Sunday 25 November 2012

Serius Klasik - AEA Cygnet : Pesawat Sayap 3 Segi Rekaan Alexander Graham Bell (12 Gambar)


Tahukah anda?

Tahukah anda bapa telefon moden Alexander Graham Bell pernah mencipta sebuah kapal terbang dengan kepak yang tidak konvensional. Bell mencipta pesawat yang diberi nama Aerial Experimental Association Cygnet. Secara keseluruhan 3 variasi Cygnet dihasilkan diantara 1907 dan 1912. Dari gambar di bawah anda pasti dapat melihat konfigurasi sayap Cygnet yang unik. Tidak seperti pesawat rekaan Adik Beradik Wright, Cygnet menggunakan sayap yang terdiri dari 3393 sel tehrahedral. Bell banyak melakukan kajian menggunakan layang-layang tetrahedral. In fact Graham Bell jugalah yang mencipta layang-layang berbentuk terahedral ini. Bell merasakan jika sebuah layang-layang boleh terbang dengan menggunakan sel tehrahedral, mungkin sebuah pesawat boleh dihasilkan dengan menjadikan sel-sel tehrahedral sebagai sayap. 

Cygnet memulakan hidupnya sebagai sebuah glider tanpa pesawat. Ianya ditarik dibelakang sebuah kapal stim. Ianya berjaya diterbangkan tetapi mengalami kerosakan ketika cubaan pendaratan. Sungguhpun begitu Bell meneruskan eksperimen meletakkan seorang juruterbang. Pada 6 Disember 1907, Thomas Selfridge menerbangkan Cygnet yang ditarik di belakang sebuah motorbot. Ia berjaya terbang setinggi 51 meter sebelum musnah ketika pendaratan. Masalah yang dihadapi oleh Cygnet ialah ianya mudah diterbangkan tetapi hampir mustahil untuk didaratkan. Thomas Selfridge terselamat ketika pendarat Cygnet dan kemudian bekerja dengan Adik Beradik Wright. The sad thing is Thomas Selfridge kemudian meninggal dunia ketika menerbangkan sebuah Wright Flyer pada tahun 1908 . Beliau menjadi individu pertama yang terkorban ketika menerbangkan sebuah pesawat. Bet you guys don't know that!

Anyway Bell meneruskan percubaan menjadikan Cygnet sebuah pesawat yang boleh digunakan secara komersil dengan menghasilkan Cygnet II dan Cygnet III. Kedua-dua variant Cygnet ini dilengkapi dengan ski dan roda bagi memudahkan proses pendaratan. Tidak seperti Cygnet I, kedua-dua versi Cygnet baru ini gagal terbang. Cygnet III hanya mampu "terbang" setinggi 2 kaki!

Bell akhirnya menamatkan projek Cygnet apabila Cygnet III mengalami kerosakan sayap yang teruk pada tahun 1912.

So now you know two things.

1. Alexander Graham Bell pernah mencuba untuk menghasilkan sebuah kapal terbang dengan sistem sayap yang aneh

2. Thomas Selfridge ialah individu pertama yang meninggal dunia dalam kemalangan pesawat berkuasa dunia. Kubur beliau boleh dilihat di Tanah Perkuburan Arlington, Virginia



Laporan asal Wikipedia

Foro Koleksi San Diego Air And Space Museum


8 comments:

  1. Certain things ain't invented to use at that time. It require further studies with current technology. Probably this could be the answer for perfect flight. When Wright invent airplane, it only use propeller. Now got few propulsion system which need different type of wings. Who knows.....

    ReplyDelete
  2. freemason!!

    btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

    ReplyDelete
  3. nothing is imposible eh? what is imposible is obe gemuk bertukar kurus dan seksi seperti miranda kerr. yea i bet u don no that!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails