Thursday 13 September 2012

Serius - Bill Moggridge Bapa Komputer Riba Meninggal Dunia (13 Gambar)


Thanks Bill!

Kami di Blogserius gemarkan FIRST. Oleh sebab itulah kami membenarkan anda mengomen FIRST!11!1!! di ruangan komen setiap hari. Sebelum ini kami ada paparkan Philippe Kahn, bapa telefon berkamera pertama dunia. Hari ini mari mengnali Bill Moggridge yang diberikan kredit sebagai bapa komputer riba pertama dunia.



Bill Moggridge baru sahaja meninggal dunia sabtu yang lalu akibat kanser pada usia 69 tahun. Tidak seperti Steve Jobs tidak ramai orang mengenali siapa Bill Moggridge.
Bill Moggridge dilahirkan pada tahun 1943 di London England dan beliau bertanggungjawab menghasilkan GRiD Compass 1101, komputer riba pertama yang menjadi template kepada kesemua komputer riba yang anda lihat hari ini. Beliaulah yang pertama mencipta komputer riba dengan skrin yang boleh dibuka tutup (yang kini dipanggil sebagai CLAMSHELL) seperti sebuah buku pada tahun 1979. Sungguhpun begitu GRiD Compass hanya mula dijual secara komsersil pada tahun 1982.



GRiD Compass ialah sebuah komputer yang diperkasakan oleh pemproses Intel 8086, RAM sebanyak 340 kilobyte, modem 1200 bps dan skrin dwi warna sebesar 6 inci dengan resolusi 320x240 pixel. Kerana mahu menjimatkan saiz,anda perlu menggunakan cakera keras dan floppy 360K 5.25 inci luaran! GRiD Compass 1101 juga merupakan komputer riba pertama yang dibina menggunakan aloi magnesium bagi mengurangkan beratnya.



Sebelum ini "komputer mudah alih" yang ada di pasaran dibina menggunakan plastik. Penggunaan aloi mangnesium juga membolehkan GRiD Compass berfungsi tanpa menggunakan sistem penyejuk aktif kerana seluruh kerangka magnesiumnya berfungsi sebai sinki haba. Ketika muncul di pasaran, GRiD Compass 1101 ialah komputer riba paling ringan di dunia dengan berat sekitar 5 Kilogram. Komputer riba lain sebelum ini mempunyai berat sekitar 11.1 Kilogram. GRiD Compass 1101 menggunakan sistem operasi GRiD-OS tetapi ianya juga menggunakan MS-DOS.



Kerana buatannya yang lasak dan "ringan" pada ketika itu, GRiD Compass 1101 ialah komputer riba pilihan jabatan kerajaan di Amerika Syarikat. Harga sebuah GRiD Compass ialah diantara USD8000-10000 sebuah bergandtung kepada konfigurasi pembelian dan ianya sangat amatlah mahal.Ianya komputer riba pertama yang dibawa naik ke angkasa lepas pada tahun 1985. Ia juga digunakan oleh tentera payung terjun dan pasukan khas Amerika untuk melaporkan pergerakan musuh secara terus. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan GRiD Compass 1101 ialah komputer mudah alih (Doomsday Football) yang digunakan oleh Presiden USA untuk mengawal penggunaan senjata nuklear jika perang meletus dengan Kesatuan Soviet.



Selepas syarikat GRiD jatuh muflis pada tahun 1988, harta syarikat serta patennya dimiliki oleh syarikat TANDY. Tandy menyedari GRiD memegang paten untuk rekaan komputer riba clamshell dan mula menyaman syarikat komputer lain yang menggunakan rekaan yang sama. Ini mungkin merupakan kes saman paten terawal dunia teknologi komputer.

Ketika masih wujud, GRiD tidak pernah meminta syarikat pengeluar komputer riba lain membayar lesen menggunakan paten milik mereka. Hanya selepas mereka tidak wujud Tandy pula yang agresif meminta bayaran hak milik rekaan. Sungguh ironi.
Bill Moggridge punya susu Tandy dapat wang besar!

Sungguhpun begitu jangan berasa sedih untuk
Bill Moggridge. Beliau menerima pelbagai anugerah di atas rekaan beliau ini. Beliau juga antara pengasas firma rekaan industri ternama dunia IDEO pada tahun 1991. Kini anda tahu siapa bapa komputer riba clmashell pertama dunia. Terima kasih Bill Moggridge!




Diolah dari sumber asal Wikipedia dan OldComputers

12 comments:

  1. Replies
    1. 1st la kote. obe kata first! nah kote kecik. takut koyak kang
      8-o

      Delete
    2. ketika membaca artikel ini dan membaca fakta berat 5kg komputer ini, ia mengingatkan saya pada banyak filem aksi 80'an yang banyak menggunakan komputer riba jenis ini sebagai penyedap plot. hanya Chuck Norris yang larat kelek laptop 5kg ke hulu ke hilir ketika itu.

      Delete
  2. tpo ah ko obe.. steve jobb yg reka laptop la babi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. babi sial anak haramm atok nenek ko steve job! ckp pakai otak bukan pakai konek!

      Delete
    2. ada makhluk kote kena troll tapi hidup terlalu naif untuk menyedari hakikat dia si anak gampang.

      nah kote
      8==D

      Delete
  3. Banyak ke'kote'an yang bermain-main di post yang satu ni...aiseh

    ReplyDelete
  4. Itu kat tempat dia, di tempat kita TOP IT

    hahahahahahah


    Serius Peluang Perniagaan - Kami telah banyak membantu usahawan online
    ........................................
    JANGAN KLIK KALAU TIDAK BERMINAT

    ReplyDelete
  5. nasib la bill gates tak panjangkan isu paten komputer riba yg pertama ni, kalau tidak mesti kita semua hanya pakai laptop brand tandy yg pernah dipakai oleh awek cun gila babi.

    ReplyDelete
  6. weh buasir otak....ko xyahla selitkan link blog ko...tak pernah miss bile mengomen...aku masuk gak blog ko....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh terima kasih kerana melawat blog ana... mohon tinggalkan komen

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails