Monday, 19 November 2012

Serius Metroll - Wajah Darwin Kelihatan Di Akuarium Pusat Sains Negara


 
Kuala Lumpur - Ahad - Perkarangan Pusat Sains Negara hari ini gempar apabila wajah menyerupai Charles Darwin ditemui pada sebuah permukaan tingkap akuarium berkenaan. Penampakatan wajah Darwin ini mendapat perhatian atheist seluruh dunia kerana ianya dipercayai bukti bahawa ajaran sains Teori Evolusi rekaan Darwin adalah benar.

Wajah Darwin ditemui pagi tadi oleh seorang pelawat. Pelawat yang hanya mahu dikenali sebagai Baharudin berkata;

"Saya dalam perjalanan pulang ke tempat meletak kereta apabila ternampak wajah seakan manusia pada cermin akurium Pusat Sains. Pada awalnya saya ingatkan ianya wajah Admiral General Aladeen dari filem The Dictator kerana janggutnya yang tebal tetapi apabila melihatnya semula dari kaca mata seorang Evolutionist nyata sekali ianya penampakan wajah Charles Darwin"

Para atheist seluruh Malaysia berkumpul beramai-ramai pada cermin tingkap Darwin ini untuk mendapatkan inspirasi. Ada yang berkumpul secara berkumpulan membaca buku On The Origin of Species dan ada juga yang menyanyikan lagu "Evolutions Made Us All".

Wakil Atheist Malaysia saudara Numa Numi apabila ditemuramah wartawan Metroll berkata 

"Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"



15 comments:

  1. Pls remember, human do not evolved from an ape. This theory did say that.

    ReplyDelete
  2. Bukti freemasonry di malaysia

    ReplyDelete
  3. laporan hantu kosmo + potrait di tingkap SJMC = charles darwin..?

    ReplyDelete
  4. "Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"

    let me rephrase it specifically;

    "kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia"

    why would you even bother for the atheist? what 1Malaysia? 1Malaysia does not give you the rights to support or help or what you are doing right now that is sucking up to the atheist. Obei if that's even your real name, you are way of our rightful path of Islam, therefore I no need to say more, repent while you can. Masya'Allah.

    Sam & Al-Islah

    ReplyDelete
    Replies
    1. i believe many readers do not aware about 'metroll' and obe's style of writing.

      and..... what kind of people do believe this??!!!! LOL!!!

      Delete
    2. Mr Syed.. if dunno what Metroll is about, please dont visit here anymoe.. Trust me, you not suitable here.. its need IQ & akidah level over9000 to understanding whats really going on here..

      Delete
    3. Relax, it's just a satire of news about people who see image of Jesus or Allah on their toast bread.

      Delete
  5. miracle for atheis... nice one obe!

    some people really don't get sarcasm huh? terang2 kt header bubuh harian metroll- blog berita bohong. masih juga nak ambil serius.

    ReplyDelete
  6. bodoh sungguh para atheist nirajjim percaya pada benda benda tahyul seperti evolusion. LOL teori evolusi <-- TEORI , percaya pada sangkaan , dan bukannya KEBENARAN yang hanya terdapat pada ISLAM.

    ReplyDelete
  7. troll maybe,klau tak memang ade kuaq TV so what anything can happen now days......!

    ReplyDelete
  8. ni troll laporan berita kosmo yang nampak hantu hari tu... btw kadang2 bahaya gak sarkasm lebih2 ni, takut ada orang percaya amik bulat2 lepas tu cakap kena fitnah, macam kes harian metroll umpama mimpi dalam mimpi siap keluar melodi lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails