Tuesday, 6 November 2012

Serius - Cinta Sebenar : Cerai Kahwin Semula Untuk Derma Organ (5 Gambar)


Love!

Di China banyak pula cerita cinta sebenar sejak dua menjak ini. Last few weeks kami paparkan pasangan muda yang tinggal di dalam bilik kecil selepas kahwin kerana cinta. Pasangan ini tidak ada wang Yuan yang banyak tapi kahwin kerana dasar cinta sebenar. Respect.

Hari ini kita lihat kisah Su Dan dan Tian Xinbing yang berasal dari Beijing. Pasangan ini bercerai Jun lalu selepas 10 tahun perkahwinan. Mereka dikurniakan seorang anak dan sebab perceraian adalah akibat kerap berantakan. Pada bulan ogos Tian Xianbing tiba-tiba disahkan mengidap kenser hati dan memerlukan penderma hati pada kadar segera. Akibat mahu menyelamatkan nyawa bekas suaminya Su Dan berkahwin semula dengan Tian Xinbing bagi memudahkan proses pendermaan organ. Di China adalah lebih mudah ahli keluarga untuk mendermakan organ dari menerima dari mereka yang bukan keluarga. Perkahwinan semula Tian Xinbing dan Su Dan ialah bagi mempercepatkan proses pemindahan organ serta memastikan Tian Xinbing akan mempunyai peluang lebih cerah untuk hidup.

Sebanyak 590 gram hati Su Dan diambil dan dipindahkan kepada Tian Xinbing. Apabila ditemu ramah media China Su Dan berkata;

"Perkahwinan bukanlah sebuah sijil, yang penting ialah perasaan saya kepada dia. Ia tidak boleh dijejaskan melalui perakuan perceraian atau sijil perkahwinan. Kami telah melalui pelbagai liku hidup bersama. Jika saya enggan memdermakan organ saya kepada dia (Tian Xianbing) saya akan merasa bersalah"

Diharapkan kedua-dua individu ini dapat menjalani kehidupan yang sihat semula. Semoga perkahwinan mereka akan kekal selamanya. They are literally SATU HATI , SATU JIWA now. Kalau cerai lagi I just dunno what to say. What would you do for someone you love? Kalau dah cerai sanggup tak kahwin semula untuk derma organ kepada yang pernah dicinta? 



Laporan asal NetEase 

15 comments:

  1. dermalah organ anda di hospital yg berdekatan

    ReplyDelete
  2. They are literally SATU HATI , SATU JIWA now.But NOT SATU MALAYSIA :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. oleh itu, saya berpesan kepada sedara mara sekalian, jangan hisap dade

      Delete
  4. Mata ada habuk plak. Babi betei

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. anon ambik periksa SPM or STPM... mereka perlu ulang kaji.. ahahha

      Delete
    2. hahaha... terbaek statement mamatblur kuya

      Delete
  6. last pic describe the whole story

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails