Wednesday, 29 January 2014

Serius - Changbai Shan, Sanya &Yueyang : 3 Kapal China Yang Menceroboh Perairan Negara Minggu Lalu (22 Gambar)


China Will Grow Larger!

Tiga hari lalu negara gembar apabila James Shoal yang terletak 80 kilometer di dalam perairan Sarawak diceroboh oleh 3 buah kapal dari tentera laut China. Hak milik kawasan perairan James Shoal ini juga dutuntut oleh China sungguh terletak ribuah kilometer dari tanah besar China. April lalu Malaysia membantah tindakan tentera China yang meletakkan plak besi di atas permukaan batu James Shoal sebagai tanda menuntut hak negara mereka. 

Sejak kebelakangan ini tentera China semakin agresif menuntun kepulauan kecil di dalam Laut China Selatan. Reason for their claim? Laut CHINA Selatan mendapat namanya kerana suatu ketika dahulu laut ini adalah kepunyaan empayar China dan majoriti ketulan batu dan pulau di dalam lautan ini ditemui oleh Laksamana Cheng Ho. Ini memberikan mereka hak tuntutan terhadap kesemua pulau yang ada walaupun Malaysia, Taiwan, Filipina dan Vietnam terletak lebih dekat dengan batuan/pulau ini dari China.

China menghantar kapal pengangkut kenderaan amfibia Changbai Shan (989) dan dua kapal frigate Sanya (574) dan Yueyang (575) untuk menjalankan latihan ketenteraan di sekitar Kepulauan Spratly (Kepulauan Nansha - nama yang diberikan China) dan Paracel (Kepulauan Xinsha) sejak 20 Januari yang lalu. Laporan media mengatakan China menghantar dua kapal Destroyer tetapi ini adalah tidak tepat kerana Sanya dan Yueyang adalah frigate. Pada 22 Januari yang lalu pula sebuah latihan pendaratan tentera marin dilakukan ke atas Kepulauan Paracel dilakukan oleh China menggunakan helikopter, hovercraft (Type 726 Yuyi) dan bot kecil. 

Kapal pengangkut amfibia Changbai Shan ialah kapal sepanjang 206 meter seberat 20 000 tan. Ia mampu membawa 500-800 tentera marin, 4 buah hovercraft, 20 kereta perisai dan 4 buah helikopter Z8 Super Frelon. Changbai Shan ialah kapal pengangkut amfibia kelas Yuzhou terbaru China dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2012. Ianya kapal ketiga dari 6 buah yang akan digunakan tentera laut China.

Kapal Sanya dan Yueyang pula ialah frigate kelas Jiangkai II. Sebanyak 20 frigate ini akan digunakan oleh China. Sanya dan Yueyang adalah 2 kapal terbaru kelas ini. Sanya mula beroperasi Mac 2012 manakala Yueyang pada Disember yang lalu. Kedua-dua kapal mempunyai sistem misil anti kapal dan pelancar roket anti kapal selam.

Ketiga-tiga kapal yang menceroboh perairan negara ini adalah yang terbaru milik China dan dihantar untuk meguji sistem senjata dan kemampuan anak kapalnya. 

Gambar di bawah ialag gambar rasmi yang diambil ketika latihan dijalankan oleh ketiga-tiga kapal di atas minggu lalu. 




Laporan asal English.People


40 comments:

  1. Replies
    1. Sokong lagi DAP, tengok inilah hasilnya.

      Delete
    2. Apa kau merepek ni. Jadi kesimpulannya kene sokong MCA la ea?

      Delete
    3. Apa kaitan DAP dgn ini? Hairan.. Bodoh sungguh pernyataan anda.. Malu oi..

      Delete
    4. aku rasa sbb sokong umno laa jd cam ni..

      Delete
  2. Kalau masih berlarutan, issue ini akan jadi issue kedua terbesar selepas lahad datu. Apalah sangat nak rebut benda yg kecik2. Ada rahsiakah...errmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal itu kawasan banyak Oil & Gas bro..

      Delete
  3. kalau camtu Melaka boleh la klaim keseluruhan selat melaka, India boleh klaim keseluruhan Lautan Hindi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong Melaka tuntut keseluruhan Selat Melaka!

      Delete
    2. Sultan melaka pun dah bebas.. jom tuntut selat melaka

      Delete
  4. bangang x sudah mereka ni..byk mkn babi..hahaha

    ReplyDelete
  5. nama atuk saya Marik bin Gong..jadi saya buleh claim planet marikh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh! apa salahnya..nak claim "bin" skali pon boleh~

      Delete
  6. http://taotauajer.blogspot.com/2013/03/wow-17-rahsia-kehebatan-tentera.html

    jangan diusik harimau yang sedang tidur..

    ReplyDelete
  7. Diorang nak buat benteng untuk mengekang tentera USA, Britain & Australia. Sebab tu tuntut pulau dari Jepun, Spratly & James Shoal. Buat benteng sebelum tentera USA, Britain & Australia masuk kawasan China.. Maca main catur dah ni.. Ntah siapa dapat Check Mate, negara ASEAN jugak yang merana..

    ReplyDelete
  8. nak bermain dgn apikah China?

    ReplyDelete
  9. kesian panda comel yg bakal dipinjam malaysia

    ReplyDelete
  10. Tolong wahai MElayu Malaysia jangan Sokong Cina dari DAP iaitu parti politik yang kuat jati diri Cina dari tanah besar china. Ingat lah, bukan mahu mengapikan perkauman tapi sudah begitu hakikatnya... sejak manusia mula merangkak sehinggalah sekarang. India ada negara nya, cina ada negaranya, yahudi ada negaranya, caucasian ada negaranya... Melayu? Singapura sudah jatuh ke tangan orang cina, kalau Malaysia? adakah negara Brunei dan Indonesia mahu mengambil kita sebagai pelarian? tolong lah bangkit wahai melayu malaysia, Kita ingatkan pemerintah melayu sekarang supaya lebih tulus dan ingat Allah dan Rasulullah dalam pemerintahan...tapi jangan la sekali kali meninggalkan langsung jatidiri melayu hanya kerana PAS tak menang dan Umno yang memerintah. Pertahankan hak kita yang sedikit ini, jangan bila sudah tergadai semuanya kerana hasad dengki, melayu hanya menjadi suku etnik dan bukan lagi satu bangsa. InshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? macamana dengan pemimpin melayu yang membinasakan bangsa sendiri?

      Delete
    2. ye la...sebab tu la aku suruh mereka melayu lebih tulus... kalo ikutkan di China pon ramai yang korups tapi jumlah penduduk mereka ramai..kita ni di rantau melayu sikit saja orangnya. aku rasa kau juga melayu, melayu ada islam ( walaupon asalnya kita ni semua agama hindu 600-700 tahun yg lalu). kalo kau ada islam dalam diri, takkan kau tak percayakan agama islam untuk menjadi pengubah cara hidup pemimpin melayu kita di masa akan datang?

      Delete
  11. Mana PERKASA!!!!! dengar nama je gerun, ini isu kedaulatan negara. Jaguh estet je.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lagi jaguh estet dari jaguh keyboard..

      Delete
  12. China tu tuhan ke pon, dgn 30 ribu kapal pon blom tentu menang perang kalau Allah tak izin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palestin pon takkan menang lawan Yahudi kalau Allah tak izin :)

      Delete
  13. cina-cina Malaysia ni ntah-ntah tgh bersorak kegembiraan bila dengar China nk jd taikun & rogol kedaulatan malaysia.

    ReplyDelete
  14. Made In China punya kapal pun lu org mau goyang ka? najib pandang sinis je kapal-kapal China tu sambil layan panda

    ReplyDelete
  15. hmm... rata2 semua bantah. aku nak lain sikit.

    "welcome, our new Chinese overlords"

    ReplyDelete
  16. nak duit klik link ni ----> http://stayreward.com/index.php?share=84576

    ReplyDelete
  17. kapal mlesia mana? penat aku byr cukai. nk simpan kita punya kapal wt pe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapal malaysia enjin hilang hihi

      Delete
    2. yang hilang tu pun sebujik, model lama plak tu, tak payah nak rendahkan ATM la weyh.

      Delete
    3. eleh enjin ilang..

      Delete
  18. inilah masa kapal selam kita beraksi...rugi ooo beli mahal2....

    ReplyDelete
  19. menteri pertahanan mesia gotel batu jer, rakyat marah depamenikus, bg muka sangat kat komunis china nilah jadinyer,,,bagus kawan ngan usa

    ReplyDelete
  20. hantar je rosmah.. setel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROSMAH??,org atas aku mmg kelakar la.hahahaha.tbayang aku ROSMAH g setel kn kapal2 china tu

      Delete
  21. hantar balik panda tu....inilah akibat pemimpin yg lemah. Org luar akan ambil kesempatan ketika kedudukannya lemah.

    ReplyDelete
  22. klu xnk org g duduk situ,bt la kem army kat situ.letak letak 1 kompeni situ,,xpun letak 1 rej terus..kes pulau batu putih pun macam ni jgk.kerajaan malaysia xpedulikan langsg.singapore siap bt bangunan situ pastu claim.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails