Wednesday, 12 September 2012

Serius Konsep - Motosikal Dengan Roda Berbentuk Sfera (12 Gambar)


Motor Bebola


Motor ialah sebuah kenderaan yang tidak stabil dan sebenarnya merbahaya untuk digunakan. Tetapi apa kan daya kerana motorlah sistem pengangkutan paling konvenien digunakan di Malaysia. Senang nak cilok dan minyak jauh lebih murah berbanding kereta. Bagi orang yang mempunyai masalah inner ear seperti kami, menunggang basikal dan motosikal adalah hampir mustahil. Kami tak boleh balancekan bada. Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh manusia cacat seperti kami jika mahu menunggang motor?

Memperkenalkan Spherical Drive System yang sedang dihasilkan oleh seorang pelajar kejureteraan dari Universti San Jose California. Motosikal ini menggunakan dua buah bebola sfera sebagai ganti kepada roda. Motosikal ini berbeza dari motosikal konvesnional kerana ianya sangat stabil dan tidak memerlukan tongkat untuk berdiri tegak. Ianya seperti sebuah SEGWAY yang mampu menstabilkan dirinya ketika bergerak maupun posisi statik. Roda dipusingkan dengan menggunakan motor elektrik. Dari segi teori setiap tayar motor boleh digerakkan ke mana-mana arah mengikut kehendak penunggang. Ini bermakna motoriskal ini mempunyai turning circle yang kecil seterusnya lebuh manovarable. Buat masa ini hanya prototaip motosikal ini berjaya disiapkan. Kita harus menanti selama setahun sebelum boleh melihat sama ada konsep boleh menjadi realiti. Blogserius akan terus memaparkan berita terkini projek ini di masa hadapan






Laporan asal Spherical Drive via REDDIT

19 comments:

  1. stable ???
    cam hanco je

    ReplyDelete
  2. Michelin & Bridgestone tak approve projek ni

    ReplyDelete
  3. kalo market kat mesia...hancur la jln...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa bukan hancur jalan tapi sistem brake macam mana. habis la bola tu bergarit-garit?

      Delete
  4. so seluruh sferea itu adalah getah? kat mana nak cucuk besi pegang tayar tu, atau guna kuasa magnetik? byk benda diorang nak kena study lagi ni... tapi kalau ada awek cun bertenggek atas motor tu confirm projek ni siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tgk kat design tu betul2, sfera tu tak dicucuk ngan besi, tapi dipegang oleh beberapa biji bearing yang akan control arah sfera tu nak pusing

      Cons: kalau ada pasir ke melekat kat sfera tu, bearing tu tentu jam & rosak. Bearing surface wear & tear is the biggest issue.

      Delete
  5. x guna jugak sbb susah nk cilok...baik xyah

    ReplyDelete
  6. looks like motor nie utk budak2 pun ade..
    okay je tgok motor nie tegak takde tongkat pon ~haha

    ReplyDelete
  7. aritu aku ada baca pasal motor self balance. x ingat kat mana . dah siap dah prototype dia. designer org jepun. rider duduk dalam kopit dan drive pakai steering mcm kereta

    ReplyDelete
  8. Tak boleh nak ciluk aaahhh tetapi idea memang kreatif tahniah, 7 bintang diberikan.

    ReplyDelete
  9. Cheaper solution kan ada, tambah je tayar kat tepi tu jadi 4. pastu dah ada orang cipta motor gyro yang boleh balance dengan sendiri.

    ReplyDelete
  10. Obe, aku suggest ko beli Tuk-tuk. Xder masalah balancekan badan. Masih gak boleh cilok-cilok kan ? Hahahahahaha.

    ReplyDelete
  11. macam mana nk clamp tayar moto ni kalo parking haram. huahuahua. dbkl sila invent clamp model baru :D

    ReplyDelete
  12. tayar xde bunga n xleh wat lap sampai cecah lutut..huhuhu

    ReplyDelete
  13. situasi standart:

    bila sesuatu teknologi masih dalam perancangan dan belum siap:-
    Buruk giler design.tak efisyen langsung.tak logik la.sia-sia je usaha.x guna jugak sbb susah nk cilok...baik xyah.cam hanco je.

    suatu masa,teknologi tu berjaya setelah melalui pelbagai proses R&D:-
    wau!cool giler.memang genius.owh,camtu rupenye sistem brek dia..bijak2.oh my god,stabil rupenye motor ni..i ingtkan tak stabil..memang inovatif sangat.wah,smart giler design..huhu,tp apakan daya,mampu tgk je..tak mampu beli.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails