Monday 5 November 2012

Serius Cool - Donkervoort D8 GTO : Kereta Lumba Untuk Yang Mahukan Kelainan (16 Gambar)


Holland

Donkervoort bukanlah jenama kereta yang kerap kita dengari tetapi kereta lumba ciptaan mereka adalah unik jika dibandingkan dengan kereta lumba terkenal dari Lamborghini atau Ferrari. Donkervoort ialah sebuah syarikat kereta yang berasal dari Belanda dan kereta keluaran mereka pastinya akan menarik minat mereka yang gemarkan kelainan. Donkervoort D8 GTO ialah kenderaan terkini mereka dan ianya diperkasakan dengan enjin Audi TT 340 kuasa kuda pada moda biasa tetapi dengan menekan butang khas ianya meningkat kepada 400 kuasa kuda

Donkervoort D8 GTO ialah sebuah kereta yang minimalis dan diperbuat hampir sepenuhnya dengan menggunakan gentian karbon. Berat keseluruhnya hanya 650 kilogram ataupun 6 Obefiend Gemok. Sebuah Donkervoort D8 GTO dijual pada harga USD 150 000 sebuah (RM450 000) tetapi ianya dihasilnya dalam jumlah yang kecil. Hanya 25 Donkervoort D8 GTO akan dibina tahun ini. Expect a waiting list!




Laporan asal Carversation
 

8 comments:

  1. eksyen gila kalau bawak kereta ni. Tapi kena terang kt orang la pulak pasal brand rare sangat.

    ReplyDelete
  2. teknikal sgt la design die. not suitable for malaysian. AES sana sini yeob =(

    ReplyDelete
  3. nampak cukup gagah utk saya yg bekerja di black area.. boleh trade dengan swift? hahhaa..

    ReplyDelete
  4. xdehal la AES tu, cuma bawa kereta laju lebih dari 220km/j je..camera AES tu xdpt tangkap dah..Alang-alang nak laju kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails