Monday 10 September 2012

Serius Cool - Teknologi Kerusi Roda Sukan Paralimpik (16 Gambar)


Cool stuff

Antara berita paling inspirational minggu lalu ialah kemenangan bekas pemandu kereta F1 Alessandro Zanardi (45) di dalam acara lumba basikal H4 Sukan Paralimpik London. Zannardi kehilangan kedau-dua belah kaki beliau pada tahun 2001 apabila kereta beliau dirempuh di dalam kemalangan Champ Car pada kelajuan 350 kilometer sejam. Kereta yang dipandu Alex Tagliani merempuh ruang kokpit Zanardi dan memancung kedua-dua belah kaki beliau serta merta. Zanardi hampir meningal dunia akibat kehilangan darah yang banyak tetapi beliau berpantang maut sebelum ajal. Setahun selepas kemalangan itu beliau kembali berlumba dengan menggunakan kaki palsu. Beliau terus berlumba di dalam acara kereta sehingga bersara pada tahun 2009. Selepas bersara beliau menumpukan seluruh tenaga beliau ke pada sukan lumba basikal orang kurang upaya. Kemenangan beliau pada usia 45 tahun membuatkan orang cukup upaya seperti kami di Blogserius rasa seperti bloody wasters!

Alang-alang sudah melihat basikal khas yang digunakan oleh Alessandro Zanardi, mari kita lihat beberapa lagi jenis basikla dan kerusi roda khas yang digunakan atlit sepanjang Paralimpik. Kesemua kerusi roda dan basikal khas ini dibina secara custom made untuk setiap atlit bagi memastikan keselesaan maksimum. Ianya juga menggunakan teknologi termutakhir dan setanding dengan teknologi yang digunakan atlit normal. Syabas kepada atlit paralimpik yang masih mahu bersukan walaupun kurang upaya!

Apa alasan anda? Banyak sangat layan Anime? Malas? Mendak? Jom! Jadikan Alessandro Zanardi sebagai mangkin kepada kehidupan kita yang lebih sihat!







Laporan asal DeZeen

9 comments:

  1. for the 1st pic..not sure was the bike is really light or his arm was really strong??=)

    ReplyDelete
  2. tapi menang perak pun tak dapat pencen seumur hidup mcm LCW dan Pandalela... sungguh diskriminasi...

    ReplyDelete
  3. La..dok tengok WTCC ingatkan Alex Zanardi ni normal ex-F1 driver..rupanya at that time pun dia dah race tanpa kaki sebenar..padahal WTCC ni main cucuk belakang kaw2 punya..respect!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails