Manly Tears
Sabtu lalu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter melanda Yunnan Yiliang China. Setakat ini 80 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 700 orang lagi tercedera. Ia juga mengakibatkan kehidupan 700 000 warga setempat terjejas kerana gangguan elektrik, air serta kerosakan tempat tinggal. Sejak hampir seminggu lalu mereka tidak menerima bantuan kemanusiaan yang sempurna dari kerajaan pusat dan seperti biasa warga China naik berang. Masih terdapat warga Yunnan Yiliang yang terpaksa bermalam berselimutkan bulan dan bintang kerana khemah sementara yang dibawa palang merah tidak mencukupi. Mangsa gempa juga hanya diberi makan ubi keledek dan mee segera. Warga China merasakan adalah sangat memalukan bagi China, kini kuasa ekonomi dunia gagal menyediakan bantuan kemanusiaan yang sempurna untuk rakyatnya.
Kami merasakan tak lama lagi mungkin berlaku satu lagi revolusi di China. Sejak dua menjak ini rakyat jelatanya semakin lantang mengkritik kerajaan yang mereka rasakan gemar bermewah-mewah untuk diri sendiri tetapi melupakan rakyat marhaen. Golongan kaya semakin boyot manakala golongan proletariat masih kais pagi makan makan. Kami bersyukur di Malaysia kerajaan kita tidak bermewah-mewah, sederhana, zuhud serta janjinya ditepati. #LULZ
Laporan asal ChinaSmack
Malaysia kaya dengan lembu.
ReplyDeletelembu kaya dengan susu
DeleteSusu kaya dengan protein
DeleteLembu punya susu, 1Malaysia punya kecoh
DeleteNAK LEBIH SERIUS KLIK xXxINI !!!
........................................
JANGAN KLIK KALAU TIDAK BERMINAT
kesiannya.
ReplyDeletejanji dizuhudi
ReplyDeletekais pagi makan makan. makan biewok ape
ReplyDeleteanda semua patut berterima kasih dengan kerajaan yang ada di Malaysia!
ReplyDeletegiler.berterima kasih kat tuhan la.bodoh punya org.
Deleteharap kerajaan malaysia dan pemuda umno boleh menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa china seperti yg dibuat utk orang2 rohingya
ReplyDeletekesian mereka...
DeleteGambar Neelofa Buat Aksi Atas Katil
oh..cina takpa la dia kafir
ReplyDelete.........kata Ibrahim Ali, si pejuang Melayu
DeleteKesian, bersyukur lah saya tinggal di Malaysia masih ada tolerensi antara satu sama lain. btw pic no.12 tu budak pereempuan comel
ReplyDelete