Wednesday 12 September 2012

Serius Sadis - Amalan Melaga Anjing Di Kazakhstan (24 Gambar NSFW)


Sedih! Barbarik!

Di Malaysia kita ada budaya melaga ayam yang kami difahamkan kini sudahpun diharamkan oleh kerajaan. Ayam sabung ditajamkan tajinya dan ada juga taji digantikan dengan kaca yang diikat. Kali terakhir kami nampak perlawanan sabung ayam ialah 20 tahun yang lalu di Kedah. Kami ingin percaya amalan perjudian yang barbarik ini sudah pupus tetapi kita semua tahu somewhere ada nakharom yang masih melakukannya.

Di Kazakhstan terdapat budaya melagakan anjing yang diamalkan masyarakat luar bandar. Budaya melagakan anjing ini sudah wujud beratus tahun lamanya sebagai pentas untuk menunjukkan siapa yang mempunyai anjing perang yang paling bontot jahat. Anjing dari baka Wolfhound dibela dan kemudian dilagakan untuk tujuan perjudian. Di Kazakhstan melagakan anjing dilarang tetapi tiada undang-undang rasmi mengharamkan aktiviti kejam ini. Gambar di bawah diambil oleh Maxim Zolotukhin di sebuah kgelanggang laga anjing yang terletak1 15 kilometer dari Almaty.

Anjing ditimbang sebelum dilagakan mengikut kelas-kelas tertentu. Terdapat dua jenis laga anjing disini. Pertama ialah laga sehingga salah seekor anjing mengalah dan satu lagi melagakan sehingga seekor anjing lagi mati dibaham. Apabila anjing enggan bergaduh batang kayu digunakan bagi membuatkan anjing yang sepatutnya berlaga menjadi angresif dan menggigit. Kemenangan dicatatkan apabila salah seekora anjing yang berlaga cuba melarikan diri, tidak mampu lagi bergaduh atau menjadi submissif kepada anjing yang menyerang.

Walaupun laga anjing ini barbarik, pihak penganjur menyediakan khidmat veterinar bagi merawat kecederaan yang dialami anjing peserta. Menurut vaterinar yang ditemuramah anjing yang cedera boleh kembali bertanding seminggu selepas itu.

Kami di Blogserius sukakan anjing. Jika tiada halangan agama kami memang dah lama bela seekor Golden Retriever pasal anjing dari baka ini bijak dan awesome. Kami berharap kerajaan Kazakhstan dapat meniru kerajaan Malaysia dalam mengharamkan amalam laga anjing dikalangan penduduk luar bandar Kazakhstan. Kita dua negara yang bakal berbesan. Ada baiknya kita mempunyai shared value yang kompatibel. Kamon Presiden Nazarbayev! Be a man and do the human thing!









Laporan asal VoxPopuli

24 comments:

  1. golden retiever? kantoi obe layan citer homeward bound mase kecik2...

    ReplyDelete
  2. Boleh buat laga babi pulak lepas ni.. perut babi mana yang kena rodok dulu, dia kalah..

    ReplyDelete
  3. bila aku nak dapat 1st ni...

    ReplyDelete
  4. In b4, boleh ke orang Islam pegang anjing?

    ReplyDelete
  5. 2nd last picture..he's crying inside. :(

    ReplyDelete
  6. Nak pegang ke,nak peluk ke,takde hal...tapi kena samak laa~

    ReplyDelete
  7. aku teringin nk pegang hanjeng..so pegang pakai glove pun jadilah

    ReplyDelete
  8. to obe. islam tak larang pun bela anjing. boleh bela. kalau sentuh kena samak. itu jer sebab jumhur ulama kata anjing tu najis kecuali mazhab maliki yang tidak menghukum najis.kesimpulannya boleh untuk bela anjing bg tujuan menjaga ternakan dan nemburu.

    ReplyDelete
  9. bela sampai besar then laga sampai mati . takde faedah . lepas ni bela la anak then dah besar laga kan

    ReplyDelete
  10. bila hanjeng menganjing anjing. stupid.

    ReplyDelete
  11. owhhh i cant see this ..... doggies why u no born in malaysia !!

    ReplyDelete
  12. Pertandingan yang sia2 sahaja dan kejam..dari laga2 anjing baik tengok lumba kuda..ade faedahnya..hahahaha

    ReplyDelete
  13. patut geng anjing tu pakat gigit tuan dia...

    ReplyDelete
  14. Kat Malaysia ada ikan laga. Ramai jugak yang bertaruh.....Hehehehe. Adakah ini kurang kejam ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kurang! kejam jugak. suka2 je memperkotakkatikkan haiwan.

      Delete
  15. sakai, dapat first pon bangga ker hahahaha puiiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails