Friday, 16 November 2012

Serius FOA - The Israel Palestinian Conflict #1


Perlukah Palestin dan Islam tukar cara perjuangan?

Konflik asia tengah sudah berlarutan beratus tahun. Kalau mahu lebih tepat sudah lebih semillenia pihak islam dan "mush islam“ (Bukan RPK ya!) bergochoh di atas tanah yang dinamakan Palestin. Cuma dulu pihak islam ber-smackdown dan bermain pancung-pancung leher dengan askar salib. Kini bila majoriti orang Islam dah bercomolot dengan orang barat kerana saling bergantung paut penjualan minyak, giliran kita untuk ber-smackdown dan pancung memancung dengan Yahudi pula.

Dulu ketika baru bertumbuk pihak PLO main curik-curik kapal terbang. Kapal udara milik El Al dan beberapa syarikat penerbangan anarabnagsa "dipau“ dari udara dan dipaksa mendarat di Revolution Airport,Amman Jordan. Ketika itulah akronim PLO dan perjuangan mereka kali pertama mendapat tumpuan dunia. Maka berkelahlah pihak perampas dan 310 orang tebusan di padang pasir selama beberapa hari. Kemuncak episod rampasan ini ialah main event dimana kesemua pesawat yang dirampas diletupakan secara serentak. Pada masa tu membunuh tebusan masih lagi dianggap taboo. Selepas permintaan mereka ditunaikan semua terbusan dilepaskan dan perampas melarikan diri ke Jordan.



Itu kali terakhir pihak Israel berurusan dengan pihak "pengganas". Tahunnya ialah 1970. Selepas peristiwa ini pihak Israel tidak lagi melepaskan melepaskan pengganas dalam tahanan sebagai pertukaran untuk nyawa orang awam.

Selang beberapa tahun selepas itu dan kita menyambut kedatangan Olimpik ke 20 di Munich, Jerman Barat. Pada bulan September 1972 segerombolan pejuang palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menahan sekumpulan atlet dari Israel sebagai tebusan. Uniknya insiden kali ini ialah selain meminta dibebaskan pejuang Palestin dalam tahanan Israel, mereka juga meminta beberapa tahanan dari kumpulan pengganas anti-semitik Baader-Meinhoff dibebaskan dari penjara. Baader-Meinhoff adalah kumpulan pengganas dari German Timur yang ditaja secara rahsia oleh badan perisikan Russia yakni KGB. Dan sekiranya kamu ingin tahu kebanyakkan "pengganas“ atau "radical elements“ (ini adalah klasifikasi yang digunakan CIA) pada waktu perang dingin ditaja oleh KGB. KGB tidak pedulipun jika "elemen radikal“ ini terdiri dari golongan islamist. Yang penting mereka mewujudkan kekacauan di negara-negara Barat. KGB juga menjadi pemodal utama bagi PIRA (Provinsional Irish Republican Army) yang banyak mengebom bandar-bandar utama di United Kingdom sehinggalah pertengahan 90-an. Lebih menarik lagi elemen-elemen radikal ini selalu berjumpa,berbincang dan berlatih bersama-sama di kem latihan di padang pasir Syria. Hanya selepas Kesatuan Soviet musnah pada tahun 1991 barulah elemen radikal islamist ini mendapat bantuan kewangan secara total dari “pemodal” seperti Osama ben Laden. Baader-Meinhoff dan PIRA pula hilang secara mendadak kerana ketiadaan "penaja“ aktiviti revolutioner mereka.

Diantara 1972 hinggalah sekarang banyak serangan di serata dunia menggunakan Palestin sebagai basis untuk mengahalalkan pembunuhan orang awam. Maka sudah lebih 30 tahun mereka menggunakan "fear and intimidation“ untuk memaksa Yahudi untuk berundur dari Palestin. Persoalannya berapa efektifkah taktik memaksa ini? Adakah kamu merasakan sekarang orang Islam atau bukan islam semakin simpati pada orang Palestin? Aku rasa sebaliknya berlaku sekarang. Rata-rata komentar dari lama web luar negara mentertawakan Palestin. Kebanyakkan komen berbunyi sebegini

"They have been doing this terrorism business for the past three decades. When will they realize that people no longer sympathise with their plight. It is like what happened to the Japanese in WWII. They started the war and killed millions. So when we dropped THE bombs on Nagasaki and Hiroshima no one cared that thousands of civilians died in the ensuing firestorm. No one wept for those who died in the Tokyo firebombing as well. Simply put, if you started the the war by killing civilians/non-combatants you have NO MORAL GROUND to start calling people unfair and barbaric”

Harap kamu semua dapat melihat kenapa sekarang bila Gaza dilanyak tidak adapun kuasa besar yang membantah. Kita hanya mampu membakar bendera berbintang David dan mengutuk “kekejaman” regim Zionis.Kamu marah bila melihat tiada reaksi besar dari negara barat. Konspirasi pihak anti Islam kata kamu. Tapi cuba kamu “pakai kasut” mereka untuk satu hari. Cuba lihat dari mata pandangan seorang Eropah. Lupakan selama seminit yang kamu seorang penyimpati Palestin. Kamu rasa bolehkah kamu berasa kasihan pada orang Palestin bedasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semenjak 30 tahun lebih kebelakangan ini? Jika kamu kata "ya saya boleh simpati" aku rasa kamu membohongi diri kamu atau kamu memang berhati suci kudus mengalahkan Son Goku. Ingat di kawasan yang diserang baru-baru ini 65% penduduknya mengundi Hamas. They know what they are doing by voting these opportunist disguised as soldiers of Allah.

Bila berbincang isu keganasan dan Palestin aku gemar menjadi Devil’s Advocate. Mungkin kerana ketika zaman berdebat zaman persekolahan dulu selalu sangat berdebat dari pihak pembangkang. Bila kita lihat sesuatu isu dari pihak yang berlainan barulah kita boleh tahu motivasi mereka. Apa yang membuatkan mereka berdetik (what make them tick) dan dari situ kita boleh tahu cara menyelesaikan masalah yang ada.Dalam kes terkini aku tidak boleh salahkan Israel 100% atas retaliotary reaction mereka. Tahukah anda yang Hamas sengaja meletakkan pejabat mereka ditengah-tengah kawasan awam? Tahukah kamu Hamas meletakkan bom dan alat persenjataan mereka di dalam masjid,hospital dan apartment awam? Read that again UNDERNEATH mosque,hospitals and apartments.Jadi janganlah terkejut dan mengamok bila ada orang awam terkorban bila bom pintar Yahudi jatuh ke atas kepala mereka.

Kebanyakkan "pejuang Islam“ sekarang mengatakan mereka mahu berjihad seperti rasul menentang kuffar. Tapi aku pelik. Ketika zaman nabi dahulu ada ke nabi menyerang penempatan awam? Ada tak nabi menyembunyikan senjata di tempat awam?

"Tapi Effi kamu ni memang si liberal laknat. Yahudi bunuh saudara kita macam bunuh nyamuk.Itu yang lebih penting kamu fikirkan“

Betul. But does that give us a MORAL GROUND for justice? Why fight fire with fire? Since muslims are now so keen on being TRUE ISLAMIST LIKE THE PROPHET then why aren’t they following his example when he returned to Mecca? Ingat nabi dibaling batu dan pelepah ketika dihalau mushrikin Mekah. Marahnya seorang malaikat sehingga dia bertanya bolehkah dia menterbalikkan bumi dan membunuh mushrikin ini. Nabi kata tidak. Bila baginda pulang untuk menawan Mekah adakah nabi menyerang orang awam dan membalas dendam akibat dilontar batu? What we seeing now is people justifying killing non combatant because the Jews killed non combatant. What do we know about revenge taking? It only perpetuates the problem instead of solving it. Peace DUDES.

What can we learn from this story and this very TL:DR entry?

1. Penentangan bersenjata untuk pembebasan Palestin gagal. Sudah 30 tahun lebih ia dilakukan dan ianya hanya menaikkan kemarahan orang bukan Islam. Ini bertentangan dengan niat asal untuk memberi tahu dunia yang mereka ditindas.

2. Hamas bukanlah insan suci tak bersalah. Mereka SENGAJA meletakkan senjata dan markas di tempat awam. Dengan adanya orang awam bolehlah dapat perisai daging manusia. Kalau ada yang mati boleh digunakan sebagai alat merekrut lebih banyak pejuang Hamas kelak

3. Mungkin kita harus guna cara passive resistance dan civil disobedience ala Mahatma atau Martin Luther King. Orang India dibunuh inggeris. Orang kulit hitam pulak dihambat pak putih ketika pergerakan “civil rights” di US. Mereka tidak membalas kekejaman dengan kekejaman. Akibatnya “popular opinion” memihak mereka.

4. Pertelingakahan di Palestin sudah berlarutan ribuan tahun. Kamu tak bosan ke asik bermatian semata-mata nak tunjuk agama kamu lagi kick ass? Stop this nonsense. It only reinforce the idea that religion divide people instead of uniting them. It is a shame how Jews and Muslims share loads of commonalities but still fight like Kane and Abel.

Dah.. I hope you read this long shit. I spend hours typing it and doing the research. Dan aku menulis dalam bahasa kebangsaan. Perlahan sunguh bila menaip dan lebih perlahan lagi ketika cuba membina ayat. Maka tolonglah baca supaya aku tak menyesal menulis panjang-panjang.

p/s: Mr. Ambassador, you have nearly a hundred naval vessels operating in the North Atlantic right now. Your aircraft has dropped enough sonar buoys so that a man could walk from Greenland to Iceland to Scotland without getting his feet wet. Now, shall we dispense with the bull?

54 comments:

  1. ade betul, ada yg radikal..~ well, its an opinion..~ ><

    ReplyDelete
  2. jadi, ini ke pandangan dari dalam kasut orang eropah..pernah cuba tak pakai kasut orang dari palestin..cuba tengok balik sejarah,siapa yang start amek tanah palestin..tengok macam mana dorg amek tanah palestin sedikit demi sedikit dan declare itu tanah dorg..yg ni ko tak nak renungkan pulak..ko igt tentang olimpik tu je..penulisan ko mmg baik, tapi aku rasa lagi elok klu ko cuba pandangan dari dua2 sudut..klu ko asyik nak tengok dari sudut yg satu tu je, secara tak sedar ko mmg akan cuba untuk menangkan pihak satu tu je..ko akan jadi berat sebelah kepada pihak yg satu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyoyo bro..
      do u even get the idea of "pakai kasut orang lain"
      the idea itself tercetus sbb selalu sgt kita pakai kasut sendiri..
      As a muslim in a muslim country, seeing this issue dari kacamata palestinian should be a normal thing..I mean, the anti-israel sentiment had been going on for like, i dunno how long but i'm sure it's long enough to make us muslim believe that israel are mapuki-macibai..
      so x perlu la timbul isu "pernah cuba tak pakai kasut orang dari palestin" bcos that's what people been doing before..

      and also x perlu la timbul isu "cuba tengok balik sejarah,siapa yang start amek tanah palestin bla99"..
      obe bukannya nk cakap israel ni baik ke apa but dia nk sampaikan bahawa perjuangan islam or the so called 'jihadist' in palestin ni dah lari dari landasan islam (yang menyokong keamanan) dan keganasan dari puak2 jihad ini (atau pengganas di mata kapir) menjadikan dunia tidak simpati pada palestin sbb dorang pikir buat apa tolong puak2 pengganas ni..

      Delete
    2. betul tu. aku pun baru nak ckp benda yang sama..

      Delete
    3. ehem..aku faham ko nak cuba tgk dari pandangan kasut org lain..tp apa yg dia buat kat sini dia cuba nak tunjukkan yg usaha2 melampau dari pihak palestin JE..so aku tak berapa senang sbb klu nak buat perbandingan, mereka yg lebih terjejas..

      dan kenapa tak perlu timbul isu sejarah pulak..sejarah adalah penting dalam kita nak tahu kenapa perang ni boleh berlaku dan tak pernah berakhir dari dulu sampai sekarang..ok,mungkin aku akan bias sedikit kepada palestin sbb dari sejarah yang aku faham dan dengar, pihak palestin adalah golongan yg ditindas dan sentiasa diabaikan hak kemanusiaan mereka..

      dan klu tgk badan2 yg menentang isu ni di luar negara,mereka tu bukannya muslim pun..tp mereka masih prihatin sbb ini isu kemanusiaan, bukan isu agama semata-mata..

      Delete
    4. 1) "tp apa yg dia buat kat sini dia cuba nak tunjukkan yg usaha2 melampau dari pihak palestin JE"
      That's becos selama ni kita asyik tunjukkan usaha2 melampau dari pihak israel JE..u know all the headline in newspaper that said "israel tapau marvin marvara" or "israel bom terowong bawah tanah" or "israel guna bom phosphorus" in Harian Metro and Buletin Utama and we NEVER (as i remember) talk about kekejaman puak2 jihadist..
      again bro, tats why its called "Pakai kasut orang lain"..

      2) bro, kita bukan nk cakap pasal "kenapa perang ni boleh berlaku" dan "kenapa tak pernah berakhir dari dulu sampai sekarang" so tats why all those sejarah are INSIGNIFICANT to the topic which is "Why pihak jihadist sangat ganas".

      3) brapa percent sgt yg totally menyokong palestin?

      Delete
    5. korang sendiri tau ke kenapa tanah Palestin yand dulunya mewah tetiba dirampas Israel......haish.....

      Delete
    6. 1)yes,aku dapat point ko..ko cuba nak tgk point ni dari pihak pro israel..yg mana aku rasa pointless at some point..if i were in they shoes, i should wonder why we keep on bothering them in gaza when we get all the massive land..still we never been satisfied with it..tapi aku tak pasti la macam mana cara ko pakai kasut mereka,setiap org ada pendapat masing2..sbb tu ada perbezaan pendapat..

      2)Why pihak jihadist sangat ganas..dan ko ckp sejarah takde significant kat cni..interesting..apa point ko kat cni sebenarnya..

      3) em,percentage sebenar aku tak pasti..mungkin sesetengah tempat byk dan vice versa..

      Delete
    7. Agreed with u Mask_man...selagi korang x berada di palestin, mcmane nak merasa ape yg diorang lalui..sejarah = x significant? ko bia btl bro..kalu ko ade tanah, n den kene tarah sikit2..ape ko rase? israel tu perampas bro..

      Akmal Hakimi - "As a muslim in a muslim country, seeing this issue dari kacamata palestinian should be a normal thing" - SHOULD BE NORMAL THING? tak pernah rasa jgn ckp bro...aku xtaw mcmane ko seeing this issue dari kacamata palestinian sedangkn ko dok kat Mesia yg aman ni..ade ke tetibe BOM hinggap kat pale ko? anak ko? family ko?

      Delete
  3. obe, aku harap kau baca comment section, recommend reading materials yg bagus regarding this conflict

    ReplyDelete
  4. peristiwa nabi dibaling batu tu hingga malaikat nak menterbalikkan bumi tu berlaku kat taif. kalau aku tersilap tolong betulkan..

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Taif

    ReplyDelete
  5. You know what obe gemuk I didn't read this long shit and I spend 2 minute scrolling down .....2 MINUTE......this ....is outrageous!!! Konet-konet

    ReplyDelete
  6. firstly, trimas untuk post2 sebegini. FOA segmen mmg kegemaran aku.

    nak tambah sikit, bila kita membaca/bincang/kaji isu berkaitan palestin vs israel, tiada penyelesaian langsung (pendapat obe no.3 berkenaan civil rights ada betulnya, tapi bila dibincangkan masalah permusuhan bangsa yang berakar umbi ribuan tahun, rasanya mustahil sekali.)


    ReplyDelete
  7. They have been fighting for this war over a millenium!!

    Crusade war is not end yet!!

    And right now who is winning?? Who is taking the control of Jerusalem (the flag of victory)

    Ya Allah, Our Lord Bring Us A Man Like Salahuddin Al-Ayubi to unite us and bring Islam back to its former glory.

    Rise for Islam.....

    There is a reason for this.....

    ReplyDelete
  8. You got a point about Hamas there!

    ReplyDelete
  9. Obe, nice research....dan aku pasti research nie datangnya dari apkcik google kan... Utk konflik palestin dan israel... sumber google memang TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.. Sebab kebanyakan ceritanya sudah diseleweng dari yang sebetulnya... Kalau betul nak tahu...kena dengar sendiri cerita dari rakyat palestin dan israel...

    Cuba selidik elok2 di mana punca sebenar pergolakan tanah palestin tu...adakah sebab kepercayaan yahudi sendiri yang tanah tu miliknya... atau sekadar permusuhan agama semata-mata...

    Pandangan obe dah bagus... tapi bagi saya masih kurang kajian mendalam... PEACE is good. but there is no peace bila sistem dunia sendiri bukan mengikut cara Islam... There will have NO PEACE until and unless...dunia ikut cara islam balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca sebenar pergolakan tanah di palestin berkait rapat dengan misi dan visi dajjal. Apa yg sy faham, misi dajal ialah menyebarkan fitnah akhir zaman dan visinya ialah meyakinkan bani israel bahawa dialah Al masih.

      Satu ketika dahulu, tanah suci palestin sememangnya milik mereka. Org israel ialah bangsa yang riak kerana byk nabi yg hebat seperti daud, (terkenal kerana kegagahan dan menubuhkan negara israel) sulaiman telah mengangkat negara israel sebagai satu kuasa besar dan membina masjid/haikal sulaiman. Bangsa israel sudah merasai zaman kegemilangan mereka. Kerana riak,sombong dan byk melakukan dosa, Allah telah menghalau mereka dari tanah suci.

      Kerajaan israel ketika itu dimusnahkan oleh tentera babylon (iraq) dan mengambil kaum israel utk dijadikan hamba di babylon. Maka habislah zmn keagungan bangsa israel dan di babylon, mereka meratapi nasib mereka. Di babylon, Allah sekali lg mengutuskan nabi daniel, yg membawa berita bahawa Allah sekali lagi akan memberi nabi yg akan membawa zaman kegemilangan bangsa mereka sekali lagi. Maka mereka gembira dan menunggu nabi yg dijanjikan Allah itu. Nabi yg akan dtg dari jurusalem dan digelar al masih. Jadi fungsi al masih ini ialah membawa kembali zaman kegemilangan seperti mana yg mereka penah kecapi masa pemerintahan nabi sulaiman.

      Kini langkah mereka mudah.
      1) merdekakan tanah suci dari pemerintah yg bukan dari kaum israel.
      2) bangsa israel yg dibawa keluar dan dijadikan hamba di israel perlulah kembali ketanah air mereka.
      3) kemudian, meraka perlu bangunkan kembali negara israel.
      4) lastly, negara israel akan menjadi kuasa dunia seperti zaman pemerintahan sulaiman.

      allah kemudian mengotakan janji mereka dengan mengutuskan al masih dari jurusalem dan nabi isa ialah orgnya. Tapi mereka kemudiannya menolak dan enggan mengaku nabi isa sebagai nabi. Kenapa? 'allah mengutuskan kami nabi yg hebat seperti daud dan sulaiman, mana mungkin nabi kami yg dijanjikan Allah ialah seorang lelaki yg dilahirkan tanpa bapa'. (Mungkin itu dialog mereka). Sebahagian dr mereka menerima nabi isa sebagai nabi dan sebahagian mendakwa nabi isa sebagai anak luar nikah. Nauzubillah.

      Mereka melihat sendiri nabi isa mati disalib. (Kita islam dan percaya, nabi isa diangkat kelangit dan sahabatnya ditukarganti dengan wajah mirip nabi isa) jadi mereka kira bahawa al masih yg dijanjikan allah masih belum diturunkan. (Keengganan mereka menerima nabi isa sebagai almasih) dan mereka masih lagi menunggu kehadiran nabi mereka.

      Selepas mereka memlihat utusan allah dibunuh, maka allah sekali lagi mengutuskan seorang nabi yang merupakan nabi terakhir yang diturunkan bukan dlm keturunan mereka tapi diturunkan dalam keturunan nabi ismail di tanah arab.

      Maka 'jawatan' al masih telah kosong. Jadi, dajal yg akan mengisi kekosongan itu dan mendakwa dirinya al maish dan mereka akan sama melakukan kegemilangan.

      Jadi kita tahu mengapa israel nak sgt tanah palestin. Mereka sedang melakukan kesemua 4 langkah itu secara berperingkat sambil menunggu (atau sudah ada) 'al masih' mereka untuk mencapai kegemilanagn bangsa mereka.

      Delete
  10. idea mmg good + + + .....tapi der, idea ni mcm formula...dah siap formula kena buat ujikaji kan?amacam kita pakai formula ideology obe ni utk BN vs BA....kita tgk boleh settle x? kau bukan pakai ideology Nasionalisme kan obe?

    ReplyDelete
  11. isu israel-palestin bukan isu yang besar bagi aku~ selagi zionis pemilik2 bank dunia di tak ditumbangkan, selagi kita mengamalkan sistem politik pecah ciptaan penjajah ni selagi tu takkan settle isu ni~

    “Give me control over a nation’s currency and I don’t care who makes the laws.”

    tipu la kalau kata tanah Israel itu milik orang2 yahudi sedangkan mereka adalah pendatang yang dibawa secara besar2an dari eropah oleh british sejak perang dunia pertama lagi~ & kenapa pulak british ni bawak masuk ?? sebab pemilik2 bank di UK pada masa itu majoritinya yahudi~ yahudi adalah pemilik sistem kewangan & perbankan~ dan tidak pedulilah hebat mana kamu selagi kamu tunduk pada sistemnya & tidak berani keluar dari sistem mereka, kamu masih dalam jajahan mereka~ demi mewujudkan "the promised land", pemilik2 bank ini telah pun mengugut pemerintah UK~

    bank2 ni dulu kena kasi bankrupt~ baru yang lain2 boleh menyusul~

    just my 2 cents~

    ReplyDelete
  12. Errr...bukan dulu Palestin ni tanah Bani Israel(Yahudi) ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ya~ siddhusaini boleh study balik kenapa wujudnya perkataan "the promised land"

      Delete
  13. There are two kind of jews; EuroJewish & IsraelJewish who came from Jerrusalem. Eurojewish is Pendatang who brings the zionis agenda. Based on Imran N.Hosein books "Jerussalem in the al-Qur'an". Allah gave this promise land to Jewish as long as they didn't worshipping other than Allah SWT.

    ReplyDelete
  14. someday i will kill jews..support mujahideen, defeat and destroy the jews !!

    ReplyDelete
  15. hamas pun ciptaan israel..la ni senjata makan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang ni bodoh ka apa? hamas daripada ikhwanul muslimin...tau dak apa dia?

      Delete
    2. hamas tu dulu israel bagi fund..utk check and balance Fatah..hahaha...banyak hang kena baca ni woi!

      Delete
  16. Biar lah obefiend weiland nak cakap apepun, itu urusan die dgn pencipta kita yang esa.. Kita boleh berbicara apa sahaja dengan teknologi masa kini, semoga Allah s.w.t merahmati kita. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. like ur point.biarlah.obe,ak x harapkan mana2 pihak eropah nak tolong.biarlah kalo tanak tolong sgt.skang,kita ni yg kene tolong.kalo x mampu sumbangan harta benda,sumbangkanlah doa.lebeh berpekdah dr duk gado2,wat research la,hape la.org kat Gaza tgh bergadai nyawa.ni kan emergency.mereka tu ISLAM.membantu sesama ISLAM itu wajib. so, rentikan dulu research2 yg berasakan google haprak ne..pentingkan org2 kat GAZA dulu..no offense yer obe..

      Delete
  17. salam....
    Dulu sebelum terbinanya negara israel, hubungan orang yahudi n orang palestin sangat baik n hidup aman damai makmur sejahtera..
    Pernah terlihat video lame dimana seorang iman n rabbi duk melepak isap rokok same2..
    n kene ingat penetang senjata dimulakan ileh negara israel. Bukan palestine.
    Pihak israel yang sepaptutnya dihukum.. Dari dulu lagi. Palestine bangun melawan.. Mempertahankan tanah n nyawa rakyat....
    Ya pihak hamas itu tidak suci but israel juga bersalah dalam hal ini..

    ReplyDelete
  18. sembang je la ko ni....bodoh2..kalau mak, ayah, anak saudara mara kita mati kena tembak & bom, comfirmlah kita buat apa rakyat palestin buat...kita ni kat malaysia, hidup aman bolehlah sembang der, cer kalau singapore amek tanah johor sikit2 tak ke kita pun perang..
    contoh yg ko bagi pon mmg bodoh gak, nabi dibaling batu,mmg nabi akan bersabar...kalau aisyah ra & sahabat kena bunuh??(contoh je la..)aku tak tahuh kalau mungkin nabi bersabar & berdoa, itu mmg membezakan manusia biasa dgn nabi..
    ** apa2 pun mmg dah dijanjikan Allah tanah tu akan jadi milik yahudi, so tunggu je la masa yg mendatang ni utk kita berjuang..bodoh bodoh bodoh

    ReplyDelete
  19. Ya aku setuju dengan OBE....cara hamas kadang2 membawa padah kepada org awam palestin...tetapi bg aku hamas is much better than Fattah&PLO yg sekarang ni byk mengikut telunjuk zionis....Rasullullah SAW juga penah bersabda bahawa bumi SYAM tidak akan aman selagi tidak muncul Imam Mahdi untuk membebaskan bumi SYAM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm bila aku baca penulis neh cm persalahkan hamas plak...no komen...ur opinions right?

      Delete
  20. tibanya masenya umat islam akan bersatu & kebangkitan y besar hingga menghapuskan kafir laknatullah...itu janjiNya ..

    ReplyDelete
  21. pendapat aku plak....ini adalah petanda akhir zaman... kita doakan umat Islam yg terkorban dan yg bakal dikorbankan itu mendapat perlindungan...kita doakan yg zalim dibinasakan...kalau kita mampu tolong,kita p tolong...tapi,bagi aku,petanda akhir zaman ni sesiapa pun xleh halang..kata2 obe tu banyak benarnya...lihat apa yg berlaku pada Bosnia dulu....kenapa dan mengapa?? memang kekejaman, tetapi salah satu daripada bala dan azab...buat masa sekarang ni,jaga diri sendiri,syurga sendiri,utk org lain kalau x mampu nak buat apa2,doakan je...

    ReplyDelete
  22. aku langsung xsetuju dengan pandangan dan tulisan kau obe..apa kau ingat klu org palestin duk diam xmembantah, membunuh dan menyerang israel keadaan boleh jadik aman ke..apa kau ingat simpati dunia boleh tolong mereka ke..isu palestin ni isu tanah dan dikaitkan dengan agama..

    fakta kau tu pun amat2 aku ragui..aku rasa ada baik ko carik sumber lain yg boleh dipercayai..tanyalah ustaz2 yg reliable dan faham..syeikh yusof qardhawi sendiri pun menghalalkan darah tentera israel dan menggelar mereka yang mati kerana jihad itu adalah shuhada'..

    bab2 collateral damage tu biarlah Allah yang tentukan keadaannya..lagipun hidup mereka (palestin) bukan lama mana pun, mereka nak carik syahid dengan pertahan agama dan tanahair itu adalah lebih baik dan menjamin kehidupan akhirat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak gemuk penakut depan komputer apa dia tahu...apakah kau akan berdiam diri bila keluarga sendiri dibunuh...rumah dirobohkan...bekalan ubata-ubatan dan makanan disekat...apakah masih mahu berdiam diri kerana mahu meraih simpati...inilah tulisan paling pengecut berkenaan palestin yg pernah aku baca...

      Delete
    2. betul...sbb bila aku baca penulis neh seolah-olah menyalahkan Hamas sbb letak markas dia di tempat org awam...rsenye kalu kita pun bila neg neh dh tunggang langgang asyik kna hentam dgn bedilan bom,musuh suka2 hati masuk bndar xkn ko nk smpan snjata ko dlm stor kot...n satu lg bila penulis ckp

      'Hamas bukanlah insan suci tak bersalah. Mereka SENGAJA meletakkan senjata dan markas di tempat awam. Dengan adanya orang awam bolehlah dapat perisai daging manusia. Kalau ada yang mati boleh digunakan sebagai alat merekrut lebih banyak pejuang Hamas kelak'

      kita x pernah kata Hamas tu suci.diorg manusia gak sma cm Fatah/PLO tapi klu bukan dorg yg kmbali angkat snjata,sape lg yg nk prtahankan Palestin tuh?adakah tentera kita dihantar ke sna tuk menjaga keamanan di palestin tuh?tentera dpd neg lain adeke? liga Arab,arab saudi? ada ke mereka bantu?

      yelah pndapat masing2...tp ak pn ad yg ak setuju ada yg ak x setuju...sbb skrg kita sbg umat islam masing2 dh bpecah.sbb tu mrk berani mengenakan saudara kita di sna...wallahualam

      Delete
  23. Mantan Mufti Arab Saudi Syeikh Ibn Baaz rh pernah mengeluarkan fatwa supaya penduduk Palestin mengadakan perdamaian dengan Yahudi. Bagaimanapun jika dibaca dan diteliti fatwa beliau secara penuh, beliau rahimahullah membawakan justifikasi dan rasional fatwa tersebut. Yakni tatkala pihak Yahudi dilengkapi dengan kereta kebal, peluru berpandu dan alatan yang canggih, tatkala itu penduduk Palestin hanya memiliki lastik dan batu sebagai senjata.

    Berkonfrontasi dan perang dalam situasi demikian merupakan suatu tindakan yang tidak bijak. Ini jelas tidak menepati perintah ALLAH supaya menyiapkan kekuatan sebelum berperang: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

    Justeru, Syaikh Bin Baz mengeluarkan fatwa supaya berdamai buat seketika. Damai dalam erti kata bukanlah menyokong dan meredhai tindakan mereka. Sebaliknya damai dalam maksud tidak mengganggu mereka dan angkat senjata sementara. Ini persis dilakukan oleh Nabi dalam perjanjian Hudaibiyah.

    ReplyDelete
  24. bro2. you have a good point. Saya rasa mata anda dikaburi Barat.Mmg rasulullah dibaling batu sehingga berdarah oleh penduduk Yaman dan malaikat pernah mengatakan kpd Rasulullah SAW jika baginda ingin memusnahkn penduduk Yaman. tetapi rasullah menolak serta berdoa agar keturunan penduduk Yaman melahirkn keturunan yg baik. Dan sekarang penduduk Yaman ialah antara keturunan Arab yg lembut. Tetapi berbeza dengan orang Yahudi.Rasulullah pernah mengatakan kaum Yahudi tidak patut dpercayai. Wahai saudara buka mata anda. Jgn biar hati kita hlg kita dari kebenaran. Patut ke kanak-kanak dan wanita2 di Palestine dibunuh? mereka x bersalah. ana bkan uztaz atau seorang blogger tapi ana hanya seorang hamba Allah.

    ReplyDelete
  25. thats why for some reason, only the people living in al aqsa understand the true meaning of jihad. jihad kita lain obe, jihad org palestin, mereka la yang faham. arent u the one saying what if it feels like been wearing other peoples shoe? its good for being in different perspectives. but, just assuming one's perspective is not enough

    ReplyDelete
  26. Osama Laden benar2 wujud seperti yang dimaksudkan ke?? ekekekeke

    ReplyDelete
  27. kisah Muhammad dibaling batu adalah berbeza dgn konflik Israel Palestin..
    jihad org Islam adalah untuk mempertahankan agama, negara & bangsa, do you really know that? Nabi Muhammad x kesah jika dibaling batu, sebab itu melibatkan dirinya sahaja.
    tapi perang dibenarkan jika kita dizalimi.

    whatever method that you suggest, that was just your imagination.. pandangan org barat ke, buang songkok ke hapa ke, itu adalah cabaran yg Allah takdirkan bagi abad ini. hanya org yg Allah beri hidayah shj dpt melihat kebenaran dgn akal yg sihat. Yes, i think i have got some of your idea. Muslim method has not met with how the world sees us.

    But some day, it will become relevant again. Allah will grant us victory, & the world will see as how the muslim see again.. Time will solve everything..

    p/s: sorry if i have misunderstood your perspective

    ReplyDelete
  28. in the name of Allah the most gracious and most merciful...

    baguslah bro, byk awak buat research and membaca buku2, wiki2 yg ditulis manusia...lepas ni bole la buat research isi dlm al quran ek bro..baca balik ayt yg Allah sebut yahudi dan nasara x akan puas hati dgn islam selama mana kita tak mengikuti mereka..sy hormat pandangan awak, tp utk beberapa fakta yg belum tntu sahihnya kita mahu hentikan sokongan ats org islam di Palestine,sorry that's so irrelevant.wallahualam..

    ReplyDelete
  29. Jadukan Kalam Allah sebagai rujukan,memang sampai kiamat pun akan bercakaran...takkan ada sudahnya...tak perlu la nak debat panjang2 pun...

    ReplyDelete
  30. Tak perlulah kita berhujah israel vs palestin,sudah ribuan tahun benda ni berlarutan...dan aku percaya sebelum kiamat islam akan berada di paling atas dan orang-orang kafir akan ketakutan dan lari dari orang islam,dan mungkin ini satu pertunjuk dari allah sebelum kemunculan dajjal. Jadi lebih baik kita persiapkan diri sebelum masanya tiba....renung-renungkan lah dan selamat beramal... ╮(╯3╰)╭

    ReplyDelete
  31. baca yaasin je? surah lain? no wonder keluar oppinion mcm ni. hihi

    ReplyDelete
  32. Janji Allah s.w.t. hampir tiba...sudah bersedia kah kita?

    ReplyDelete
  33. tak perlu pakai kasut si kafir untuk bertindak kot, tak penting pun sokongan 'popular opinion'..pakai Al-Quran & Sirah Nabi je...ikut fatwa2 'ulamak muktabar Sunni..
    btw, obe punye opinion die punya hak lah..yg baik & valid ngan Al-Quran Hadith fikir2kanlah..

    ReplyDelete
  34. Takbir! ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA..SAVE GAZE! DESTROY ISRAEL

    ReplyDelete
  35. salam abang obe...saya tak bersetuju dengan pendapat anda sama sekali...maybe anda tak masuk dalam kasut penduduk palestin yang di rampas tanah dia sedikit demi sedikit (dulu map palestine sebesar kasut saiz 4 skang dah tinggal sebesar kacang tanah)...maybe ko tak penah rasa gak family dibunuh sesuka hati.. bagusla..teruskanla duduk didepan komputer baca wikipedia..hehahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails