Saturday 17 November 2012

Serius - McDonalds Menutup 110 Cawangan Di Jepun Kerana Jualan Merudum


Bad Time Bad Taste at McDonalds



Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun

What I find fascinating is the sales of fast foods in DEVELOPED country is decreasing almost all at the same time. In these developed nation the people are starting to eat healthy and McDonalds and its ilk are seen as evil. In Malaysian in the other hand the sales are getting stronger. #LULZ

IN B4 "Sebenarnya Jepun lagi Islam kerana boikot McIsrael!"


Laporan asal Yahoo Japan

26 comments:

  1. at least reason orang jepun tak mengunjungi McD atas sebab kesihatan adalah lebih realistik dan konsisten. Tak macam orang kita. Cakap pungpang pungpang nak boycott McD sebab yahudi, minggu depan tengok, muka dia ada tgh beratur kat McD. Lulz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Betul tu. Boikot2 ni acara bmusim je. Terliur tgk produk baru, esk dh menebeng kt mcd.

      Kurangkn mkn mcd, kfc, burger king, piza dan fastfood. X baik utk kesihatan

      Delete
    2. saya seorang pengemar mc'd..tapi sejak akhir2 nie..saya dah tahu pasal makanan y dikeluarkan mc'd amat tidak selamat dan membahayakan kesihatan..jika dilihat pada menunya..makanan bergoreng dan minuman sejuk sgt tidak baik untuk kesihatan..boleh menyebabkan lemak dalam badan manjadi tepu dan tidak mudah dibakar..makanan tersebut mengandungi bahan kimia yang lagi tinggi berbanding makanan segera y lain..lihat sahaja fries @ kentang gorengnya y tidak pernah basi..sangat menghairankan bukan?? jadi selain isu boikot sbenarnya..mc'd menjejaskan kesihatan..

      Delete
  2. MELAYU MUDAH LUPA!

    ReplyDelete
  3. haha.. Jepun suka makanan sendiri

    (love this blog)

    ReplyDelete
  4. Dahla tak healthy.... Harga makin cekik darah.... Size getting smaller... Bodonya mcD and yet ppl still beli

    ReplyDelete
  5. ronald macdonald kidal rupa2nya..

    ReplyDelete
  6. Hmmm... rase nak buang je stiker plastik mcdonal kat cermin keter...

    ReplyDelete
  7. jangan ragu-ragu boikot. liberal x liberal. this is humanity. boikot senang je. xpayah pegi beli. makan benda lain. mcdonald ke, ape2 product lain yang boleh diboikot kite boikot. kalo darurat xpe. boikot sekadar mampu. nk wat cmne.

    ReplyDelete
  8. org jepun tahu menjaga kesihatan...

    ReplyDelete
  9. orang jepun mmg patriotik, kalau ada 2 kedai kat depan diorang, satu mcd satu restoran sushi, diorang lebih prefer pergi restoran sushi. kalau kat malaysia kalau satu mcd sebelah dia restoran sekinchan ikan bakar, diorang lebih prefer gi mcd

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...lebih prefer g mcD sbb sekinchan x sedap...kalo nak org tmptn pilih makanan tmptn, restoran tu kne sedia makanan yg sedap..lg 1 sekinchan mahal.ko bce artikel kat ats blk..org jepun prefer kdai dia jugak sbb harga lebih murah!lebih MURAH!
      aku sndr da lame x makan mcD skrg sbb bg ak mcD mahal.baek bli kt abg burger tepi jalan.lg sedap & berbaloi..nak lanje 10 org makan pon ak mampu lg

      Delete
  10. aku rasa sejak peraturan tak-boleh-gemuk diperkenalkan kat jepun, fast foods kurang dimakan rakyat jepun.

    ReplyDelete
  11. Mohon McD di Malaysia ditutup atau dikurangkan. Servis sangat lambat

    ReplyDelete
  12. an easier solution for McIsrael boycott is to have the filthy rich leaders and kings of the so called Muslim and Islamic countries to buy-out the whole franchise and supposedly "donate" the profit to the Palestinian cause, if such is truth. And dont forget to buy out Coca Cola, Intel and other corporations which supports Israel as well... #sarcasm

    ReplyDelete
  13. Orang Malaysia yang bodoh, sebab McDonald jual mahal pun sibuk nak beli. Yang kaya Cina DAPig.

    ReplyDelete
  14. bgs boycott semua lps 2 support barang2 buatan malaysia jer, tutup kn industri luar, kite buat semua produk sendiri, dari kapal kargo ke microchip

    ReplyDelete
  15. jepang lebih tinggi nilai patriotisme diorang..lebih prefer local product sebab local product pun hi quality n klu makanan dia more helthier..btw obe pun dh tulis kt atas tu sebab utama adalah ekonomi n nak jimat mkan murah n sihat..

    kita nak jadik gtu pun boleh..tp kena makan pisang goreng, teh tarik nasik lemak jela..xsihat tul

    btw utk kempen boikot start dgn 3 ni je ckp..coke, mcd n kfc..klu korg nak tmbah lagik list tu n boleh istiqamah, silakan

    ReplyDelete
  16. yappari nihon-jin wa sugoi hito bito ne...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails