Tuesday 27 November 2012

Serius Klasik - Caproni Ca 60 : Pesawat Dengan 9 Sayap (9 Gambar)


Holy what the hell?

Beberapa hari yang lalu kami paparkan AEA Cygnet, pesawat bersayap tiga segi rekaan Alexander Graham Bell. Jika anda merasakan Cygnet ialah pesawat yang aneh, anda salah. Caproni Ca 60 Noviplano ialah sebuah prototaip pesawat penumpang yang mendarat di atas air. Ianya unik berbanding pesawat yang kita lihat sekarang kerana ia dibina dengan mempunyai 9 pasang sayap. Ianya percubaan Giovanni Battista Caproni untuk menghasilkan pesawat penumpang yang mampu terbang dari Eropah ke benua Amerika Utara merentasi Lautan Atlantik.

Caproni Ca 60 Noviplano diperkasakan dengan 8 buah enjin V-12 yang setiap satunya menghasilkan 400 kuasa kuda. Pesawat ini siap dibina pada tahun 1921. Sebuah penerbangan percubaan dilakukan pada tahun yang sama di Tasik Maggiore Itali. Malang bagi Giovanni Caproni, pesawat gergasi beliau ini hanya mampu terbang setinggi 18 meter sebelum terhempas dan pecah. Pesawat malang ini kemudian ditarik ke tebing tasik dan Giovanni bercadang membinanya semula untuk ujian percubaan pada masa akan datang. Nasib malang Giovanni datang bertimpa apabila pesawat ini terbakar secara tiba-tiba ketika disimpan di tepi tasik pada malam yang sama. Hampir keseluruhan pesawat menjadi abu dan Giovanni terus memadamkan impian beliau untuk membina pesawat penumpang gergasi. Sebahagian Noviplano yang terselamat dari kebakaran ini kini disimpan di Muzium Aeronautikal Giovanni Caproni yang terletak di Milan Itali.




Diolah dari sumber Wikipedia

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails