Monday 12 May 2014

Serius Fakta - Rupa Pengasas 15 Jenama Terkemuka Yang Menggunakan Nama Mereka


Oh macam ini rupanya

Tidak seperti produk ubat -ubatan Dr Rozmey dan ubat kotel terlanjur D'herbs.... banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali rupanya. Zaman dahulu tak ada perangai letak muka tak malu pada setiap produk yang dijual. Hari ini mari lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat. Now you know!

Ramly Mokni - Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!


Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim's.Produk makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang. 




Julius Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang anak imigran Itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal Maggi ialah stok sup. Maggi diasaskan pada tahun 1872.

 

Hirotake Arai ialah pengasas syarikat helmet terkemuka ARAI. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1926. Hirotake sebenarnya seorang pembuat topi pada asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan helmet buatan tangan. Syarikat ini kini di bawah penguruasan anak beliau Mitch Arai. 




Bobbi Brown ialah pengasas alat solek Bobbi Brown. Beliau memulakan kareer sebagai jurusolek profesional. Apa yang beliau sedari ialah alat solek yang dijual dipasaran tidak sesuai untuk memberikan rupa natural kepada pemakainya. Pada tahun 1991 beliau menjual gincu ciptaan belia. 100 gincu pertama terjual dalam masa sehari dan produk ini kini terkenal di seluruh dunia. 


Shojiro Ishibashi ialah pengasas syarikat tayar Bridgestone. How is this his named after him? Ishibasi bermaksud Bridgestone dalam bahasa inggeris. Syarikat tayar ini sudah beroperasi sejak 1931. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.


John Cadbury ialah pengasas syarikat pengeluar cokat Cadbury pada tahun 1824 di Birmingham England.  Cadbury ialah syarikat yang mencipta chocolate bar. Selain daripada itu John Cadbury juga adalah pengasas persatuan pencinta haiwan pertama di Britain. 


Christian Dior ialah pengasas jenama fesyen terkemuka Dior. Ianya diasaskan pada tahun 1946. Rekaan Christian Dior dipakai oleh wanita ternama seperti Evita Peron dan Marlene Dietrich. Beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat serangan jantung. 


Estee Lauder mengasaskan syarikat alat solek beliau pada tahun 1946 dengan bantuan suamia beliau Joseph Lauder. Nama sebenar Estee Lauder ialah Josephine Esther Mentzer dan beliau adalah anak kepada dua migran yang berasal dari Hungary. Nama samaran beliau sejak kecil ialah Esty. Ejaan Estee dipilih beliau because that was how Esty is prounouced in Hungarian. Produk awal Estee Lauder ialah produk membersihkan dan krim kulit. Beliau meninggal dunia pada tahun 2004  pada usia 97 tahun.



Victor Hasselblad mengasaskan syarikat kamera high end terkemuka Hassleblad pada tahun 1941. Kamera Hassleblad terawal dihasilkan bagi kegunaan intipan Tentera Udara Sweden ketika perang dunia kedua. Kamera keluaran Hassleblad sangatlah bad ass ianya digunakan untuk mengambil gambar di permukaan bulan. Victor meninggal dunia pada tahun 1978



Li Ning memulakan kareer beliau sebagai ahli gimnastik. Pada tahun 1984 beliau memenangi 6 pingat termasuk 3 pingat emas pada temasya sukan Olimpik. Selepas bersara dari dunia sukan beliau mengasaskan syarikat alatan sukan Li Ning pada tahun 1990



Liz Clairborne mengasaskan syarikat pakaian beliau sendiri pada tahun 1976. Beliau bosan dengan masalah kesukaran mencari pakaian untuk kegunaan wanita bekerja. Dalam masa 2 tahun sahaja jumlah jualan Liz Clairborne meningkat ke USD 23 juta setahun. Beliau adalah wanita pertama yang menjadi CEO Fortune Top 500 company. Liz meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 2007.



Louis Vuitton mengasaskan syarikat membuat trunk menyimpan pakaian pada tahun 1854. Trunk memuatkan pakaian pada waktu itu mempunyai penutup melengkung (seperti kotak harta karun pirate edisi default). Rekaan LV berbeza kerana ianya rata dan ini membolehkan ianya disusun dengan mudah. Sounds like a no brainer tetapi inilah inovasi yang dibawa oleh LV. Dari menjual trunk pakaian LV kini menjadi syarikat barangan mewah terbesar dunia dan kini juga memiliki jenama Dior!



Adolf dan Rudolf Dassler mengasaskan syarikat kasut sukan Gebrüder Dassler Schuhfabrik pada tahun 1924. Selepas perang dunia kedua Adolf dan Rudolf bergaduh dan mengakibatkan syarikat ini dibubarkan. Rudolf Dassler mengasaskan PUMA manakala Adolf "Adi" Dassler mengasaskan Adidas pada tahun 1948. Tahukah anda ketika perang dunia kedua,Gebrüder Dassler Schuhfabrik menghasilkan but untuk tentera Nazi? Adik beradik Dassler juga merupakan ahli Nazi. Weird thing is despite of this Adi Dassler menghasilkan kasut untuk Jesse Owens, pelari pecut Amerika Syarikat yang berkulit hitam. 


17 comments:

  1. Akhir zaman mmg mcm ni..nak nama je kjenye..
    baru tau spe owner brahim's..cetek tul info aku..hihi


    minat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
    jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
    thanks ^_^

    ReplyDelete
  2. Laa.. Mcmana gmbr menteri besar terengganu bole ade kt sini?

    ReplyDelete
  3. Terlajak laris boleh naahh jahanam sama diaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pandai berniaga, kau? pahlawan papan kekunci yang dengki dengan kejayaan orang lain

      Delete
    2. Apsal jahanam sama dia pulak? Bukan dia buat salah apa pun? Kalau kau tak act dia sekalipun, perluke dia jahanam? Perangai org Melayu, smpai bila pun tak boleh maju.

      Delete
  4. Lega sikit si anjing biskut roti dah mampus. Yeahhhh

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. mana kak ton? ini tidak adil!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ton tu, barang dia jenama Kak Ton TM ke?

      Delete
  7. this is cool shit...thanks 4 the info...mohon banyakkan lagi post seperti ini...

    ReplyDelete
  8. Rupa Pengasas mentol, Mr Philips tak de ke, sampai sekarang jenama tu je yang ada!

    ReplyDelete
  9. mana gambar pengasas boon siew???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boon siew bukan pengasas,dia cuma dealer saja yg pertama bawa motor dari jepun masuk malaysia....kalau pengasas nya nama pun honda jugak.

      Delete
  10. Ingin menyewa walkie talkie dengan kadar yg murah??? Klik link http://sewa-walkie-talkie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. KAMI PAKAR DALAM PEMBUATAN KITCHEN CABINET, WARDROBE, GRILLE, GATE, AWNING & PELBAGAI JENIS CABINET MENGIKUT TEMPAHAN.KAMI JUGA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PERCUMA UNTUK DESIGN CABINET YANG ANDA INGINKAN.. -OUR SERVICE DIRECT FROM FACTORY

    Tel: 03-5166 2723 (office)
    019-342 0251 (haji Ilyas) hp/whatsapp
    017-329 7734 ( fauziah) hp/whatsapp
    https://www.facebook.com/pages/Bergaya-Ukir-Wood-Enterprise/559147240873386?ref=hl

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails