Monday 10 September 2012

Serius Cool - AMX-56 Leclerc : Kereta Kebal Utama Perancis (20 Gambar)


Le Tank

Setiap negara yang menggelarkan diri mereka kuasa dunia akan mempunyai sebuah kereta kebal utama (Main Battle Tank MBT) yang berfungsi sebagai prestige weapon angkatan darat mereka. Amerika Syarikat mempunyai M1A2 Abrams, UK mempunyai FV4034 Challenger 2 manakala Russia mempunyai T-90. Setiap kereta kebal ini menggunakan teknologi termutakhir bagi memastikan ianya mampu berfungsi dengan baik di medan perang . Bagi Perancis AMX-56 Leclerc ialah kereta kebal yang menjadi kebanggaan negara Croissant ini. Berbeza dari kebanyakkan MBT pakatan NATO yang lain, AMX-56 Leclerc hanya mempunyai 3 orang krew berbanding 4. Ini adalah kerana ia menggunakan sistem meriam automatik serupa seperti yang digunakan T-90 dan PT-91M Pendekar. Ia juga jauh lebih ringan berbanding MBT NATO yang lain kerana berat tidak melebihi 55 tan. M1A2 Abrams dan Challenger 2 kedua-duanya mempunyai berat melebihi 60 tan.

AMX-56 Leclerc mula digunakan pada tahun 1992 bagi menggantikan AMX 30 yang sudah berumur. Seperti MBT M1A2 Abrams kepunyaan Amerika Syarikat, Leclerc dinamakan sempena seorang jeneral yang berjaya kepada negaranya. Seperti Abrams juga Leclerc dilengkapi dengan selaras meriam sebesar 120 mm Smoothbore. Ia diperkasakan dengan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta kebal ini ke kelajuan maksimum 72 kilometer sejam.

Sehingga kini AMX-56 Leclerc masih belum pernah diuji sepenuhnya di dalam medan perang. Oleh itu keefetifan armournya menentang senjata anti kereta kebal moden masih belum diketahui berbanding Abrams dan Challenger 2. Setakat ini hanya Tentera Darat Perancis dan Emeriah Arab Bersatu menggunakan kereta kebal ini. Harga sebuah AMX-56 Leclerc ialah 17 Juta Euros (RM 67 Juta) sebuah. Ini adalah amat mahal kerana M1A2 hanya beharga USD 8.58 Juta (RM 26.7 juta) manakala Challenger 2 beharga GBP 4.21 Juta (RM 20.9 Juta) sebuah. Kenapa mahal sangat? Nobody knows. Mungkin kereta kebal Perancis macam barangan fesyen berjenama dari Paris mempunyai harga yang lebih premium! Ha ha!







Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

7 comments:

  1. mohon kerajaan malaysia beli kereta kebal perancis ni... kapal selam dah beli dari perancis...

    ReplyDelete
  2. PT-91M Pendekar dah cukup hebat untuk pertempuran kawasan panas & lembab, hutan tanah gambut, dan berbukit. Tapi untuk peperangan dalam bandar mungkin ada masalah contohnya jika ada konflik dengan singapura. Menggunakan PT-91M mungkin tidak sesuai untuk peperangan di Singapura. Singapura hanya sesuai dengan meledakkan roket dari Johor atau roket dari ruang angkasa. Target mudah ialah airport dan jalan highway diorang. Nescaya pesawat tempur mereka tidak mampu untuk terbang untuk menyerang balas. Kemudian, buat sekatan air dari johor. Nescaya Lim Kuan Yew akan minum air kumbahan yang dah diproses.

    Kesimpulannya, Malaysia jangan beli kereta kebal perancis ni. Beli je banyak2 RPG-7, RPG-29 untuk musnahkan tank2 Leopard Singapoddah tu..

    ReplyDelete
  3. hehe sejak bila kau jadi blog tentera ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails