Friday, 14 September 2012

Serius Cool - Kapal Selam Kelas Astute : Kapal Selam Terbaik Dunia (20 Gambar)


Boleh menyelam.....

Kapal selam nuklear dari kelas Astute milik Tentera Laut Diraja Britain kini adalah kapal selam paling canggih di dunia. Sebanyak 7 buah kapal selam ini akan dibina bagi menggantikan kapal selam kelas Trafalgar yang sudah beroperasi sejak 1977 bagi menangani kapal selam Soviet ketika Perang Dingin. Buat masa ini dua buah kapal selam kelas Astute, HMS Astute dan HMS Ambush sudah dibina dan kini menunggu masa untuk memasuki inventori Royal Navy. Kapal selam ini sepanjang 96 meter, selebar 11.3 meter dan setinggi bangunan 12 tingkat! Ia mampu beroperasi selama 25 tahun tanpa perlu mengisi semula bahan api nuklearnya. Selain itu ia mampu bergerak pada kelajuan 29 knot ketika menyelam. Harga sebuah kapal selam ini ialah GBP 1 Billion (RM 4.9 Billion) dan sebanyak 20 juta man hours dihabiskan untuk menjadikan projek kapal selam generasi terbaru ini sebuah realiti

Ianya juga menurut BAE Systems, pembina kapal selam ini - kapal selam paling senyap pernah dicipta dan mampu menyelam sehingga 300 meter. BAE Systems mendakwa 38 000 panel akustik getah yang dipasang pada badan kapal selam ini memastikan ia hanya sebising seekor anak ikan Dolphin ketika beroperasi. Tambah mengangumkan kapal selam kelas Astute boleh mengesan bunyi sebuah kapal di Pelabuhan New York walaupun ia sedang berlabuh di Selat Inggeris! Sistem peluru berpandu Tomahawk yang dibawanya pula boleh menyerang mana-mana sasaran dari jarak 1930 Kilometer! Teknoiogi periskop Photonics juga dipasang. Periskop Photonic berbeza dari periskop biasa kerana ianya 100% digital. Gambar permukaan laut diambil dalam resolusi HD serta lebih mudah diproses untuk mengesan lokasi musuh berbanding periskop optikal yang digunakan untuk sekian sejak turun temurun.

Sangat impresif tapi kita sedia maklum a good ship is only as good as it's crew.









Laporan asal Wikipedia
Gambar BAE System dan The Mirror

20 comments:

  1. Replies
    1. Tengok belanjawan...ada sebut tak.

      NAK LEBIH SERIUS KLIK xXxINI !!!
      ........................................
      JANGAN KLIK KALAU TIDAK BERMINAT

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. faizfakhirin kenapa kau delete komen kau hahahahaha... sorry kapal selam scorpene kd razak lagi bagus dari kapal selam tu

      Delete
  3. SILA LAYARI BLOG SAYA.
    MEMAPARKAN INFO2 KESIHATAN, TIPS DAN PENGURUSAN BERAT YG IDEAL DAN PERBAIKI KUALITI KESIHATAN DENGAN KUASA NUTRISI SELULAR ABAD KE-21

    http://tinyurl.com/93abafv

    ReplyDelete
  4. Trafalgar? Nama watak dlm cerita One Piece...! Awesome..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah laa dekat london ada sebuah dataran dinamakan sempena watak one piece jugak trafalgar square namanya.. mungkin pernah melawan napolean jugak watak one piece tu..

      Delete
  5. kapal selam tu ape ?

    Duit mencurah-curah niee..
    KLIK SINI

    ReplyDelete
  6. teringat film The Hunt For Red October...

    ReplyDelete
  7. diorg siap buat kapal selam termaju.malaysia kapal selam diesel pon famous dgn songlap & kes bunuh.beza betul.

    ReplyDelete
  8. mmg btol, a good crews juga penting, kan dah terhempas kat langit! (Skye)

    ReplyDelete
  9. gomen meleis hanya akan beli barang reject yang harganya lebih mahal dari negara lain beli... contohnya scorpene...

    ReplyDelete
    Replies
    1. scorpene kapal selam baru la bengap

      Delete
  10. PM NAJIB x mo beli yg nie ke?...

    ReplyDelete
  11. teringat cerita kapal selam u571 :)

    ReplyDelete
  12. baru ape scorpen tuh weh...
    baru refurbish jer...word familiar,recon ataupun recycle...tp mahal?puih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails