Friday 8 February 2013

Serius Cool - Otsuka-Gofukuten : Kedai Kimono Moden Di Jepun (15 Gambar)


Mengekalkan tradisi

Di Malaysia pemakaian baju kurung dan baju melayu ke tempat kerja ialah sesuatu yang biasa kita lihat. Ini berlainan dari apa yang berlaku di Jepun dimana Kimono kini hanya dipakai ketika majlis-majlis tertentu sahaja. Antara sebab mengapa kimono pupus sebagai pakaian harian ialah kerana harganya yang mahal dan kesukaran untuk membelinya.

Yusuke Seki, seorang pereka fesyen Jepun mahu kimono dipakai setiap hari oleh wanita Jepun dan beliau membuka sebuah kedai kimono di Kyoto. Kedai kimono Otsuka-Gofukuten menjual kimono pada 3 tahap harga mengikut kemampuan pembeli. Rekaan dalamannya pula terbuka bagi memudahkan pembeli memilih fabrik, mencuba kimono dan menghasilkan suasan lebih ceria berbanding kedai kimono tradisional.  Kedai ini sangat cantik 

Kami tak tahu pula Kimono kini semakin jarang dipakai. Malaysia bernasib baik kerana baju kurung masih lagi menjadi pakaian pilihan kebanyakkan pekerja wanita. In fact kedai baju kurung berlambak-lambak. Mari kekalkan pakaian tradisional kita!



Laporan asal DeZeen

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails