Saturday 22 September 2012

Serius Konsep - Squibble :Telefon Bimbit Untuk Orang Buta (7 Gambar)


Squibble dibble

Squibble ialah konsep untuk sebuah telefon bimbit untuk golongan cacat penglihatan. Permukaan telefon bimbit ini boleh berubah dan membentuk huruf-huruf Braille yang mudah dibaca oleh penggunanya. Ianya dilakukan dengan menggunakan ratusan aktuator kecil pada bahagian belakang "skrin" yang naik dan turun mengikut tulisan Braille yang hendak diperlihatkan. Kini golongan buta boleh menerima sms daripada sesiapa sahaja dan membacanya sendiri tanpa bantuan orang lain. Konsep ini dihasilkan oleh Andrew Mitchell dan ianya idea yang baik. Mungkin Apple boleh menghasilkan telefon ini dan menjenamakannya iBraille. For once they will be truly selling something that is actually revolutionary.




Laporan asal Andrew Mitchell

9 comments:

  1. Hmm... Rasanya phone ni tak berapa nak meanrik minat golongan cacat penglihatan. Sebabnya, kami orang buta dah lama guna handphone yang ada perisian pembaca skrin (screen reader) sejak dahulu lagi. Mula dengan Symbian (Talks), Iphone(Voice), dan Android (TalkBack, Georgie, dll). Mendengar lagi seronok berbanding membaca!

    ReplyDelete
  2. dah tahun 2012 tapi hanya dapat keluarkan konsep sahaja? kasihan golongan oku seringkali dipinggirkan walaupun teknologi sekarang dah maju gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak,tu.ko bikin satu,boleh?

      Delete
    2. OKU penglihatan sebenarnya boleh menggunakan hp biasa asalkan hp tsebut boleh install application spt TALKS..even ada mereka yg bkemampuan meggunakan hp touchscreen...just pegi MAB di briekfiels u can c that

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails