Wednesday 7 August 2013

Serius Cool - Izumo : Kapal Perang Terbesar Jepun Sejak Perang Dunia Kedua (12 Gambar)


Mentari Terbit!

Izumo ialah kapal "pemusnah" (destroyer) terkini Angkatan Pertahanan Diri Laut Jepun (Japan Maritime Self Defence Force). Ia memang kelihatan seperti sebuah pesawat pengangkut helikopter tetapi Jepun enggan mengaku ianya sebuah kapal pengangkut! Ini adalah kerana mengikut perjanjian menyerah diri Jepun selepas Perang Dunia Kedua, Jepun TIDAK boleh mempunyai angkatan tenteranya sendiri. Kesemua senjata yang dimiliki JSDF adalah hanya cukup untuk pertahanan dan tidak boleh digunakan untuk melakukan serangan. Kapal "pemusnah" sepanjang 250 meter ini ialah kapal terbesar milik Jepun sejak berakhirnya WW2

Jadi kenapa Jepun ingkar dan membina juga sebuah kapal pengangkut pesawat yang bila-bila masa boleh diubah menjadi platform menyerang musuh? Well Jepun risau dengan China yang kini sedang giat membesarkan saiz armada tentera lautnya. China sudahpun mempunyai sebuah kapal pengangkut kapal terbang buatan tempatan dan kapal selam penyerang pantas berkuasa diesel. Jepun risau jika mereka tidak proaktif di masa hadapan mereka akan diserang oleh China seperti mereka menyerang China pada tahun 1937

Mengapa PBB tidak melakukan sekatan terhadap Jepun sungguhpun kini jelas mereka melanggar penjanjian perang? Well Jepun ialah sekutu Amerika dan Barat. Diorang sendiri risau dengan China. Tutup mata sudah!



Laporan asal Jalopnik

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails