Wednesday 6 February 2013

Serius Cool - T 28 : Kereta Kebal Gergasi Dengan 4 Runut (24 Gambar)


Overlord Tank Sebenar

Kereta kebal Overlord ialah kereta kebal kegemaran kami dari permainan komputer Command and Conquer Generals. Ianya kereta kebal gergasi China dengan 4 runut. Kami tak tahu bahawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu terdapat kereta kebal gergasi seakan-akan Overlord.

Kereta kebal ini ialah T-28 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Ia direka bagi menentang pemusnah kereta kebal Jagdpanther yang milik tentera Nazi. Kereta kebal M-4 Sherman yang digunakan pada waktu ini tidak mempunyai ketebalan armor yang secukupnya bagi menentang meriam 88mm Jagdpanther yang mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan.

T-28 dibina pada tahun 1945. Dua buah prototaip dihasilkan dan setiap satunya seberat 86.2 tan. Oleh sebab itu konfigurasi 2 runut yang biasanya digunakan pada kereta kebal tidak cukup untuk menyebarkan berat T-28 ke permukaan tanah. Oleh itu 4 runut digunakan bagi memastikan kereta kebal ini tidak akan tenggelam. T-28 diperkasakan dengan meriam 105 mm dan  enjin V-6 500 kuasa kuda yang mampu menggerakkannya pada kelajuan 19 kilometer sejam. Ketebalan armor pada bahagian depan ialah 300 mm , 130 mm pada bahagian bawah dan 64 mm pada bahagian tepi. Kerana armor yang tebal meriam T-28 tidak diletakkan di dalam rudal berputar. Untuk membidik keseluruhan kereta kebal harus digerakkan ke arah musuh. 

Antara keunikan lain T-28 ialah dua runut luarannya boleh ditanggalkan dan dilipat. Ini membolehkan T-28 melalui jalan yang sempit. Runut luar ini kemudian boleh ditarik di belakang kereta kebal.

Projek T-28 dihentikan pada tahun 1947 kerana didapati tidak praktikal untuk digunakan di medan perang. Pada tahun sebelumnya salah sebuah prototaip yang dihasilkan terbakar dan musnah. Satu-satunya kereta kenal T-28 yang masih wujud kini boleh dilihat di Muzium Armor dan Kereta Kebal Patton di Kentucky



Laporan asal PenzerSerra
Gambar 8Hussar Photobucket

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. syafiq_neocosmo (hit me invitation.. we can play as platoon )

      Delete
    2. jom.. skill/perks Jackson aku dah 100%.. boleh lawan tier 10..

      Delete
    3. haha.. tp xde pon t28 dlm wot usa punye.. ign aku: nazminami(WOTM2)

      Delete
  3. Negara pemilik senjata pemusnah besar-besaran (WMD) terbesar dunia, tapi berkempen untuk menghapuskan senjata pemusnah di luar USA! Cit! Pooooddah!!

    ReplyDelete
  4. tier 9 - T-28 (tank Destroyer)

    ReplyDelete
  5. larger tank, larger target, more vulnerable.

    ReplyDelete
  6. ade double track cmnih bukan T-95 ke? TD t9~

    Tp gambar 2nd last tuh T28~

    ReplyDelete
    Replies
    1. T 28. Click on the link I provided below the post . T 95 gambar pun takde lagi . 4th gen tank ma

      Delete
  7. runut=tracks? patut lah runut bunyi = soundtrack

    ReplyDelete
  8. tapi kereta kebal abram M1-A2 juga yang terbaik, dengan berat 63 ton, ianya amat fleksibel untuk bertempur.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails