Monday, 3 September 2012

Serius Cool - Oasis of The Sea : Kapal Penumpang Terbesar Dunia (19 Gambar)


Titanic? No way


Oasis of the Sea dan kapal kembar nya Allure of The Sea ialah kapal penumpang terbesar di dunia dengan kapasiti sebanyak 6296 orang penumpang. Kapal gergasi ini sepanjang 361 meter , selebar 65 meter dan setinggi 72 meter. Kesemua anak kapal dan penumpang ditempatkan di dalam 16 geladak kapal seberat 225 282 tan ini. Bandingkan Oasis of The Sea dengan Titanic yang hanya sepanjang 269 meter dan seberat 46 328 tan dan menempatkan 2435 penumpang. Titanic juga hanya mempunyai 892 orang anak kapal berbanding 2394 orang anak kapal di atas Oasis! Holy!

Kapal ini mempunyai 5 buah kolam renang, sebuah pusat membeli belah seluas 10 000 kaki persegi, kabin dengan balkoni serta amfiteater pada bahagian buritannya. Ianya mula dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009 dengan kos sebanyak USD 1.4 Billion!

Tidak seperti Titanic, Oasis of the Sea dilengkapi 18 bot keselamatan yang mampu menampung 6660 orang penumpang beserta rakit getah tambahan. Jika Oasis bertembung dengan iceberg kesemua anak kapal dan penumpang isnyallah selamat. Tetapi anda tak perlu risau tentang iceberg kerana Oasis of The Sea hanya beroperasi di kawasan air panas Caribbean!






Laporan asal OasisOfTheSea

 

13 comments:

  1. dlm kapal ni ada leonardo di caprio lukis gambar kate winslet bogel tak?

    ReplyDelete
  2. sebagai pelajar perkapalan aq agak tersentuh dengan words yg ko pakai...ade ke burit kapal...sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. burit kapal dalam bahasa melayu. dalam english buttock line. :)

      Delete
  3. burit kapal dalam bahasa melayu. dalam english buttock line. :)

    ReplyDelete
  4. aku sebenarnya mampu nak bayar tiket naik kapal ni...tapi aku ni mabuk laut..... ahahahahahahahaha!!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails