Hensem dan Cantik Sangat kacak Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Oleh itu ketika muda sila jaga diet. Kami menulis ini untuk muhasabah diri juga kerana kami gemok walaupun ketika muda. Oh dan rambut jangan besar sangat.
#BadLuckMalay John Kassongs Kafunda ( 23) dan Reece Donovan (25) dua orang warga UK yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara kerana menumbuk Ashraf Rossli (21), seorang pelajar Malaysia sehingga patah rahangnya hari ini dibebaskan kerana kekurangan bukti. Hukuman keatas John dan Reece ditarik semula selepas rayuan mereka didengari di Mahkamah Wood Green Court semalam. Pada asalnya John dijatuhkan hukuman penjara empat tahun manakalan Reece pula menerima hukuman lima tahun. Dalam kejadian yang berlaku Ogos 2011, Ashraf Rossli (21) ditumbuk di Jambatan Queen's Road ketika berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran di London. Selepas ditumbuk John dan Reece dikatakan mencuri beberapa barangan milik Ashraf dengan berlakon seperti mahu membantu pelajar Malaysia ini. Rakaman rompakan tersebar di Youtube dan ditonton jutaan orang. John dan Reece menjadi suspek utama polis selepas mereka menerima maklumat dari orang ramai. Dalam sebutan rayuan semalam pihak peguambela berjaya meyakinkan mahkamah bahawa video yang diambil TIDAK MAMPU membuktikan anak guam mereka yang merompak Ashraf. Resolusi video terlalu rendah untuk membuktikan 100% memang John dan Reese adalah pesalah yang merompak. Oleh sebab itu mereka dibebaskan dari penjara pada kadar segera. Pihak peguambela juga mengatakan maklumat yang diterima oleh polis dari individu yang tidak dikenali adalah kurang kuat untuk menjatuhkan hukuman. Ianya mungkin tindakkan mereka yang mempunyai motif dendam terhadap John dan Reece.
Apakah reaksi anda terhadap pembebasan dua orang suspek ini? Adakah alasan peguambela boleh diterima? Kami menonton video ini beberapa kali dan kami rasa memang sukar untuk memastikan dua orang perompak ini ialah Jogn Kafunda dan Reece Donovan. Malang bagi Ashraf Rossli, muka dan pecah dan suspek yang bertanggung jawab tidak dapat ditemui, disahkan dan dipenjarakan.
Mohon CCTV yang dipasang di Malaysia mempunyai resolusi HD penuh. Tak mahu di Malaysia ada pesalah yang bebas menggunakan alasan yang sama!
What the hell? Pemandu Malaysia memang terkenal dengan lawlessness. Tetapi kami masih bersyukur tak ada lagi kes orang OKU ditumbuk kerana lambat sangat melintas jalan. Kejadian berlaku di Australia. Damn son ini terlalu kejam! Malaysia masih ada kesopanan. Ini semua kerana usaha keras UMNO yang mempertahankan Malaysia dari liberalisme, pluralisme dan pejuang Islam sejati.
#SeemsLegit Sebagai pengguna internet sepanjang masa dan bergantung kepada internet sebagai punca rezeki kami bersetuju dengan infografik ini! Jadi jangan ketagihan internet sangat. Bacalah SAIFULISLAM.COM kadang kala. Blogserius hanya untuk hidup yang fana!
Futuristik! Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Di bawah ialah 8 konsep stadium yang bakal di bina. Semuanya fantastikal dan sangat out of this world. Agaknya Qatar mampukah menjadi tuan rumah? Ke jadi macam Malaysia? Dulu pernah host World Cup Remaja lepas tu tahap bolasepak masih tahap nakharoms.
Looks interesting Iphone sudah mempunyai beberapa casing yang mengubah rupa bentuknya menjadi seperti sebuah kamera. Kami pernah paparkan Gizmon Ica yang merubah iPhone anda untuk kelihatan seperti sebuah kamera retro hipster. Will I Am, penautotune dari kumpulan Black Eyed Peas hari ini memperlihatkan siri casing iPhone I.Am+ beliau. Terdapat beberapa versi casing ini. Ada yang hanya melakukan perubahan kosmetik, ada yangmembolehkan anda melakukan pertukaran lensa dan ada yang mengklaim kamera 8 megapixel iPhone boleh dinaik taraf menjadi kamera 14 megapixel lengkap dengan papan kekunci QWERTY. Casing I.Am+ dijual dengan harga diantara USD 318 dan USD 477 sebuah. Ianya akan mula dijual 6 Disember ini. Nampak macam best tapi dari pengalaman kami menggunakan Samsung Galaxy Camera semalam, Galaxy Camera lebih menarik dari segi fungsi dan kemampuan optiknya.
Bumblebodoh! Ini ialah Gold King Camaro Z1 , modifikasi Chevrolet Camaro paling bangang yang anda akan lihat. Sebuah Chevrolet Camaro also know as Bumblebee Transformers di berikan "nafas baru" dengan cat bewarna emas, rim custom 30 inci serta tiga skrin LCD sebesar 23 inci. Ia juga dilengkapi dengan sistem audio gergasi serta Playstation 3. Gold King Camaro Z1 ini dihasilkan oleh 813 Custom, dan ikhlas kami katakan ini merupakan PIMPIN paling bangang pernah kami lihat.
Mohon Michael Bay tidak meletakkan Bumblebodoh ini di dalam Transformers 4.
Mayan Apocalype Dalam masa kurang sebulan lagi akan berlaku hari kiamat Mayan. Hari kiamat Mayan ini menurut mereka yang mempercayainya akan berlaku 21 Disember hadapan. Gempa bumi akan berlaku dan tsunami gergasi dijangkan akan membanjiri bumi. Di China Lu Zhenghai ialah antara individu yang percaya ramalam Mayan ini bakal menjadi kenyataan. Oleh itu lelaki yang berasal dari Xinjiang menghabiskan Yen 1 Juta (RM 490 000) untuk membina bahtera peribadi yang dapat menyelamatkan beliau dari Tsunami mega. Ini membuatkan beliau kelihatan seperti "Nabi Noh" moden.Bahtera Lu Zhenghai adalah kecil jika dibandingkan dengan replika Bahtera Nabi Noh yang dibina Johan Huibers yang pernah kami paparkan dahulu.
Adakah anda percaya dengan Kiamat Mayan? Adakah anda sudah bersedia?
Permasalahan utama kami ialah rumah yang kami beli di KL adalah kecil. Tetapi kami mempunyai koleksi buku yang seakan sebuah perpustakaan. Kami tak cukup shelving sampai ada buku atas lantai dan meja kerja. Apabila kami temui perbot modular rekaan TETRAN ini kami sangat teruja. Setiap ruang perabot are fully utilised dengan ruang merpati yang boleh diisikan dengan barangan yang ada. Sangat cool. Alangkah baiknya jika mereka menjual perabot mereka di Malaysia macam IKEA. Kami yakin ianya akan laku. We love this!
Funnily enough perabot Tetran dihasilkan pengasasnya kerana kegagalan mencari perabot IKEA yang mempunyai ruang penyimpanan minimum. Setiap perabot modular Tetran mendapat ilham dari bongkah LEGO.
Mash up dua permainan video dengan genra dan age rating yang berbeza. Satu game untuk orang dewasa, satu lagi game untuk kanak-kanak. What's next? Silent Hill Angry Birds?
What the what? Ini cerita sadis dari Florida. Siapa di sini pernah dicubit puting ketika membesar? Kami pernah kena cubit puting oleh seorang ustaz kerana tidak menghafal doa iftitah. Berdarah nipple kami hari itu. Thomas Matheson (27) bukan seorang ustaz dan mangsa beliau pula ialah anak kepada teman wanita beliau. Thomas menjaga anak teman wanita beliau yang bekerja dan naik berang. Beliau mencubit puting anak malang berusia dua tahun ini sehingga terputus. Kecederaan yang dialami ini hanya disedari sehari selepas kejadian oleh nenek mangsa.
Si ibu apabila disoal siasat berkata beliau "tidak perasan" anak beliau sudah ketiadaan sebelah puting. Nenek mangsa terus menghantar anak ini ke hospital tetapi malangnya puting yang hilang tidak dapat ditemui dan si anak ini akan kekal tanpa sebelah puting sehingga ke akhir hayat. Thokmas Matheson kini ditahan di penjara daerah sementara dibicarakan atas kesalahan mencerderakan anak kecil. Beliau tidak mengaku mencubit puting sehingga putus tetapi pihak doktor berkata sebaliknya. Diharap Thomas akan dicubit puting dan punai sehingga putus di penjara kelak. Budak kecik boleh la kau main cubit-cubit natang!
Tidak perlu wallpaper Selalunya penggelek cat hanya boleh digunakan untuk mengecat permukaan dinding yang besar. Ianya tidak digunakan untuk menghasilkan corak dengan menggunakan cat. In fact the only way untuk corak diletakkan pada permukaan dinding ialah denga menggunakan wallpaper. Kini sudah ada penggelek cat yang membolehkan corak dicatkan terus ke permukaan dinding. Setiap penggelek bercorak ini dijual pada harga USD 25 sebuah. Mungkin agak mahal tetapi ianya masih lebuh murah jika dibandingkan dengan membeli wallpaper. Idea bernas. Jika berminat anda boleh membelinya disini dan setakat ini mereka mempunyai beberapa pilihan corak.
Nice! Di Malaysia kita mempunyai Tubotel, sebuah hotel dimana biliknya dibuat menggunakan kolong konkrit. Bilik di Tubotel Langkawi adalah agak rudimentary dan kerana ianya konkrit adalah sukar untuk digerakkan. Oleh sebab itulah firma rekaan In-Tenta dari Barcelona menghasilkan konsep hotel Drop yang berbentuk tiub serta mudah dialihkan. Ianya dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan seorang penghuni hotel. Tidak seperti Tubotel, Drop dibuat daripada kayu dan lebih mudah dialihkan apabila perlu. Ini ialah konsep yang menarik. Nampak lebih selesa dari Tubotel kolong konkrit!
Kali terakhir kami paparkan gambar gadis litar berkostum Neon Genesis Evangelion adalah pada bulan April yang lalu. Hari ini kami mahu paparkan gadis Team Evangelion Racing sekali lagi. Tahukah adan mereka kini mempunyai 5 gadis litar dan tidak dua seperti sebelum ni dan kesemuanya kawaii. Terutamanya yang berbaju putih Rei Ayanami
Comel baq ang! Hoodie merangkap cloak berupa Totoro dan anime ternama Hiyao Miyazaki, My Neighbour Totoro. Sangat comel dan kalau dipakaikan kepada bini atau awek tersayang pasti terserlah kecomelannya. Oh yeah! Harag sebasang dalam USD 60 (RM180) dan boleh dibeli disini. A bit expensive but this is too cool to pass on.
IN B4 "kalau awek gemok pakai ni makin teserlah Totoronya"
Dilancarkan hari ini Ini berita lama tetapi hari ini Samsung Galaxy Camera akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Kamera kompak 16 megapixel ini unik berbanding kamera di pasaran sekarang kerana ia sebuah kamera pintar yang menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean. I juga mempunyai skrin sesentuh 4.8 inci, pemproses 1.4 GHz empat teras dan kemampuan 3G. Ini bermakna anda boleh mengambil gambar Instagram dan memuat naik secara terus. Kami tak sabar untuk menggunakan sendiri Galaxy Camera di majlis pelancarannya petang ini. Mahu lihat sama ada kamera pintar Android mempunyai masa depan ataupun hanya sebuah gimik seperti kemampuan 3D pada peranti mobil beberapa tahun yang lalu.
Holy what the hell? Beberapa hari yang lalu kami paparkan AEA Cygnet, pesawat bersayap tiga segi rekaan Alexander Graham Bell. Jika anda merasakan Cygnet ialah pesawat yang aneh, anda salah. Caproni Ca 60 Noviplano ialah sebuah prototaip pesawat penumpang yang mendarat di atas air. Ianya unik berbanding pesawat yang kita lihat sekarang kerana ia dibina dengan mempunyai 9 pasang sayap. Ianya percubaan Giovanni Battista Caproni untuk menghasilkan pesawat penumpang yang mampu terbang dari Eropah ke benua Amerika Utara merentasi Lautan Atlantik. Caproni Ca 60 Noviplano diperkasakan dengan 8 buah enjin V-12 yang setiap satunya menghasilkan 400 kuasa kuda. Pesawat ini siap dibina pada tahun 1921. Sebuah penerbangan percubaan dilakukan pada tahun yang sama di Tasik Maggiore Itali. Malang bagi Giovanni Caproni, pesawat gergasi beliau ini hanya mampu terbang setinggi 18 meter sebelum terhempas dan pecah. Pesawat malang ini kemudian ditarik ke tebing tasik dan Giovanni bercadang membinanya semula untuk ujian percubaan pada masa akan datang. Nasib malang Giovanni datang bertimpa apabila pesawat ini terbakar secara tiba-tiba ketika disimpan di tepi tasik pada malam yang sama. Hampir keseluruhan pesawat menjadi abu dan Giovanni terus memadamkan impian beliau untuk membina pesawat penumpang gergasi. Sebahagian Noviplano yang terselamat dari kebakaran ini kini disimpan di Muzium Aeronautikal Giovanni Caproni yang terletak di Milan Itali.
Seorang lelaki Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Jan tekejut besar setelah mengetahui isteri beliau selama 19 tahun sebenarnya seorang lelaki. Jan berkahwin dengan Monica pada tahun 1993 selepas bertemu di Indonesia. Sepanjang perkahwinan Jan tidak mengesyaki apa-apa yang aneh dengan Monica kerana beliau mempunyai kitaran haid seperti wanita biasa. Selain daripada itu Jan juga mempunyai hubungan seks yang biasa dengan isteri beliau. Pasangan ini juga memang tidak mahukan cahaya mata kerana Jan sudahpun mempunyai dua orang anak dari dua perkahwinan sebelumnya
Masalah mula timbul apabila Monica mula bekerja sepenuh masa. Anak lelaki Jan menemui ibu tiri beliau di kelab malam berpakaian menjolok mata. Jan pula mula menemui "surat cinta" dari lelaki lain di dalam komputer milik Monica. Pada waktu yang sama anak lelaki Jan mula mendengar khabar angin Monica dahulunya seorang lelaki yang menjalani pembedahan pertukaran jantina.
Jan yang hilang sabar terus bertanya dengan Monica bagi mendapatkan kebenaran. Beliau terkejut apabila Monica mengesahkan khabar angin yang didengari anak lelaki Jan. Selama ini Monica berjaya membohongi Jan dengan meletakkan darah tiruan pada tuala wanita untuk memberikan ilusi beliau seorang wanita tulen.
Pasangan suami isteri ini sedang dalam proses bercerai dan Jan mahu menghalau Monica dari rumah milik mereka atas alasan penipuan yang melampau.Poor guy.......
Desert Lotus! Padang pasir bukanlah destinasi pelancongan tipikal bagi kebanyakkan individu. Suhu yang panas serta lokasinya yang jauh membuatkan ianya kurang digemari orang ramai. Ini adalah benar terutamanya dikalangan orang Malaysia yang melancong untuk shopping bukan untuk mendalami budaya masyarakat tempatan. Gurun Xiangshawan terletak 800 kilometer dari Beijing dan kerajaan China cuba menjadikannya destinasi pelancongan.
Hotel Lotus dibina bagi memudahkan pelancong berlindung dari kepanasan dan pada waktu yang sama menikmati pemandangan semula jadi Gurun Xiangshawan yang indah. Rekaan bunga lotus diambil kerana ianya hanya tumbuh di atas permukaan air. Ianya simbolik terhadap fungsi Hotel Lotus sebagai oasis buatan manusia di tengah lautan pasir. Hotel ini dijangka mula beroperasi Mac tahun hadapan. Sangat menarik. Kami tak pernah lagi bercuti di tengah padang pasir. Paling hampir kami kepada sebuah "padang pasir" ialah ketika tinggal di Tronoh dahulu. Ha ha ha.
Great Job Sanzaru ialah sebuah filem pendek arahan Adam Sinclair. Filem pendek ini bukan sahaja memaparkan cerita yang bertepatan dengan situasi keselamatan negara malahan ianya juga mempunyai visual yang cantik. Well done. Nampaknya pembikin filem pendek Malaysia semakin maju. Bagus!
Orang minyak kaukasus! Azerbaijian ialah sebuah negara majoriti muslim yang dahulunya merupakan sebahagian dari negeri di bawah Kesatuan Soviet. Negara ini kaya dengan minyak dan oleh itu sejak berabad lamanya terdapat amalam merendamkan diri di dalam petroelum. Spa Petroleum ini sangat popular dikalangan elitis ketika zaman Soviet. Jika anda ingin menikmati spa petroleum anda hanya perlu ke Naftalan, sebuah bandar 160 kilometer dari Baku,ibu negara Azerbaijian. Menurut penduduk Naftalan amalam merendamkan diri di dalam petroleum baik untuk kesihatan dan dapat melegakan kesakitan arthritis, rheumatism dan penyakit kulit. Seorang pesakit akan direndam di dalam tab mandi berisi 32 liter petrol bersuhu 40 darjah selsius selama 10 minit. Sungguhpun begitu doktor di barat merasakan amalm ni merbahaya kerana kandungan Naftalena yang tinggi di dalam petroleum Azerbaijian boleh mengakibatkan kanser. Mungkin sebab itulah anda hanya dibenarkan berendam sekali sehari selama 10 minit. Sesungguhnya sap petroleum Naftalan pastinya desitinasi pilihan orang minyak Malaysia!
Mari Bongkak Seorang gadis di China menunjukkan hadiah hari lahir beliau yang ke-21 di laman sosial Weibo. Hadiah yang diterima beliau dari bapa gla-gulanya memang unik dan at the same time sangat menjengkelkan. Tapi kami yakin kesemua gold digger di Malaysia pastinya mahukan bapa gula-gula seperti yang dimiliki gadis ini. Untunglah sugar daddy kaya!
Maps! Peta Indonesia ini ditemui di Restoran Waroeng Penyet. Adakah ini bermakna Sabah dan Sarawak adalah negeri di bawah jajahan takluk Indonesia? Kalau kesilapan ini berlaku di Indonesia dah lama kedutaan kita kena baling tahi dan warga kita mengalami keganasan di sana.
Tahukah anda? Tahukah anda bapa telefon moden Alexander Graham Bell pernah mencipta sebuah kapal terbang dengan kepak yang tidak konvensional. Bell mencipta pesawat yang diberi nama Aerial Experimental Association Cygnet. Secara keseluruhan 3 variasi Cygnet dihasilkan diantara 1907 dan 1912. Dari gambar di bawah anda pasti dapat melihat konfigurasi sayap Cygnet yang unik. Tidak seperti pesawat rekaan Adik Beradik Wright, Cygnet menggunakan sayap yang terdiri dari 3393 sel tehrahedral. Bell banyak melakukan kajian menggunakan layang-layang tetrahedral. In fact Graham Bell jugalah yang mencipta layang-layang berbentuk terahedral ini. Bell merasakan jika sebuah layang-layang boleh terbang dengan menggunakan sel tehrahedral, mungkin sebuah pesawat boleh dihasilkan dengan menjadikan sel-sel tehrahedral sebagai sayap. Cygnet memulakan hidupnya sebagai sebuah glider tanpa pesawat. Ianya ditarik dibelakang sebuah kapal stim. Ianya berjaya diterbangkan tetapi mengalami kerosakan ketika cubaan pendaratan. Sungguhpun begitu Bell meneruskan eksperimen meletakkan seorang juruterbang. Pada 6 Disember 1907, Thomas Selfridge menerbangkan Cygnet yang ditarik di belakang sebuah motorbot. Ia berjaya terbang setinggi 51 meter sebelum musnah ketika pendaratan. Masalah yang dihadapi oleh Cygnet ialah ianya mudah diterbangkan tetapi hampir mustahil untuk didaratkan. Thomas Selfridge terselamat ketika pendarat Cygnet dan kemudian bekerja dengan Adik Beradik Wright. The sad thing is Thomas Selfridge kemudian meninggal dunia ketika menerbangkan sebuah Wright Flyer pada tahun 1908 . Beliau menjadi individu pertama yang terkorban ketika menerbangkan sebuah pesawat. Bet you guys don't know that! Anyway Bell meneruskan percubaan menjadikan Cygnet sebuah pesawat yang boleh digunakan secara komersil dengan menghasilkan Cygnet II dan Cygnet III. Kedua-dua variant Cygnet ini dilengkapi dengan ski dan roda bagi memudahkan proses pendaratan. Tidak seperti Cygnet I, kedua-dua versi Cygnet baru ini gagal terbang. Cygnet III hanya mampu "terbang" setinggi 2 kaki! Bell akhirnya menamatkan projek Cygnet apabila Cygnet III mengalami kerosakan sayap yang teruk pada tahun 1912. So now you know two things. 1. Alexander Graham Bell pernah mencuba untuk menghasilkan sebuah kapal terbang dengan sistem sayap yang aneh 2. Thomas Selfridge ialah individu pertama yang meninggal dunia dalam kemalangan pesawat berkuasa dunia. Kubur beliau boleh dilihat di Tanah Perkuburan Arlington, Virginia
China win! China memang power dalam menghasilkan produk tiruan. Sejak dua menjak ini mereka mampu menghasilkan produk hibrid. Tahun lalu ada kami paparkan Goophone, sebuah peranti Android yang mempunyai rupabentuk fizikal sebuah iPhone 4. Hari ini mari kita lihat Lavi S21i , sebuah ImacDows 8 dari China. Ia kelihatan seperti sebuah iMac tetapi menggunakan sistem operasi Windows 8. Lavi S21i mempunyai skrin 21 inci beresolusi HD Penuh, 4GB RAM, HDD 500 GB, SSD 128 GB dan polihan pemproses i3 ataupun i5. Berbeza dengan iMac sebenar, Lavi S21i adalah sedikit tebal Secara ikhlas ianya masih nampak quite ok. Kalau nak jadikan komputer melayar web ok je kot.
Longitude 130 Perkemahan jarang kita kaitkan dengan kemewahan. Bila berkemah kita selalunya bertilamkan lantai hutan dan berbantalkan lengan. Tetapi jika anda mahukan pengalaman berkhemah secara mewah anda boleh pergi ke Longitude 131 di Australia. Ianya terletak di dalam Taman Negara Uluru-Kata Tjuta dan terdiri dari 15 "khemah" mewah. Anda dapat menikmati pemandangan indah Ularu Rocks dan menghirup udara yang bersih tanpa penceramaran. Here is the catch though, harga penginapan semalam bermula dari AUSD 2070 (RM 6621).
Kerja anda sucks? Bosan dengan kerja anda yang tidak mendatangkan kegembiraan? At least kerja anda bukan yang disenaraikan di bawah. Kalau ada takziah dari kami
Hadiah anak kepada ayah Donirosset ialah kereta lumba jalanan pertama yang dihasilkan dari bumi Samba Brazil. Ianya hadiah William Denis Rosset untuk bapa beliau Dinino Rosset. William menggaji Fernando Morito dari AmoritzGT untuk menghasilkan kereta lumba ini. Hanya 50 buah kereta ini akan dihasilkan dan setiap satunya dijual dengan harga USD 1 Juta (RM 3 Juta) sebuah. Donirosset diperkasakan dengan enjin V10 8.5 liter dwi-turbocharger dari sebuah Dodge Viper yang mampu menghasilkan 1007 kuasa kuda! Konfigurasi pemanduan Donirosset adalah seperti sebuah McLaren F1. Pemandu menduduki posisi tengah dengan dua orang penumpang duduk dibahagian belakang.
Oh yeah! Modern Family ialah siri TV yang kami suka tonton apabila bosan. Apart from the awesomeness of the comedy, the show also featured some hot actresses. One of em is Sarah Hyland. Nice! Enjoice!
Feast your eyes on some of the most grooviest cover albums from days gone by. Zaman sekarang cover album ialah sesuatu yang rare kerana orang ramai dah tak beli album. Semua pakai download. Cheapos!
CasAnus Casanus ialah sebuah rumah tumpangan di Antwerp Belgium yang dibina untuk kelihatan seperti sebuah rektum lengkap dengan lubang dubur. Casanus direka oleh artis Belgium Joep Van Lieshout sebagai sebuah arca yang mempunyai fungsi. Jika anda mahu menginap di dalan Casanus anda perlu membayar Euro 120 (RM 476) semalam. Bukan selalu anda dapat tinggal di dalam rektum. IN B4 "Literally a hotel worthy of an assholes"
All is FAIR in Love and War? Mari lihat kemapuan persenjataan milik golongan militan Palestin vs kemampuan ketenteraan Israel. Juga lihat berapa ramai korban yang terhasil dari serangan kedua-dua pihak ini. At the end of the day who won?
Alhamdulillah! Kalimah Najib ini kelihatan di sebiji buah yang dipamerkan di MAHA2012. Adakah ini bermakna Dato Seri 1Malaysia ialah pemimpin ajaib sehingga buah pun mempunyai kalimah nama beliau? Ini lebih ajaib dari penampakanDara Mary di tingkap hospital atau sejadah solat. Jelas dan terang kalimah najib ini dan tidak samar-samar. #JanjiDitepati.... nama dibuahi!
Muzium biasanya sebuah bangunan yang bosan. Sebagai contoh Muzium Telekom di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Nampak macam hidup segan mati takut sakaratul maut betul. Di Korea Selatan ada Jeongok Prehistory Muzium yang nampak sangat moden. Kami gemar melawat muzium tetapi kami yakin golongan muda tak minat ke muzium kerana ianya tidak semenarik pusat membeli belah. I think if we have muzeums that look as cool as Jeongok Prehistory Muzium we can make kids want to go to them. Muzium ini kelihatn seperti sebuah cacing robot gergasi dengan bentuk yang organik. Rekaan dalamannya juga menggunakan pencahayaan semula jadi dan terang. Tak macam Pusat Sains Negara yang boleh kami katakan sangat malap. So sad.
Kalau kita tak malu mempunyai kumpulan M-POP yang meniru kumpulan K-POP apa salahnya kita ambik a few tips dari Korea Selatan bagi menghasilkan muzium yang lebih menarik.
Bin Filem ataupun nama sebenarnya Ridhwan Saidi ialah novelis tempatan kegemaran saya. Novel beliau Cekik dan Amerika adalah dua karya yang menyeggama minda. Jadi tidak pelik jika filem pendek beliau juga senggama minda. Anda paham tak mesej yang cuba disampaikan? Jika paham bagus. Kalau tak paham tunggu hujung bulan di PWTC. Then anda akan paham #LULZ
Snakeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee Permainan komputer Metal Gear Solid 3 sudahpun terjual lebih 8 tahun yang lalu. Dalm jangka masa 8 tahun ini ada beberapa patung aksi dihasilkan bagi membolehkan Metal Gearfag seperti kami mempunyai a piece of Naked Snake in our hands. Hot Toys menghasilkan sebuah patung aksi Naked Snake mereka sendiri dan inya didatangi dengan kesemua aksesori yang diperlukan Snake untuk menentang Shagohod dan The Boss. Sungguh cool. Lengkap dengan kotak kadbod itu yang paling tak boleh blah sial.
Cepat betul ubah muka Naharoms......semua nama dan muka tak berpadanan. Beckham dengan Henry pun tak boleh bezakan ke? God damn! Edison Cavani tetiba jadi seorang Afrika!
Kedai VTEC Fujiwara Speedshop Type One ialah sebuah bengkel tuning kereta yang sangat menarik yang terletak di Tokyo. Tidak seperti bengkel yang biasa kita lihat di Malaysia, bengkel kereta ini direka untuk kelihatan seperti sebuah pusat pameran kereta. Ini dilakukan bagi membuatkan pelanggan bengkel ini merasakan seperti kereta mereka adalah istimewa dan sesuai diletakkan di sebuah pusat pameran.Ianya rekaan firma Torofu Architech.
Sempena Jumaat Sempena hari jumaat yang suci ini mari kita lihat bagaimana arak dan juga dadah yang dirampas pihak penguasa Pakistan dimusnahkan.Dadah dan arak yang diseludup dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar. Kami kerap kali menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di Malaysia juga kita hanya dapat melihat dadah dimusnahkan tetapi arak setahu kami tak pernah lagi kami lihat dalam laporan berita. Well now you know how it looks like!
OldSkool Zaman sekarang ramai diantara kita yang mencari jodoh menggunakan media sosial. Saya sendiri menemui teman hidup menggunakan laman Twitter. Bagi warga emas mereka mungkin tidak arif menggunakan laman sosial dan terpaksa melakukannya dengan cara oldskool. Iklan di bawah adalah salah satu contoh mencari jodoh cara oldskool. Menginatkan kami kepada zaman muda-muda dahulu mencari sahabat pena melalui ruangan iklan majalah. Good times!
Need for Speed Beberapa tahun yang lalu ada sebuah permainan komputer bernama Need For Speed Most Wanted Black Edition. Dalam edisi Black Edition ada beberapa kenderaan bonus dengan kelajuan maksimum lebih tinggi. Well you know what? Mercedes Benz akan mengeluarkan AMG SLS Black Edition, ia merupakan SLS AMG dengan penaiktarafan kemampuan enjin bagi memberikan prestasi yang lebih tinggi dari edisi AMG SLS biasa. Ia diperkasakan dengan ejin 6.3 Liter V8 dengan 622 kuasa kuda. Berat keseluruhan kenderaan ini hanya 1550 kilogram dan ini membenarkan AMG SLS Black Edition memecut sehingga 315 kilometer sejam. Kenderaan ini akan diperlihatkan secara rasmi di Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles tidak lama lagi. Harga sebuah AMG SLS Black Edition dikatakan bermula dari USD 400 000 (RM 1.2 Juta) sebuah dan akan terjual pertengahan 2013. Sila booking kalau anda kaya.
Awesome! Inilah istana Maharaja Perancis yang merupakan kompleks istana terbesar di Eropah. Ianya sangat mewah dan menelan belanja yang besar untuk dibina. Oleh kerana pembaziran dan kehidupan penuh ekstravagan pihak pemerintah, King Louis ke-16 akhirnya mati dipancung Gillotin ketika revolusi Perancis
Oleh itu pihak pemerintah janganlah sibuk membina istana besar yang mewah jika ada rakyat yang hidup serba kekurangan. Ini adalah tidak sensitif. Jika mahu juga membina istana gergasi jangan mengeluh jika golongan proletariat bangkit. Ingatlah sejarah. Jangan lupa diri.
Sepit sepit... Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kami yakin anda pernah melihat gambar penumpang keretapi Jepun yang dipadatkan kedalam gerabak oleh penjaga platform bagi membenarkan pintu gerabak ditutup. Michael Wolf, seorang jurugambar dari Jerman mengambil gambar-gambar di bawah untuk siri foto beliau yang diberia nama Tokyo Compression. Adakah anda sanggup menaiki keretapi jika setiap hari anda harus berhimpit seperti warga Tokyo? Kami yakin ramai Malaysian tak sanggup kerana hidung tinggi. Terlalu sombong dengan kereta sub standard yang diberi pada harga 200% lebih mahal dari biasa!
Brad Pitt the Carpenter? Siapa sangka pelakon kacak Brad Pitt mempunyai minat mereka perabot kontemporari.Brad Pitt bekerjasama dengan Frank Pollaro untuk menghasilkan perabot art deco di bawah. Brad and Frank mula bekerjasama sejak 2008 apabila Frank menghasilkan sebuah meja custom made untuk Brad. Beliau menyedari Brad mempunyai beberapa lakaran perabot yang lain. Frank menawarkan diri untuk menjadikan kesemua lakaran Brad menjadi realiti.
Komrad Bola! Persatuan Kenasepak China sedang mengalami pergolakkan kerana prestasi pasukan negara mereka yang tidak memuaskan. Tambah menyedihkan liga kebangsaan China dibelenggu masalah rasuah yang kronik sehinga menyebabkan beberapa ahli eksekutif CFA (Chinese Football Association) terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal yang terlalu banyak. Bagi memulihkan nama CFA dan prestasi bolasepak negara yang meruduh, pihak CFA dikatakan menggaji seorang pakai Feng Shui untuk melihat sama ada beliau boleh membantu. Menurut pakar Feng Shui orientasi bangunan CFA sekarang menghadap ke barat laut dan tenaga CHI yang mengalir mengakibatkan ahli CFA yang bekerja di dalam bangunan ini menjadi kaki judi tegar. Seperti biasa peminat bolasepak China langsung tidak menerima alasan yang diberikan oleh CFA dan menganggap usaha membetulkan aliran CHI oleh pakai Feng Shui ini ialah langkah membuang masa untuk membaiki mutu bolasepak negara. Sungguh kelakar. Rakyat China pun tak boleh nak terima alasan yang diberikan oleh persatuan bolasepak negara mereka. Di Malaysia apabila pasukan negara kalah asyik JURULATIH yang dibuang kerja tetapi ahli Persatuan Bolasepak Malaysia terselamat dari dibuang. At least in China ada ahli eksekutif yang malu dan sanggup meletakkan jawatan. Di Malaysia? I dunno liao!
Ninjas with onions... damn you! So sad........ I am not gonna say nothing. Ibu yang cedera akibat serangan Zionis menyanyi untuk untuk menidurkan anak beliau yang juga cedera. I am gonna go to a corner and cry now...
Tahukah anda meja bersalin yang diguna pakai sekarang asalnya sebuah kerusi yang boleh disandarkan. Ianya digunakan sekitar 1800 oleh golongan berada. Sungguhpun begitu kerusi ini masih nampak tidak selesa untuk digunakan kaum ibu. Sesungguhnya kita bersyukur hidup dalam zaman moden.
Vroom Vroom! Kereta polis Amerika biasanya kereta cikai yang tidak mempunyai kuasa kuda secukupnya untuk memecut seperti pelesit. Di Beverly Hills sebuah Ferrari FF diubah suai menjadi sebuah kereta polis untuk sebuah kutipan amal bekas polis Beverly Hills. Nampak agak bad ass. Shame it is not the real thing tidak seperti Lambo Polis yang boleh ditemui di Itali
Pak Tetris Sebelum ini ada kami paparkan bangunan ala Tetris di Korea Selatan. Hari ini mari kita lihat Pewiri 88 yang akan dibina di Jakarta yang kelihatan seperti bongkag Tetris juga. Ianya bangunan pelbagai guna setinggi 400 meter dengan 88 tingkat. Ia akan menempatkan apartment, pejabat, pusat membeli belah dan laman hijau. Dari jauh ia kelihatan seperti taman tergantung Babylon edisi moden. Keseluruhan bangunan ini direka oleh firma jurubina MRVDV. Sangat cool. IN B4 "Indo maling Tetris!"
Di China ada sebuah ladang penternakkan babi yang memaksa babi mereka terjuan setiap hari dari sebuah platform. Si pemilik ladang mengatakan daging babi mereka lebih sedap kerana babinya lebih bersih dan bersenam. Apparently daging babi yang bersenam lebih sedap. I wouldn't know.
DO WANT! I need this! Dari dulu kami mahukan patung aksi Nicola Tesla, Michio Koku, Neil Degrasse Tyson, Richard Dawkins dan Nicola "Fucking Coils" Tesla. Ianya dihasillkan oleh pengguna DeviantartDatazoid. Awesome.
Kanopi pejalan kaki di bawah ialah kanopi pejalan kaki terbesar di dunia. Ianya terletak di Taman Negara Hutan Bavaria di Neuschonau Jerman. Ianya sebuah kanopi pejalan kaki berbentuk telur sepanjang 500 meter dan setinggi 44 meter. Pengunjunag hanya perlu membayar Euro 8 (RM 32) untuk menikmati pemandangan yang menarik dari walkway yang unik ini.