Wednesday 21 November 2012

Serius - Persatuan Bolasepak China Salahkan Feng Shui Atas Kegagalan Pasukan Nasional


Komrad Bola!

Persatuan Kenasepak China sedang mengalami pergolakkan kerana prestasi pasukan negara mereka yang tidak memuaskan. Tambah menyedihkan liga kebangsaan China dibelenggu masalah rasuah yang kronik sehinga menyebabkan beberapa ahli eksekutif CFA (Chinese Football Association)  terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal yang terlalu banyak.

Bagi memulihkan nama CFA dan prestasi bolasepak negara yang meruduh, pihak CFA dikatakan menggaji seorang pakai Feng Shui untuk melihat sama ada beliau boleh membantu. Menurut pakar Feng Shui orientasi bangunan CFA sekarang menghadap ke barat laut dan tenaga CHI yang mengalir mengakibatkan ahli CFA yang bekerja di dalam bangunan ini menjadi kaki judi tegar.

Seperti biasa peminat bolasepak China langsung tidak menerima alasan yang diberikan oleh CFA dan menganggap usaha membetulkan aliran CHI oleh pakai Feng Shui ini ialah langkah membuang masa untuk membaiki mutu bolasepak negara.

Sungguh kelakar. Rakyat China pun tak boleh nak terima alasan yang diberikan oleh persatuan bolasepak negara mereka. Di Malaysia apabila pasukan negara kalah asyik JURULATIH yang dibuang kerja tetapi ahli Persatuan Bolasepak Malaysia terselamat dari dibuang. At least in China ada ahli eksekutif yang malu dan sanggup meletakkan jawatan. Di Malaysia? I dunno liao!


Laporan asal NariNari

12 comments:

  1. Harimau malaya pula longlai dikatakan sebab bau badan hehehe

    ReplyDelete
  2. Blog Santan : [Funny] OMG Are you F**king kidding ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa benda kau membebel ni? Kau nak masak kari ke apa ni?

      Delete
  3. kalau kat malaysia tak tau nak salahkan sapa. nak salahkan presiden fam... tak boleh

    ReplyDelete
  4. tukar harimau malaya ke harimau bengala

    ReplyDelete
  5. nak harapkan badan eksekutif FAM letak jawatan... jangan harapla..paling kurang coach jer kena buang...

    ReplyDelete
  6. pape je lah.... malas aku nak layan dah... sakit otak je rasa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails