Sunday, 30 September 2012

Serius Konsep - McLaren P1 (12 Gambar)


Supercar terkini McLaren

McLaren sudahpun terkenal sebagai pasukan lumba kereta F1 yang terkemuka. Mereka juga menghasilkan kereta lumba berprestasi tinggi seperti McLaren F1 dan MP4. Di Pameran Kereta Antarabangsa Paris yang sedang berlangsung sekarang, McLaren memperlihatkan konsep McLaren P1 mereka kepada umum untuk pertama kali. Kereta lumba ini dikatakan bakal menggantikan McLaren F1 sebagai kereta lumba terpantas yang dihasilkan McLaren. F1 sudah memegang takhta ini sejak diperkenalkan 20 tahun yang lalu.

McLaren P1 dijangkakan akan menggunakan enjin 3.8 Liter Dwi-Turbo V8 dengan 700 kuasa kuda disamping dua motor elektrik 150 kuasa kuda. Ia juga mempunyai kasis gentian karbon, sistem suspensi ala Formula 1 serta sistem aerodinamik aktif boleh laras. 

McLaren masih belum mengesahkan bila P1 akan dikeluarkan sebagai kenderaan produksi tetapi sudah ada ura-ura ianya akan dijual pada harga USD 1.1 Juta bila dipasarkan kelak dengan jumlah yang terhad.



Laporan asal Gizmag

9 comments:

  1. kenapa design dia mcm tiru kereta proton... eh,
    lotus elise... maling!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails