Wednesday 7 August 2013

Serius -Banduan Menjahit Pakaian Berjenama Wanita Di Brazil (12 Gambar)


SWAG

Arisvaldo de Campos Pires, ialah sebuah penjara keselamatan tinggi di Brazil. Penjara ini menempatkan pembunuh dan perogol yang menjalani hukuman mereka. Disini jua pakaian fesyen bejenama Doiselles dihasilkan oleh banduan-banduan penjara ini bagi mengurangkan tempoh hukuman mereka. Pada tahun 2009, pereka fesyen Raquel Guimaraes yang juga pemilik Doiselles mahu menghasilkan pakaian untuk jenama milik beliau. Malangnya beliau mendapati sukar mencari pekerja yang berkemahiran menghasilkan seni kaitan yang beliau kehendaki. Oleh itu beliau mengajar banduan penjara Arisvaldo de Campos Pires untuk menjadi pekerja beliau. Setiap banduan dibayar 75% gaji minima nasional dan hukuman penjara dipotong sehari untuk setiap 3 hari bekerja. Pakaian berjenama Doiselles dipasarkan di Jepun, Eropah, Brazil dan Amerika Syarikat. Pastinya agak canggung baju yang cantik ini dihasilkan oleh banduan-banduan ganas yang membunuh dan merogol!

Gambar Paulo Whitaker/REUTERS





Laporan asal Reuters

7 comments:

  1. tukang jahit tangan penuh bertatu .... mgg rare

    ReplyDelete
  2. Bagusla, wpun banduan, adalah membazir tenaga manusia je dibiar terkurung begitu. Lebih baik ajar diaorg kemahiran dan bg upah buat kerja. Cheap labour!

    ReplyDelete
  3. lepas ni pembunuh & perogol boleh buka kedai tukang jahit amik tempahan baju kurung

    My recent post : Beli Patung Minion McD Semurah RM499.90 Di eBay

    ReplyDelete
  4. Lebih baik menjahit drpd continuing a thug's life dlm penjara.

    ReplyDelete
  5. Penjara Malaysia pun macam ni gak. di bagi kemahiran. Bila keluar nanti leh meniaga atau kerja ngan org.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails