Sunday, 16 September 2012

Serius Cool - Jambatan Kanopi Lembah Danum (12 Gambar)


Danum Valley

Lembah Danum sejak dua hari ini menjadi bualan orang ramai kerana ianya dilawat oleh Putera William dan Kate Middleton. Sebelum ini ada kami paparkan kawasan percutian unik yang terletak di Sabah ini. Malangnya entri kami kena delete dengan hackers. Well lucky for you guys gambar dari entri dulu masih kami simpan dan seriously Lembah Danum ialah sebuah tempat percutian yang menakjubkan. Terdapat jambatan kanopi yang membenarkan pelawat berjalan sejauh 300 meter pada ketinggian diantara 15-25 meter dari lantai hutan. Jika anda melawat Lembah Danum yang seluas 43,800 Hektar ini anda boleh merasakan sendiri kehidupan jauh dari peradaban manusia. Lembah danum menjadi habitat kepada 340 species burung, 124 species mamalia, 72 spesis reptilia dan 56 spesis amfibia. Bandar terdekat dengan Lembah Danum ialah Lahad Datu yang terletak 82 kilometer jauhnya.

Lembah Danum memang menarik. Kami dah teruja dengan jambatan gantungnya. Mungkin next time kami pergi holiday kami akan kesini. Tak sabar!







Gambar dari Borneo Lodge

18 comments:

  1. Macam xder orang jer ? Ke tempat tu ditutup khas dan cuma diorang leh masuk ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe..tp mmg bley g sne..tp amek mse sgt lme..dr kk to LD..if by car..near 10-13 hours journey..tp best..xtreme~

      Delete
    2. kenapa nak ikut kk? tawau lebih dekat.

      Delete
    3. btw for sure willaim n kate datang naik helli. standard menteri malaysia pun naik helli.

      Delete
  2. bestnya berjalan kat atas pokok... bawah pulak hutan belantara yg tebal... dah mcm filem lak. tak dapat bayang kalau jalan kat bawah tu mcm mana... buat apa bercuti di luar negara kalau dalam negara pun ada tempat hebat mcm ni? dapat jalan2 dengan awek cun kat sini pun best ni cuti2 malaysia

    ReplyDelete
  3. Cantik bangat, kat bawah hutan tebal, pastinya menggerunkan, tapi pada yang suka cabaran boleh cuba request untuk berkhemah di bahagian bawah. Semuanya menyeronokkan, pasti membuatkan hati teruja.

    Hanya yang benar-benar SERIUS sahaja, klik disini |
    ### Jangan klik, yang serius sahaja ###

    ReplyDelete
  4. tapi malangnya ramai yg lebih suka ke lembah danok..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. proud for what? sebab keindahan khazanah alam or sebab wiil n kate datang sabah? :)

      Delete
    2. Be proud of sabahan lah sebab tengoklah orang sabah berbilang agama tapi xda rasict mcm malaya. Lagi2 keindahan budi bahasa orang sabah. neway welcome to sabah.

      Delete
  6. Di Sedim dekat kulim kedah pun ada jambatan gantung macam ni. Memang best tengok flora dan fauna dari atas jambatan yang tinggi tanpa perlu panjat pokok. Malaysia memang cantik dengan kehijauannya.

    ReplyDelete
  7. Perlukah kita pendamkan sebuah keinginan membuak2, hanya kerana secalit perasaan malu dan segaris kebimbangan tidak bertempat? Oh tidak, aku nak merasai nikmat hidup bahagia, selebihnya biar SAP uruskan!!! http://rm90.ibct.my/1146 -5055d891c46b1

    ReplyDelete
  8. tolonglah lembah danum.saya ni pelajar st dominic lahad datu tahun enam.kenapa kamu tak dapat terima kami ke lembah danum.kamu mahu tahu saya tak pernah berkhemah sebelum ini.tolonglah

    ReplyDelete
  9. kaji balik kenapa perlu berjam2 dlm hutan tu..mistikkan..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails