.-' itu ka yg dimaksudkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo la adeq. yang terbengkalaa tu la plaza rakyat. yang stesyen bas tu hentian pudu

      Delete
  7. Usaha tangga kejayaaan!!!!!

    ReplyDelete
  8. So comment for anon has been disabled..good job obe! U should put that standard long ago :)

    ReplyDelete
  9. dengarnya plaza rakyat tu kos pembinaan dia makin lama makin meningkat... tu yang org malas nak amik alih tu... apesal meningkat pun tak tahu la saya kurang mahir bidang ekonomi ni... tp mmg mencacatkan pemandanga puduraya yang canggih manggih tu

    ReplyDelete
  10. kote punya obe . bukan korea utara ke komunis ?

    ReplyDelete
  11. malaysia sebagai satu-satunya negara yang tak perlu apply visa untuk masuk korea utara, aku sarankan rakyat malaysia pergi la melancong kat korea utara tu. semoga pulang dengan selamat.

    ReplyDelete
  12. RYUGYONG PYONGYANG YONGRYUG YANGPYONG

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails