Thursday, 9 January 2014

Serius Cool - BiblioTech library : Perpustakaan Digital Pertama Dunia (15 Gambar)


Semuanya digital

Sejak kebelakangan ni jualan buku fizikal di Amerika Syarikat semakin berkurangan kerana pengguna lebih gemar membeli buku edisi elektronik. Selain daripada itu buku digital dijual pada harga yang lebih murah. Ini mengakibatkan kedai buku ternama Borders mengisytiharkan diri mereka bankrap kerana jualan yang semakin menyusut. Oleh sebab itu di San Antonio Texas, Perpustakaan BiblioTech yang 100% digital dibuka. Perpustakaan digital sepenuhnya pertama dunia ini dibina dengan harga USD 2.3 Juta dan hanya dilengkapi 48 iMac, 10 MacBook Pro dan 40 tablet iPad. Ia mempunyai koleksi 10 000 buku yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Setiap pengunjung boleh meminjam 5 buah e-buku didalam sebuah iPad pada satu-satu masa. Terdapat juga bilik bacaan khas untuk kanak-kanak dengan komputer skrin sesentuh Microsoft Surface. Menurut BiblioTech, sambutan penduduk San Antonio sangat menggalakkan dan perpustakaan ini sentiasa penuh selepas waktu persekolahan. Adakah perpustakaan digital bakal menggantikan perpustakaan tradisional sepenuhnya pada masa hadapan? Secara peribadi kami rasakan buku fizikal jauh lebih selesa dibaca dan sekiranya buku terjatuh keatas muka ketika dibaca dalam posisi berbaring, kebarangkalian muka akan tercedera adalah jauh lebih rendah!




Laporan asal Design Taxi

3 comments:

  1. like plzz.. :P
    https://www.facebook.com/pages/T-Shirt-RM10/447344542055474

    ReplyDelete
  2. no way..
    aku still suka buku yang dapat dipegang..dapat bau muka suratnya...
    nothing compares to that...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails