Thursday 20 September 2012

Serius Sadis - Kanak-Kanak 13 Tahun Mungkin Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menbunuh Adik


Masyarakat Gagal

Ini ialah kisah sadis Christian Fernandez (13). Remaja dari Jacksonville Florida ini akan membuatkan anda geleng kepala dan bertanyakan soalan "Salah siapa ini semua?". Pada tahun 2011, adik kepada Christian, David ditemui pengsan oleh ibu beliau Bianella Susana. David mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan meninggal dunia di hospital tidak lama selepas itu. Polis kemudian mendapat maklumat Bianella tidak menghantar David terus ke hospital kerana risau Christian akan di tahan polis kerana mencederakan adik beliau. Bianella sebaliknya melakukan carian Google dan menalefon rakan keluarga untuk bantuan bagaimana untuk menyedarkan David dari pengsan. Pihak hospital memberitahu pihak polis David mungkin boleh diselamatkan sekiranya ibu beliau menghantarnya terus ke hospital.

Christian Fernandez kini akan dibicarakan atas tuduhan membunuh dan mungkin akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parole. Kes ini menjadi kes kotroversi kerana Christian dibesarkan dalam keluarga yang sangat kucar kacir. Ibu beliau Bianella melahirkan beliau pada tahun 1999 selepas diperkosa oleh seorang lelaki berumur 25 tahun. Lelaki ini hanya menerima hukuman probation selama 10 tahun atas kesalahan ini. 

Dua tahun selepas itu Christian ditemui berjalan seorang diri dalam keadaan bogel berhampiran rumah nenek beliau. Pada waktu itu Christian dan Bianella adalah di bawah jagaan nenek Bianella. Polis menemui si nenek sedang khayal menghisap dadah Methamphetamine.  Bianella dan Christian kemudian dihantar ke rumah jagaan jabatan kebajikan masyarakat.

Pada tahun 2010 beliau datang ke sekolah dengan kesan bengkak melampau pada bahagian mata. Christian mendakwa beliau ditumbuk ayah angkat beliau. Apabila polis cuba menahan ayat angkat beliau di rumah, mereka menemui ayah sudah membunuh diri dengan menembak kepala sendiri.

Walaupun dibesarkan dalam keluarag yang kucar-kacir ialah seorang pelajar yang pintar dan kerap mendapat straight A dalam peperiksaan. Namun pada tahun 2011 kehidupan beliau menjadi semakin kucar-kacir selepas kejadin melibatkan David. Ketika menemurah ahli keluarga, adik tiri beliau berumur 5 tahun memberitahu pihak polis beliau diserang secara seksual oleh Christian. Christian enggan memberitahu kenapa beliau membelasah David sehingga koma dan "memperkosa" seorang lagi adik tiru beliau. Pihak pembelaan percaya David ialah ialah seorang remaja yang mengalami trauma mental yang kronik akibat penderaan yang dialaminya sendiri di tangan ayah tiri beliau serta persekitaran yang tidak menentu ketika membesar.

Sungguhpun begitu pihak pendakwaraya pula mahu beliau dibacarakan sebagai seorang dewasa kerana keseriusan jenayah yang dilakukan Christian. 

Kami di Blogserius merasa amat sedih dengan apa yang berlaku kepada kedua-dua orang adik Christian Hernandez. Tetapi kami juga simpati dengan Christian yang dibesarkan dalam keluarga yang not fit to have children in the first place. While the crime comitted by Christian is indeed severe, we believe that he is a child who does not really know right from wrong due to years of abuse and neglect by adults.

Kami akan mengikuti kes Christian Fernandez. Kami berharap pihak berwajib Florida akan melakukan yang terbaik untuk membantu Christian.

Ini membuatkan kami terfikir dua kes rogol bawah umur yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia mengamuk baru-baru ini. Kedua-dua orang perogol tidak dipenjarakan atas sebab-sebab tertentu. Setahu kami kedua-dua mangsa tidak mengandung. Tetapi jika mengandung kami berharap mereka dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Kami tak mahu kes semacam Christian Fernandez berlaku di Malaysia. Masyarakat kita sebenarnya tidak banyak bezanya dengan masyarakat US sekarang. Kita sudah tidak lagi peduli sebagai komuniti dan hanya pandai mengamuk apabila nasik sudah menjadi bubur. 

What do you guys think? Setuju dengan pendapat kami?



Laporan asal CBS NEWS

16 comments:

  1. haiyoo.. ni yg takut nak ada anak ni.. do not have child if u're not fit to be a good parent..

    ReplyDelete
  2. Ini macam mahu kembali ke zaman jahiliah ni..nauzubillah

    ReplyDelete
  3. kesian dia..membesar macam tu..takde langsung rasa kasih sayang... sedihnya... menitis air mata

    ReplyDelete
  4. Kesian dan sangat kesian..


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ---------------------- hangat diperkatakan --------------------------
    ######################################################

    ReplyDelete
  5. kesian budak tu... dibesarkan dalam keadaan kucar kacir... korang ni tak menjawab soalan obe tu la dia tanya korang setuju ke tak dengan pendapat dia... aku setuju, cuma dalam kes2 rogol, zina, kandung anak luar nikah, buang anak, campak anak dari tingkat 3, kenapa orang lelaki selalu terlepas, yg jadi mangsa hanya orang wanita? undang2 perlu lebih ketat agar lelaki2 celaka yg dah merosakkan kehormatan seorang wanita agar dihukum dengan lebih setimpal

    ReplyDelete
  6. setuju dgn kamu obe. saya bersimpati dengan Christian dan adik2nya.

    ReplyDelete
  7. peh..tgk muka budak tu pun macam takder perasaan...kesian kurang kasih sayang...

    ReplyDelete
  8. ape yg die tahu tentang belas kasihan dan kasih sayang? die sendiri mungkin tidak mengetahui kewujudan 2 perkara itu..

    ReplyDelete
  9. aku setuju ngan blog serius..btw undang2 yg ade skang trbukti tk mampu membendung jenayah..
    entri popular: Gadis Dirogol Lelaki Kemaruk Seks Dalam Bilik Air


    ReplyDelete
  10. syukur aq dilahirkan dgn elok...ya allah bersyukur giler aq doh...seriusly...:[

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails