Monday, 20 January 2014

Serius - 18 Terkorban Ketika Pengkebumian Ketua Syiah Dawoodi Bohra Di Mumbai (16 Gambar)


Banyaknya umat

Jumaat lalu ketua mazhab Syiah Dawoodi Bohra Syedna Mohammed Burhanuddin meninggal dunia kerana sakit tua. Ketua pecahan syiah yang berpengkalan di India ini meninggal dunia pada usia 102 tahun dan puluhan ribu pengikut mazhab ini datang ke Mumbai bagi memberi penghormatan terakhir. Kerana jumlah pelawat yang ramai 18 orang daripada mereka terkorban manakala 50 lagi tercedera kerana terhimpit. Mazhab Syiah Dawoodi Bohra dikatakan mempunyai hampir 2 juta pengikut yang majoritinya boleh dijumpai di India. Mazhab ini terkenal di India kerana banyak membina hospital, sekolah dan kawasan perumahan murah untuk mereka yang dhaif. Mereka juga banyak membiayai kos membaiki masjid yang rosak di Mesir. 

Sungguhpun begitu pengikut ajarah Sunni melabelkan mereka sesat kerana membaca syahadah dan melaungkan azan yang ditambah nama Imam Ali. Kami tidak mahu komen tentang fahaman mazhab ini. Apa yang kami nak komen ialah perkara baik yang dilakukan oleh komuniti yang terkenal dengan pakaian serba putih dan ketayap dengan benang emas mereka. Biar tuhan sahaja yang menghisab. Kita hanya manusia.




Laporan asal DM

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kenapa dalam gambar terakhir ada crown bersalib?

    ReplyDelete
  3. mohon jgn sarcasm mcm oberius, x kelakar pun semoga Allah S.W.T. ampun kan org islam sekalian termasuk saya...

    ReplyDelete
  4. Setakat mampu jadi keyboard warrior...kesian!..apapun mazhab mereka hanya Allah yg layak mengadili..

    ReplyDelete
  5. Syiah sesat , sekecil2 syiah membenci Saidina Abu Bakar , Saidina Umar al Khattab & Saidina Uthman .
    mmg hanya Allah yg layak mngadili dan kita hamba Allah, manusia membeza dan menjauhkan diri dari kesesatan . Apapun kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah . sesat tetap sesat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails