Tuesday, 27 November 2012

Serius Cool - Hotel Lotus Xiangshawan : Hotel Di Tengah Padang Pasir (8 Gambar)



Desert Lotus!

Padang pasir bukanlah destinasi pelancongan tipikal bagi kebanyakkan individu. Suhu yang panas serta lokasinya yang jauh membuatkan ianya kurang digemari orang ramai. Ini adalah benar terutamanya dikalangan orang Malaysia yang melancong untuk shopping bukan untuk mendalami budaya masyarakat tempatan. Gurun Xiangshawan terletak 800 kilometer dari Beijing dan kerajaan China cuba menjadikannya destinasi pelancongan. 

Hotel Lotus dibina bagi memudahkan pelancong berlindung dari kepanasan dan pada waktu yang sama menikmati pemandangan semula jadi Gurun Xiangshawan yang indah. Rekaan bunga lotus diambil kerana ianya hanya tumbuh di atas permukaan air. Ianya simbolik terhadap fungsi Hotel Lotus sebagai oasis buatan manusia di tengah lautan pasir. Hotel ini dijangka mula beroperasi Mac tahun hadapan. Sangat menarik. Kami tak pernah lagi bercuti di tengah padang pasir. Paling hampir kami kepada sebuah "padang pasir" ialah ketika tinggal di Tronoh dahulu. Ha ha ha. 



Laporan asal ArchDaily

7 comments:

  1. ye~ tronoh adalah padang pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahukah anda tronoh dah maju?.. padang pasir ini ditelah dilimapahai kekayaan minyak petronas.. dah ada tesco, billion tngh naik.. haha..

      Delete
  2. sapa nak gi padang pasir?

    btw jom join contest kat sini, sangat mudah dan senang.

    ReplyDelete
  3. At lease padang pasir Tronoh ada jual sate 25sen...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails