Monday 17 September 2012

Serius Cool - Projek Pengubahsuaian Eiffel Tower (13 Gambar)


Tingkat Pertama


Tingkat pertama Menara Eiffel ialah platform sebesar 5420 meter persegi yang terletak 57 meter dari permukaan tanah. Ianya menempatkan ruang pameran, bilik mesyuarat dan beberapa restoran serta dek meninjau pada bahagian tengahnya. Kali terakhir tingkat pertama ini diubah suai ialah pada sekitar 80-an. Tahun ini tingkat pertama Eiffel akan sekali lagi akan diubah suai bagi memodenkan kemudahan yang sedia ada. Antara projek permodenan yang akan dilakukan ialah pembinaan panggung berdinding kaca yang boleh menempatkan 300 orang penonton pada satu-satu masa. Lubang pada bahagian tengah tingkat pertama ini juga akan dikelilingan lorong pejalan kaki plexiglass selebar 1.5 meter yang membenarkan anda melihat terus kebawah. Selain daripada itu bangunan yang bakal terbinia pada tingkat ini juga bakal dilengkapkan dengan bahan binaan mesra alam. Projek pengubahsuaian akan bermula tahun ini dan dijangka selesai tahun hadapan. Kos penaiktarafan ini dijangka mencecah EURO 25 Juta (RM 99.5 Juta) Nampak menarik. Kami belum pernah ke Menara Eiffel. Anda bagaimana?






Laporan asal Paris.Fr

7 comments:

  1. memang cantik laa

    Best jugak kalau boleh pergi nie..


    Kat sini lagi serius
    #########################################
    Hanya yang benar-benar serius saja yang klik

    ReplyDelete
  2. Masih kukuh ke struktur Eiffel Tower ? Kang tak pasal-pasal jadi macam filem Final Destination versi reality. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
  3. nanti lagi masyuk..knakn charge utk mereka yg nk masuk..

    #Protes Anti Japan di China

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails